kalau mcm tue, tak salah la kalau kita berbogel atau
berlakon ranjang, asal ada dlm skrip dan kita pun
patuh..... tak gitu wahai artis2 melayu???? hehehe....
nampaknya 'kitab' yg bernama skrip lebih mulia dan
utama untuk diikuti dari kitab yg bernama al-quran....


--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:

> KLANG: Tindakan pelakon filem Muallaf, Sharifah
> Amani  Syed Zainal Rashid yang sanggup membotakkan
> kepala demi filem itu,  tidak seharusnya
> dibanggakan.
>   
>    Ini kerana, tindakan itu hukumnya haram di sisi 
> Islam kerana menyamai lelaki dan pada masa sama, ia
> boleh memberi kesan  buruk kepada wanita Islam.
> 
>  Exco Hal Ehwal Agama dan Mesra  Rakyat Selangor,
> Datuk Abdul Rahman Palil, berkata tindakan Sharifah 
> Amani itu tidak wajar dilakukan kerana walaupun
> untuk memenuhi tuntutan  lakonan, ia bertentangan
> dengan perlakuan wanita Islam sebenar.
> 
>   “Semua tindakan yang tidak bersesuaian atau
> bertentangan dengan ajaran  Islam tidak sepatutnya
> dibanggakan walaupun sekadar mahu memenuhi  tuntutan
> watak dalam filem.
> 
>  “Saya tidak layak dan tidak boleh  menghukumnya,
> tetapi saya bimbang perlakuan ini akan menjadi
> ikutan  wanita Islam lain,” katanya selepas
> merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran  Pendidikan Khas
> peringkat negeri di Sekolah Menengah Kebangsaan
> (SMK)  Klang Utama, di sini, semalam.
> 
>   Menurut Rahman, yang haram tetap haram dan perkara
> itu tidak boleh dikompromi atau bertolak ansur.
> 
>   Dalam masa sama, beliau turut meminta pelakon lain
> berhati-hati selain  sentiasa mengambil berat
> pelbagai faktor, terutama membabitkan agama  bagi
> mengelakkan berlaku perkara tidak diingini.
> 
>  “Jangan  jadikan tuntutan lakonan atau apa saja
> sebagai alasan untuk melakukan  sesuatu yang
> bertentangan dengan agama. Tidak kira artis atau 
> sesiapapun, kita perlu tegas jika ia membabitkan hal
> agama,” katanya.
> 
>   Kelmarin, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyis Abdul
> Majid, dipetik  berkata artis beragama Islam tidak
> sepatutnya membelakangkan hukum  agama selain
> merendahkan diri sendiri dengan melakukan perkara 
> bertentangan dengan agama semata-mata untuk popular.
> 
>  Mufti  Perak, Datuk Seri Harussani Idris pula
> mengingatkan artis beragama  Islam supaya tidak
> terpengaruh dengan artis Barat yang sanggup 
> mengorbankan agama semata-mata mahu menjadi popular
> dan dikenali ramai.
>   
> 
>  
>   "FoKuslah pada Apa yang Kita MaMpu MengAwal dan
> meNgubahnya.Cubalah Untuk MiniMumkan apa-apa yang
> Agama tidak suka. Jangan kerana Menegakkan agama,
> kita hilang budi bahasa"  SAIFULISLAM.COM 'Awasilah
> Allah, Dia pasti akan memeliharamu. Peliharalah
> Allah pasti Dia berada di sampingmu. Bila engkau
> minta, maka mintalah Allah, bila mahu pertolongan,
> minta tolonglah daripada Allah.'
>      
> 
> 
>        
> ---------------------------------
> Sick sense of humor? Visit Yahoo! TV's Comedy with
> an Edge to see what's on, when. 



 
____________________________________________________________________________________
Never miss an email again!
Yahoo! Toolbar alerts you the instant new Mail arrives.
http://tools.search.yahoo.com/toolbar/features/mail/

Kirim email ke