Assalamualaikum
   
  Masalah sakit mata di Kem PLKN Kem Putra Putri, Taboh Naning Alog Gajah bukan 
sahaja berlaku di Kem tersebut tetapi berlaku juga di sebuah institusi awam di 
taboh naning. Mata kawan saya bengkak dan merah tetapi setelah mendapat MC dari 
klinik kerajaan Tampin, alhamdulillah beransur pulih.
   
  Di kem tersebut adanya ladang ternakan ayam yang baunya sehingga ke institut 
awam tadi. Bukannya sehari dua tetapi berlarutan sampai beberapa minggu dan 
dewan makan kami di urungi lalat sehingga mengganngu pelajar untuk makan. Saya 
dan kawan saya juga pernah mendapatkan rawatan di hospital besar alog gajah. 
Ketika itu kami mengalami penyakit demam, batuk dan selsema. Malangnya ubat 
yang diberi dari hospital berkenaan menyebabkan kami diserang semput iaitu pada 
sebelah malam kami tidak dapat tidur keranan sesak nafas sedangkan sepanjang 
umur hidup saya tak pernah ada penyakit lelah. Kawan saya tidak tahan sehingga 
nafasnya berbunyi kuat. Kemudian kami ke klinik pesakit luar tampin negeri 
sembilan menceritakan perkara sebenar dan mengesahkan ubat yang kami makan 
sudah lama dan kami keracunan ubat. Doktor di klinik tampin membuat panggilan 
ke hospital alor gajah namun sampai ke hari ini tiada khabar berita.
   
  Keadaan di hospital alor gajah sungguh menyedihkan. Ramai warga tua yang 
ingin mendapatkan rawatan tetapi tidak cukup tempat sehingga berdiri di luar 
hospital dan duduk di tepi - tepi longkang. Dengan keaadaan yang tertalu sesak, 
panas dan bilik rawatannya hanyalah seperti hospital dulu-dulu iaitu dinding 
papan. Sedangkan klinik kesihatan pesakit luar tampin jauh lebih baik dari di 
alor gajah sedangkan alor gajah di iktifar masjlis perbandaran alor gajah 
tetapi di tampin negeri sembilan hanyalah diiktiraf majlis daerah tampin. 
Klinik kesihatan pesakit luar tampin lebih selesa iaitu dengan adanya penghawa 
dingin, tempat duduk yang lebih selesa, luas dan lebih teratur. Sedangkan di 
klinik hospital alor gajah, yang merawat pesakit ialah hanyalah pembantu 
perubatan dan hanya 3 buah bilik sahaja dibuka berbanding di klinik tampin 
kesemua yang merawat adalah doktor bertauliah dan membuuka bilik sebanyak 4 
buah. Cukup menyedihkan
   
  Apa yang ingin saya katakan, rawatan yang dibuat dari Kem Putra Putri ini 
adalah dibuat di hospital Alor Gajah. Sudah tentu penyakit yang dialami adalah 
kurniaan Allah dan hanya Dialah yang boleh menyembuhkan. Tetapi kenapa manusia 
tidak boleh mengawal sesuatu yang mampu dilakukan seperti memberi ubat kepada 
pesakit adalah ubat yang telah luput tarikh? Bukan doktor yang merawat 
sedangkan di hospital besar? Sedangkan Melaka adalah negeri yang maju dan pesat 
masih ada lagi keadaan begini sedangkan Malaysia hampir merdeka 50 tahun? 
Wallahualam...bagi saya pandai2lah mereka yang bertanggungjawab menjawab soalan 
di depan Allah, di Padang Mahsyar dan di dalam kubur nanti. Itu pesan 
saya..Wassalam...
   
  Remaja Kesal

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          Berita Harian 27 Apr 2007. MELAKA: Seramai 140 pelatih
Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Putra Putri,
Taboh Naning, Alor Gajah, dekat sini, dikuarantin di
kem berkenaan selepas mengalami penyakit mata,
'Konjunktivitis' sejak 17 April lalu.

Semua pelatih terbabit dikatakan mengalami kemerahan,
gatal dan berair pada kelopak mata selain sakit
kepala. Jabatan Kesihatan negeri menghantar pegawai
perubatan dan jururawat ke kem itu untuk memberi
rawatan.

Pegawai Kesihatan Daerah Alor Gajah, Dr Siti Halimah
Syed Shaikh, berkata pegawainya sudah memulakan
pemeriksaan dan rawatan di kem itu selepas menerima
notis daripada Hospital Alor Gajah, Jumaat lalu.

Katanya, pada mulanya, dua pelatih dikesan mengalami
penyakit itu dan dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi
menjalani pemeriksaan. Bagaimanapun, sehingga 23 April
lalu, 21 pelatih lagi mendapat penyakit sama.

Beliau berkata demikian selepas menerima lawatan
pemeriksaan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Duyong, Gan Tian Loo di sini, semalam. 

Dr Siti Halimah berkata, punca dan sumber penyakit itu
masih belum dikenal pasti tetapi kejadian itu sudah
dimaklumkan kepada Kementerian Kesihatan.

Katanya, pelatih yang mengalami jangkitan itu akan
dikuarantin di bilik berasingan termasuk diberi cuti
sehingga mereka pulih.

"Kita mengehadkan interaksi antara pelatih yang
berjangkit dengan pelatih normal selain tidak
dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bagi
mengelakkan jangkitan kepada ahli keluarga yang lain,"
katanya.

Gan yang juga Ahli Naziran PLKN Melaka berkata, beliau
mengetahui kejadian itu selepas menerima banyak
panggilan telefon daripada ibu bapa pelatih empat hari
lalu.

Katanya, tujuan lawatan ke kem itu bagi menyiasat dan
melihat sendiri keadaan pelatih.

"Keadaan di sini terkawal dan ibu bapa tidak perlu
bimbang kerana pihak kem sudah mengambil langkah
pencegahan awal termasuk merawat pelatih yang
dijangkiti," katanya.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Nasional/20070427000918/Article/

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


         

       
---------------------------------
Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell?
 Check outnew cars at Yahoo! Autos.

Kirim email ke