Janganlah sebab title anda sebagai pembangkang main bantai/lipat aje apa
kerajaan samada elok tak elok.
Saya rasa jika anda beri komen yang berkecuali mungkin suara anda akan
lebih didengari.
Dan itu adalah satu kejayaan bagi anda.
 

>>> umar faruqi  05/21 5:45 pm >>>
Gaji Dinaikkan Maksimum 35%, Harga Barang Akan Naik???%
 Posted on Monday, May 21 @ 17:17:27 MYT by greenboc 
  Oleh pemudawilayah

"
Kenaikan gaji kakitangan awam kumpulan 1 (Gred 1-16) sebanyak 35% dan
kumpulan II (Gred 17-40) sebanyak 25% dan Kumpulan Pengurusan
profesional (Gred 41 hingga 54) kekal 15% yang diumumkan oleh Perdana
Menteri pagi tadi begitu meransang semangat kakitangan awam khusus dalam
kategori kumpulan sokongan.

Namun jumlah ini sebenarnya hanyalah cukup-cukup makan bagi mereka
memandangkan para peniaga kini dilihat cenderung untuk menaikkan harga
barangan. 

Kenaikan gaji yang diumumkan dalam Perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam
di PICC itu dilihat agak mengecewakan kerana cadangan CUEPACS agar
Kerajaan melaksanakan Dasar Gaji Minimum sebanyak RM 1,000 turut tidak
dipedulikan.
Secara keseluruhan, jumlah yang kenaikan diumumkan oleh Pak Lah ini
kurang 5% dari tuntutan asal CUEPACS.
Kenaikkan elaun cola sebanyak 100% pula dilihat seperti satu
diskriminasi bagi pekerja dari  Semenanjung ke Borneo dan Borneo ke
Semenanjung yang mana mereka tidak menerima apa-apa tambahan atau
kenaikan dalam elaun khidmat diluar Wilayah.
Tindakan ini dilihat bertentangan dengan dasar Kerajaan yang melaungkan
slogan Tradisi Membela Rakyat. Seharusnya kumpulan ini turut dinaikkan
elaun mereka kerana kos untuk mereka menziarahi Wilayah asal adalah
lebih tinggi berbanding kakitangan tempatan. Kerajaan hanya
memperuntukan tiket tambang percuma bagi setiap 2 tahun bagi mereka.
Selain itu, mereka turut menghadapi masalah yang sama dengan kakitangan
lain yang bertugas dibandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor,
dan Georgetown iaitu masalah kenaikan harga barangan kegunaan harian,
minyak dan tol.
Ekoran dari pengumuman ini bermula esok, kemungkinan pesta kenaikan
harga bagi barang-barang keperluan seperti beras, minyak masak, gula dan
peralatan rumah akan bertambah rancak. Selain itu mungkin harga barangan
tekstil turut naik bersama bil elektrik, air, telefon, tol dan minyak.
Sama ada Kenaikan ini akan berlaku dalam tempoh terdekat ini, ianya
terpulang pada pengeluar.
Kerajaan harus bertindak lebih awal bagi memastikan para peniaga tidak
mengambil kesempatan menyembunyikan barang keperluan bagi mendesak
kenaikan harga.
Jika ini berlaku Kerajaan akan menyebabkan rakyat terhimpit dan tidak
dapat meningkatkan tabungan walaupun gaji mereka dinaikan.
Yang paling teruk adalah kakitangan swasta yang masih lagi belum
menerima apa-apa kenaikan khususnya dalam kategori buruh tidak mahir dan
separuh mahir. Kesan Kenaikan gaji ini akan dirasai oleh kakitangan Awam
sahaja tetapi jika berlaku kenaikan harga barangan kesannya akan dirasai
oleh semua rakyat.
Berdasarkan teori ekonomi, pertambahan perbelanjaan oleh pengguna akan
meningkatkan gelombang pasaran dan ini akan menyebabkan graf ekonomi
meningkat. Walaubagaimana pun, keadaan ekonomi negara yang di war-warkan
sebagai stabil ini sebenarnya tidak begitu kerana tabungan rakyat
semakin berkurangan.
Walaupun gaji meningkat tetapi apabila para peniaga menaikan harga
barang, kuasa beli rakyat akan berkurangan dan mereka perlu mengunakan
duit yang banyak untuk membeli barangan yang sedikit. Indeks harga
pengguna mungkin naik sedikit tetapi akan jatuh teruk selepas 2 atau 3
bulan kemudian kerana kenaikkan ini jarang ada penurunan sedangan
kenaikan gaji ini hanya berlaku 10-15 tahun lagi.
Kesimpulannya, kenaikan gaji kakitangan ini haruslah dilihat sebagai
satu cabaran pada Kerajaan untuk memastikan agar para peniaga tidak
mengambil kesempatan. Pada situasi kebiasaannya Kerajaan gagal untuk
mengawal mereka. Kalau pun ada perundingan kenaikan tetap akan berlaku
sama ada 0.1%, 1% atau lebih.
Jadi terpulanglah pada rakyat untuk melihat dan mentafsir pasaran
semasa dan bangkit membuat bantahan awam kiranya ada peniaga yang cuba
mengambil kesempatan dalam kesempitan hidup rakyat

-Herman Samsudeen


lawati : http://syukran.wordpress.com 


Note: Kenaikan Gaji hanya akan menjadikan golongan rakyat tidak bekerja
makan gaji seperti petani, nelayan, pesawah dan lain-lain mendengarnya
dengan sayu dan hiba. - Greenboc" 

Komen pengirim : Pengirim bukan penulis........ Apapun terima kasih
kepada kerajaan dan syukur Alhamdulillah kepada Yang Maha Esa.

Laman Asal : http://www.tranungkite.net/

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.

Kirim email ke