Alhamdulillah. Terima kasih kepada Cik Shima kerana mengingati kita agar 
bersyukur. Terima juga kepada Tuan Abd Mutalib kerana mengingatkan bahawa 
perjuangan umat Islam masih jauh perjalanan nya. Lanjutan dari itu, izinkan cek 
juga ingat mengingatkan diri cek dan semua sahabat. 

Sebenarnya serangan keatas aqidah kita bukan sahaja dari satu penjuru sahaja, 
tapi dari pelbagai penjuru. Yang paling bahaya, musuh yang tidak menyedari 
dirinya musuh dalam selimut. Bak cam nyamuk yang bising ditelinga kita, musuh 
ini sentiasa melalaikan diri kita dengan pelbagai perkara yang tidak faedah. 
Disuruhnya kita tengok AFlah, JomHebohlah, tengok cerita cinta remaja lah, 
melalak cam depa yang nak buat rekod dunia(kononnya) selama 50jam tanpa henti 
lah, dan pelbagai lagi lah lah seangkatan. Perkara sebegini akan larutkan 
keimanan kita sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. Ada di antaranya membina 
satu bayangan atau gambaran bahawa kepercayaan luar dari Islam merupakan satu 
dunia yang glamer dan indah belaka. Walhal, mereka menjurus kita ke neraka 
dengan keyakinan bahawa itulah syurga, cam dajjal.

Jarum yang mereka cuba masukkan cukup halus dan lazimnya kita memang tidak 
menyedari perkara ini sehingga terlambat...ada juga yang langsung tidak 
menyedarinya, na'uzubillah.

Maaf ya, cek bukan nak tuduh sesiapa. Tapi, hang juga ada mata dan telinga cam 
cek. Ada pihak yang dalam keghairahan mereka mengejar duit pelancung sehingga 
sanggup meminta kita menggadai maruah dan aqidah dengan cadangan seperti 
menerunkan harga arak untuk menarik pelancung asing (dengan sendirinya menjadi 
penggalak untuk minum arak), membuat konsert konsert samada di TV atau pentas 
(dengan sendirinya memesong haluan yang sepatutnya ke pentas agama, la tu ke 
pentas maksiat pula), dan banyak lagi; cek rasa hangpa tahu apa yang cek 
maksudkan ya.

Maka itu, jom kita mengikut nasihat Cik Shima dan Tuan Mutalib kita; jom kita 
tingkatkan ilmu kita dalam agama. Ianya boleh bertindak sebagai satu perisai 
untuk kita. Jom!



From:"Abd Mutalib Ibrahim" 
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Kes Lina Joy - KemenanaganISLAM!!

Going forward:
 
 Umat Islam mesti perlu sentiasa berhati hati dgn agenda Kristian yang
 tidak akan berhenti menyebarkan dakwah mereka keatas anak anak muda
 kita. Kita perlu bertindak secara proaktif dgn menanamkan fahaman akidah
 yang betul kepada anak anak, keluarga dan rakan rakan. Jika tidak yakin
 dgn ilmu akidah yang kita ada, saya rasa masih belum terlambat utk kita
 mengikuti kelas kelas agama yang berkaitan dgn akidah. 
 
 >>> Shima Derus  05/30 12:18 pm >>>
 ALLAHU AKBAR!! Lina Joy kalah dalam kes nya.
 Alhamdulillah, Allah memelihara kesucian Islam. Jangan lupa kita buat
 sujud syukur... Semoga Allah sentiasa memelihara aqidah ummah.
 
 Wasalam,
 Shima Derus
 


       
---------------------------------
 Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Tryit now.

Kirim email ke