Hmm....hang semua jangan lupa untuk pantau kedai makan mamak no. Satu masa dulu 
(dam mungkin masih kini) ianya menjadi kayu pengukur untuk harga barang naik - 
bila naik harga setin sus rm0.10 sen, maka naik harga segelas teh tarik 
rm0.30sen. Bila naik harga teh tarik, maka terjejaslah perbelanjaan harian.

Juga, mereka yang tak suka ngan politik, cek sarankan hang jangan komplen 
langsung ya kerana kenaikan harga barangan seperti ini merupakan sebahagian 
dari politik; tolong buka kamus dan fahami apa maksud politik itu.


Gaji belum naik, barang dah melambung!
 Posted on Monday, May 14 @ 05:10:35 CDT by reformis
 KUALA LUMPUR:  Belumpun kenaikan gaji kakitangan awam diumumkan oleh kerajaan, 
beberapa harga barangan runcit keperluan makanan didapati sudah naik antara 
lima hingga sepuluh peratus.


Tinjauan Bernama di beberapa kedai runcit dan borong selain temuramah dengan 
pengguna di tiga bandar utama mendapati pelbagai alasan diberikan penjual bagi 
mewajarkan harga barangan dinaikkan.


Antara alasan yang diberikan ialah harga dinaikkan pengilang, maka pemborong 
tiada pilihan dan terpaksa menjual pada harga yang lebih tinggi kepada peruncit.


Pengguna pula merungut kerana harga barangan naik tanpa amaran dan pada kadar 
tidak munasabah.


Tinjauan Bernama di beberapa kedai borong sekitar Selayang di Kuala Lumpur 
mendapati barangan runcit yang popular seperti "Milo", "Nescafe" dan susu pekat 
manis "F&N" telah naik sejak lebih sebulan lalu.


Seorang pengusaha kedai borong yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 41 
berkata kenaikan harga barangan tersebut berpunca daripada kenaikan kos kilang.


"Kita tidak menaikkan harga sesuka hati tetapi harga kita ikut harga baru 
kilang," katanya.


Menurutnya pengilang terbabit mengeluarkan notis kenaikan harga produk mereka 
kepada pemborong dan peruncit lebih sebulan lalu.


Katanya sebagai contoh harga baru runcit "Milo" tin bersaiz 1.5kg yang 
dicadangkan pengilang ialah RM22.75 berbanding RM21.50 sebelum 15 Mac lalu 
sementara bagi pek bersaiz 400gm naik dari RM6.06 kepada RM6.40.


Wong berkata susu tin jenama "F&N" jenis krimer manis 510gm naik 20 sen setin 
kepada RM2.40 sejak 1 April lalu sementara bagi "Nescafe" pek bersaiz 100gm 
naik 20 sen kepada RM6.70 baru-baru ini.


Beliau mendapat maklumat banyak lagi pengilang barangan runcit makanan akan 
menaikkan harga produk mereka tidak lama lagi dengan alasan kenaikan kos bahan 
mentah, tetapi ia tidak melibatkan harga barangan kawalan.


Seorang peniaga borong wanita yang dikenali sebagai Mei, 27, berkata sardin tin 
saiz besar jenama "King Cup" naik 40 sen kepada RM4.30 baru-baru ini dan 
mendakwa harga sardin jenama "Ayam Brand" akan dinaikkan pengilang tidak lama 
lagi.


Harga telur ayam saiz "C" juga naik tiga sen sebiji sejak dua minggu lalu 
kepada 21 sen sebiji sementara harga kacang tanah dan kacang hijau juga naik 
sepuluh sen sekilogram sejak sebulan lalu.


Pemborong bawang, Tan Choi Lon, 35, berkata buat masa ini hanya harga borong 
bawang besar India saja yang naik iaitu dari RM8 kepada RM9 seguni disebabkan 
faktor cuaca yang tidak menentu di India.


Menurutnya harga bawang putih RM2.10, naik 20 sen kepada RM2.10 baru-baru ini 
sementara harga bawang lain dan kentang tidak berubah.


Di PULAU PINANG, tinjauan Bernama mendapati kenaikan harga beberapa barangan 
makanan di pasaran bukan berpunca daripada tindakan pemborong sebaliknya 
pengilang atau pengeluar bahan itu sendiri yang telah menaikkan harga berkenaan.


Rata-rata pemborong yang ditemui berkata, mereka terpaksa menjual barangan itu 
mengikut senarai harga baru yang diberi oleh pengilang secara berperingkat 
mulai 15 Mac lalu.


Seorang pemborong, Habib Rahman berkata, beliau menerima senarai baru harga 
produk keluaran Syarikat Nestle yang rata-rata menyaksikan kenaikan harga 
antara 20 sen dan 50 sen.


Antara barang yang naik harga ialah Milo, Nescafe, susu cair, susu pekat manis.


Bagaimanapun, barangan keluaran syarikat lain masih kekal pada harga yang sama 
setakat ini dan beliau tidak menolak kemungkinan syarikat itu akan menurut 
jejak langkah Nestle.


Seorang lagi pemborong, Lim Keong Bim berkata beliau tidak mempunyai pilihan 
melainkan menjual barangan mengikut harga baru walaupun pengguna bersungut 
mengenai perkara itu kerana tidak mahu menanggung kerugian.


Bagaimanapun, tidak semua barangan harian mengalami kenaikan harga kerana ada 
di antaranya yang turun sehingga 50 peratus seperti bawang putih dan bawang 
merah, katanya.


Katanya, bawang putih yang biasanya berharga RM40 bagi setiap 10 kilogram kini 
dijual dengan harga RM22 manakala bawang merah daripada RM12.50 bagi 10 
kilogram kepada RM8.50.


Di KUANTAN, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & 
HEP) cawangan Pahang mahu orang ramai bijak memilih premis perniagaan yang 
menjual barangan runcit dan makanan pada harga berpatutan.


Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN&HEP Pahang, Wan Suhaimi Wan Ibrahim, berkata 
tindakan tidak boleh dikenakan kepada peniaga yang menjual barangan bukan 
kawalan pada harga yang tinggi kecuali jika mereka gagal meletakkan tanda harga.


"Cara mudah, orang ramai perlu bijak membandingkan harga sesuatu barangan 
sebelum membeli," katanya ketika dihubungi di sini.


Sementara itu tinjauan mendapati orang ramai dan peniaga di Kuantan merungut 
berikutan harga barangan runcit bukan kawalan yang dilihat semakin naik.


Bagi Siti Rahimah Mohamad Nor, 47, yang lebih 10 tahun menjalankan perniagaan 
nasi berlauk di Kuantan, kenaikan harga barang runcit boleh dilihat dengan 
jelas apabila kos untuk membeli keperluan tersebut telah meningkat sekali ganda.


"Tahun lepas saya peruntukan sebanyak RM200 dalam seminggu untuk membeli 
barangan runcit seperti bawang, minyak masak, telur, dan sayur-sayuran, tapi 
kini kena peruntukan sebanyak RM400, untuk membeli kuantiti yang sama."


Sementara itu seorang peniaga runcit di Pasar Besar Kuantan, Rosli Mahmud, 40, 
berkata kenaikan harga beberapa barangan bukan disebabkan daripada tindakan 
peruncit tetapi harga itu telah ditetapkan oleh pengedar.


"Pelanggan memang komen harga mahal tetapi kita pun dapat dari pemborong dengan 
harga yang mahal, peniaga kecil seperti kami ini nak dapat untung 10 peratus 
pun susah. Kalau pasar raya besar memang boleh jual murah sedikit daripada kita 
sebab mereka ambil dalam kuantiti yang banyak," katanya. BERNAMA
 

       
---------------------------------
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! 
Security Centre.

Kirim email ke