Menderhaka kpd yg dipertuan agong ..hukumnya mati ya? menderhaka kpd alim ulama..mencaci alim ulama bgm pula ya? Yg dipertuan agong tu..bukan pemerintah Islamkan..hanya satu lambang yg kurun berkurun tak tahu apa selain dari hidup bermewah-mewah tanpa usaha hingga ke anak cucu.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote: Waalaikumusalam wbt, Agak sedih juga saya merenung kisah dari penjara ini. Bau harum pada makam seseorang yang telah meninggal dunia memang pernah didengari tapi saya tak berapa ingat kisah-kisah nya. Antaranya kalau tak salah pada makam ?Masitah (tak begitu pasti) yang tidak mau mengaku Firaun sebagai Tuhan walau pun dia bekerja di istana Firaun. Saya harap kisah di Penjara Sg Buloh ini adalah kisah benar. Memang beberapa tahun lepas satu kumpulan yang bergelar Al Mauunah dikatakan melancarkan peang terhadap pemerintah tetapi kumpulan ini di dakwa cuba menderhaka kepada Yang DiPertuan Agung. Kalau tak salah saya ianya turut mengaitkan Ustaz Shamsuri seorang pendakwah bebas disebelah utara sana yang hampir ditahan dibawah ISA tapi dibebaskan selepas 2 bulan ditahan. Apakah wajar dakwaan tersebut dikenakan keatas ? ketua kumpulan Al Maaunah tersebut kerana kita tahu Yang Di Pertuan Agung tidak mempunyai kuasa mutlak dalam sistem pemerintahan negara kita yang mengamalkan sistem demokrasi. Kerajaan yang berkuasa sebenarnya ialah sekumpulan mereka yang telah memenangi pilihanraya berdasarkan amalan sistem demokrasi walaupun kemenangan BN selama ini dipertikai oleh berbagai pihak apakah dimenangi secara bersih tanpa bantuan SPR yang bukan badan bebas (hanya atas kertas saja dikatakan badan bebas?). Jadi dakwaan derhaka terhadap Yang Di Pertua Agung ini mungkin hanya sebagai topeng bagi mengelakkan parti yang memerintah dituduh zalim. Wallahua'lam. Mereka ini (Al Mauunah) mungkin sebenarnya bertindak dengan matlamat menjatuhkan kerajaan secara kekerasan kerana sudah tidak percaya kepada sistem demokrasi (pilihanraya yang tidak telus) Demokrasi sebenarnya bukan lah mesti dijadikan asas dalam segala aspek pemerintahan yang dipaksa keatas setiap rakyat. Dalam melaksanakan sistem Islam dikalangan penganut Islam tidak ada keharusan ianya boleh berdasarkan kehendak majoriti. Islam telah menetapkan satu sistem yang mesti didasarkan kepada al Quran Kitabullah, Sunnah Rasululullah SAW, Ijmak Ulamak dan Qiyas barulah Allah akan iktiraf seseorang atau pemerintah itu sebagai orang beriman (Mukmin) bukan mereka yang zalim. Jika tidak mereka mungkin sekadar Islam tetapi bukan termasuk golongan yang beriman. Islam dan Mukmin adalah berbeza. Selagi sistem yang ditegakkan itu tidak berdasarkan kepada empat pegangan tersebut selagi itulah kerja-kerja dakwah dan jihad wajib dilaksana. Maka dakwah dan jihad itu wajarlah dilakukan terhadap pihak yang berkuasa dan juga terhadap sesama umat Islam. Jihad bermaksud kesungguhan dalam perjuangan tetapi mungkin bagi sesetengah pihak takrif kesungguhan berjihad itu termasuklah dengan menggunakan senjata terhadap pemerintah atau musuh Islam. "Yang seutama-utama jihad (perjuangan) ialah kalimat keadilan di hadapan Sultan yang zalim." (diriwayatkan oleh Abu Daud dan at-Termidzi dri Hadis Said al Khudri) Dalam hadis diatas perkataan Sultan dalam kontek negara kita sebenarnya ialah parti yang berkuasa setelah memenangi pilihanraya. Mungkin di Timur Tengah sana terdapat beberapa negara yang diperintah oleh Sultan atau Raja yang berkuasa secara mutlak. Hadis diatas menekankan kalimah yang bermaksud kata-kata namun terdapat hadis yang menyuruh kemungkaran itu diubah dengan tangan. Oleh itu bagi mengelakkan parti yang memerintah dikatakan memperalatkan Sultan atau Yang Di Perutuan Agung, sebuah badan bebas yang dilantik oleh Yang Di Pertuan Agung wajar ditubuhkan untuk memantau tugas SPR (yang sebenarnya sebuah agensi yang ditadbir mengikut kepentingan parti pemerintah). Begitu juga diperingkat negeri, Sultan atau Yang Di Pertuan Negeri wajar juga menubuhkan badan bebas. Ini dapat mengelakkan kerajaan yang dilantik secara sah oleh Yang Di Pertuan Agung atau Sultan (peringkat negeri) itu daripada terlantik parti yang memenangi pilihanraya secara penipuan. Selagi tidak ada badan bebas yang memantau pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR selagi itulah keadilan dan ketelusan pilihanraya amat diragui. Mufti-mufti juga wajib diterima menjadi penasihat secara mutlak kepada Sultan dan Yang Di Pertuan Agung walaupun jika nasihat itu mungkin merupakan sesuatu yang bercanggah dengan kehendak pemerintah (parti kerajaan) atau kehendak peribadi mana-mana pihak. Kuasa Yang DiPertuan Agung dan Sultan yang terhakis akibat kedurjanaan Tun Mahathir juga bendaklah dikaji semula. Mungkin ada kuasa di bidang atau aspek-aspek tertentu yang wajar dikembalikan. Namun siapa saja kita ingatlah bahawa kita hanyalah hamba Allah yang diwajibkan beribadah (dengan ertikata yang sebenar) kepada Nya. Kekuasaan sebenar ialah ditangan Allah SWT. Wallahua'lam. Ibnuali Kota Jembal [EMAIL PROTECTED] wrote: SESAMA LA KITA RENUNGKAN...SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN DAN MAHA MENGASIHANI HAMBA-HAMBA NYA. Kisah benar dari penjara sg. buluh Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust. Raihan & Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi ikutan kita semua. Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku utz halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg. buluh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yg tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya. Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat. Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti gelisah dan mesti tak boleh tidur punya. Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur. Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri. Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan. Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan. Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ... Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua. Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut. HUWALLAH HUALAM, Forum Perdana tamat lebih kurang jam 11.15 mlm...... DISCLAIMER : This e-mail and any attachment ("Message") are intended only for the use of the recipient(s) named above and may contain confidential information. You are hereby notified that the taking of any action in reliance upon, or any review, retransmission, dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any part thereof by anyone other than the intended recipient(s) is prohibited. If you have received this Message in error, you should delete this Message immediately and advise the sender by return e-mail. Any opinion, view and/or other information in this Message which do not relate to the official business of MARDEC BERHAD shall not be deemed given nor endorsed by MARDEC BERHAD. MARDEC BERHAD is not responsible for any activity that might be considered to be an illegal and/or improper use of e-mail. The recipient should check this Message for the presence of viruses. MARDEC BERHAD accepts no liability for any damage caused by any virus transmitted by this Message. Email scanned and protected by IRONPORT ÇáÓáÇã Úáíßã æÑÍãÉ Çááøå æÈÑßÇÊå & Salam Sejahtera Mohd. Bakhtiar Abd. Rani --------------------------------- Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell? Check out new cars at Yahoo! Autos. --------------------------------- Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell? Check out new cars at Yahoo! Autos. --------------------------------- Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell? Check outnew cars at Yahoo! Autos.
gifzk4WO1O1SL.gif
Description: GIF image