Tu dia! Duit iklan di akhbar Melayu saja RM1.14 juta! Hang pikiaq la berapa 
pula keuntungan syarikat syarikat judi tu pula. Katakanlah depa belanja 1% saja 
dari keuntungan mereka untuk iklan di BH, nermakna keuntungan mereka RM114 
juta! Wow! Tu baru kita kira di BH...kalau campur yang lain?

Terlanjur ni, ada satu lagi yang orang Melayu suka habiskan wang mereka - 
download ringtones dan apajadah seangkatan tu. Kalau hang tak caya, hang beli 
Metro - adik BH! Hampir setiap mukasurat ada iklan benda tu! Tapi tu bab lain. 
Hang baca dulu cerita BH ni cek ambil dari 
http://www.detikdaily.net/m3/modules.php?name=News&file=article&sid=478



Berita Harian  dapat RM1.14 juta melalui iklan judi?
 Posted on Monday, May 28 @ 06:16:50 CDT by reformis
 Pelik, akhbar berbahasa Melayu, yang pemiliknya orang Islam, dibeli oleh 
majoriti pembaca Muslim, boleh secara sedar memberikan promosi besar kepada 
aktiviti judi, satu perbuatan dosa besar dalam Islam!


Oleh Azamin Amin

Kecenderungan akhbar harian berbahasa Melayu milik Umno menyiarkan dan 
mengiklankan keputusan nombor ramalan atau dikenali sebagai nombor ekor, 
dikesali banyak pihak, kerana dianggap menggalakkan pertumbuhan aktiviti judi 
di kalangan rakyat khususnya umat Islam.


Isunya, bagaimana dengan  hasil iklan 'haram' itu, yang tentunya akan memberi 
kesan kepada kakitangan Islam akhbar berkenaan? Apakah pihak pengurusan akhbar 
begitu terdesak untuk menampung pendapatan sehingga terpaksa menyiarkan iklan 
judi?


Setiap minggu, akhbar seperti Berita Minggu, Mingguan Malaysia dan Metro Ahad 
akan menyiarkan keputusan nombor ekor pelbagai jenis antaranya seperti 'Sports 
Toto' yang memaparkan nombor hadiah utamanya berjumlah RM300,000.00 bagi 
kategori Jackpot.

 
Tidak cukup dengan itu, akhbar tersebut turut  menyiarkan iklan bagi sesiapa 
yang ingin mengetahui keputusan nombor ramalan melalui SMS  seperti Magnum 
(Empat Nombor Ekor), Kuda 4D, Jackpot, Sarawak Cash Sweep 1+3D, Sandakan Turf 
Club 4D, Nombor Bertuah dan lain-lain lagi.


Menurut sumber,  kadar bagi setiap iklan tersebut, bagi keluasan yang dipilih, 
secara puratanya berjumlah RM1,100 termasuk lima peratus sebagai cukai kerajaan 
untuk sekali keluaran.


Misalnya, Berita Minggu dalam halaman sukan bertarikh 20 Mei 2007, menyiarkan 
sembilan iklan nombor ramalan yang setelah dijumlahkan kosnya, akhbar terbabit 
memperoleh pendapatan iklan judi haram itu sekitar lebih RM10,000 dan jika di 
siarkan empat kali dalam sebulan, jumlah keseluruhannya ialah RM40,000.00.


Sebenarnya dalam seminggu, Berita Harian sebagai contoh rata-rata menyiarkan 
keputusan nombor ramalan pada setiap Hari Isnin (4 Iklan),Rabu (3),Khamis (4), 
Ahad (9) manakala pada hari Selasa, Jumaat dan Sabtu tiada sebarang iklan 
nombor ramalan yang dipaparkan dan purata pendapatan iklan (20 iklan x RM1,100) 
dalam seminggu ialah RM22,000 dan secara keseluruhan  kira-kira RM90,000 dalam 
sebulan.


Oleh itu, dijangka purata setahun, Berita Harian  dan Berita Minggu boleh 
memperolehi pendapatan dan keuntungan hasil daripada iklan menyiarkan keputusan 
nombor ekor ini sekitar RM1.14 juta! Kemungkinan besar kumpulan akhbar Utusan 
Melayu turut meraih pendapatan hampir sama, juga  daripada iklan judi.


Dan diragui hasil iklan judi ini akan mendatangkan kesan halal-haram terhadap 
pendapatan bulanan kakitangan akhbar berkenaan yang beragama Islam.


Mengulas lanjut Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS, Mahfuz Omar 
berkata, sepatutnya media tidak menggalakkan masyarakatnya terjebak dengan 
unsur-unsur yang tidak sihat ini, malah dari segi agama Islam juga ia amat 
ditegah.


Akhbar yang dikawal sepenuhnya oleh parti pemerintah itu, katanya, dalam masa  
sama mesti menjaga kepentingan umat Islam daripada terjebak  dalam gejala yang 
merosakkan, malah haram dari segi agama,. Dibimbangi ia mendatangkan kesan 
negatif ke atas pendapatan ribuan kakitangan Islam media terbabit.

 
"Tidak guna slogan Islam Hadhari semata-mata, jika tindakan masih sama iaitu 
apa sahaja dibolehkan asalkan ia mendatangkan keuntungan walaupun terpaksa 
mengenepikan hukum agama," katanya.


Mahfuz menambah, apabila akhbar Melayu itu menyiarkan iklan judi, dikhuatiri 
pembaca yang membelinya turut bersubahat dengan kegiatan perjudian pula.

 

Di samping memperolehi keuntungan yang diragui hukumnya, tindakan menyiarkan 
iklan terbabit menyebabkan lebih ramai lagi yang akan tertarik dan terjebak 
dengan kegiatan membazir ini.


"Tanggungjawab akhbar ialah berkempen kepada rakyat supaya tidak melakukan 
pembaziran, dan dalam kes judi ini sepatutnya akhbar menasihati pembaca supaya 
tidak  terlibat dengan kegiatan maksiat," katanya.


Timbalan Presiden ABIM,  Ustaz Mohd Rumaizuddin Ghazali pula berpendapat hukum 
membeli nombor ramalan adalah menyamai dengan hukum judi. Manakala kegiatan 
menyiarkan  keputusan judi itu dalam akhbar tergolong sebagai bersubahat dengan 
aktiviti  mungkar.

 
"Seperti berzina, hukum mukadimah zina atau melakukan perbuatan tidak senonoh 
yang menjurus ke arah zina juga adalah haram, begitu juga dengan arak yang mana 
sesiapa yang terlibat dengannya, hatta membungkusnya sahaja walaupun tidak 
minum, jelas hukumnya haram," katanya.


"ABIM  menggesa supaya kerajaan melarang media terbabit menyiarkan keputusan 
nombor ekor tersebut supaya tidak menggalakkan aktiviti perjudian yang 
merugikan masyarakat, khususnya umat Islam," katanya.


Ini boleh dilakukan, katanya memandangkan iklan arak dan rokok berjaya 
dimansuhkan daripada siaran akhbar terbabit. Jadi, tegasnya, mengapa tindakan 
sama tidak boleh dibuat bagi mengharamkan  iklan-iklan nombor ramalan tersebut.


"Pelbagai kaedah dan cara yang lebih bermanfaat untuk menjana ekonomi terutama 
ekonomi umat Islam," katanya lagi.


Bagi Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia Dato' Dr Maamor Osman 
yang dihubungi berkata, isu ini harus dilihat dengan neraca dan penilaian yang 
adil dan tidak menyalahkan semua pihak di media tersebut dalam perkara yang 
berkait rapat dengan hukum agama.


"Anda kena adil dengan penilaian ini. Tidak semua kakitangan Islam yang 
berkerja dengan akhbar berkenaan mahu terlibat atau mesti dilibatkan sama dalam 
isu iklan nombor ekor ini,"  katanya.


"Mudahnya ialah hukum haram dan halal telah jelas dalam al-Quran dan setiap 
individu bertanggunjawab atas apa yang diniatkan dan juga tindakannya. Jadi 
jangan menyalahkan semua pihak dalam hal ini," katanya lagi.


       
---------------------------------
 Copy addresses and emails from any email account to Yahoo! Mail - quick, easy 
and free. Do it now...

Kirim email ke