Jabatann agama kat malaysia makan gaji buta je.....ntah apa dia org 
buat....cuma tahu kata org itu sesat,ajaran sesat.khalwat,.tapi bab yg 
nyata
mungkar tutup mata dan telinga...Agaknya mereka tidak tahu apa  yang bakal 
menanti mereka  bila mereka mati kelak..
"apa yang telah dilakukan oleh kamu sebagai penjaga agama(kononnya)"

rakyat malaysia bayar zakat seorang puratanya RM4.00
Yang membayar seramai katalah 10 juta
setahun je mereka ada 40juta(kiraan bodoh ni)

Kalau mereka tahu rancang untuk memajukan atau membantu umat islam,rasanya 
takdelah umat islam miskin...
"mereka tak takut ke bila ditanya esok bila matiiiiiiiiiiiiiiii"

Mereka tak fikir ke orang kalau dah miskin..,nak pi mana pun 
susah...semuanya nak pakai duit...lepastu nak kena mohon lah sain 
sini,sain situ
org miskin ditambah lagi susah, mereka org pejabat agama  tak de ada otak 
ke utk fikir hal hal ini...

turun padang lah  org penjaga agama...bukan setakat duduk kat opis berhawa 
dingin....bila ada datang mengadu...ayat yang keluar lebih sudu dari  kuah
kau org bagi makan minum kat isteri dan anak hang tu dari zakat kita orang 
maka buat kerja ikhlas bukan pasal gaji tapi tanggungjawab pada allah dan 
rasul.









salam..
 
perkara yg zifri ckp bukan sesuatu yg bru.gereja mmg sentiasa dibesarkan 
untuk menandakan kekuatan penganutnya.duit derma mmg dikutip setiap bulan 
bukan dipaksa tetapi direlakan oleh golongan tertentu oleh orang kaya cina 
dan bangsa-bangsa lain.saya ni bukan nak mengutuk jauh sekali mengecilkan 
kewibawaan jabatan agama di malaysia tetapi kerana terlalu byk 
birokrasi,jabatan agama amat lemah dlm menjalankan tanggungjawab mereka.
 
sebagai contoh,ada satu kes dimana seorang wanita MUSLIM yg sakit epilepsi 
dan mengalami tekanan mental akibat seluruh adik beradiknya tidak 
membenarkan beliau duduk serumah dgn mereka.beliau tidak bekerja kerana 
kerap sakit.pihak jabatan agama tidak dapat berbuat apa2.beliau tidak 
dapat ditempatkan di asrama kerana asrama hanya untuk mualaf sehingga 
mereka dapat kerja dan rumah baru.wanita ini mmg tidak ada tempat untuk 
ditujui.mmg hopeless.kamu tahu apa jadi dgn beliau?? beliau dihantar ke 
asrama CHRISTIAN di johor yg dijaga oleh rahib rahib wanita beragama 
CHRISTIAN.tiket disediakan oleh gereja di tempat beliau.kamu tahu apa 
dijawab oleh pihak jabatan agama? "kami tidak dpt berbuat apa2.biarlah 
saja dia di sana.mungkin nasib dia lebih baik di sana!" kamu tahu 
bagaimana perasaan saya? Hancur luluh.tidak adakah tempat bg wanita itu di 
dalam kelompok muslim?? saya sendiri menumpang rumah ibu ketika peristiwa 
itu berlaku.mmg tidak ada bilik kosong lagi untuk menemptkan dia.saya 
hanya dpt berdoa semoga beliau sentiasa dibawah naungan rahmat 
Allah.semoga beliau tidak menukar agama semasa dibawah jagaan rahib 
CHRISTIAN itu.saya sendiri malu kenapa pihak jabatan agama langsung tidak 
ada kompromi dlm hal ini..
 
terdpt satu lg kes dimana seorang wanita telah hamil luar nikah.beliau 
minta tolong jabatan agama untuk sembunyi sementara drpd kekasih dia yg 
beragama CHRISTIAN.dia pd mula nya tidak tahu lelaki itu CHRISTIAN.dan 
hubungan mereka telah menjangkaui batas agama.kamu tahu apa jawapan pihak 
jabatan agama? "sini bukan tempat utk penzina.kamu carilah sendiri tempat 
persembunyian kamu." wanita itu menangis kerana dia tidak tahu dimana lagi 
nak bersembunyi.dan dia tahu,setelah anaknya lahir nanti,anaknya akan 
diBAPTIS.akhirnya,dia dapat duduk di asrama jabatan agama tetapi apabila 
kekasih dia tahu dia bersembunyi di situ,dia telah dilarikan.selepas 
kehilangan dia,pihak jabatan agama tidak membuat apa2 tindakan.tak 
taula,apa dah jadi dgn dia..saya minta maaf saya tidak dpt memberitahu 
nama negeri cawangan jabatan agama tersebut diatas.saya pada waktu itu 
bekerja di jabatan yg ada berkenaan dgn jabatan agama.

 We won't tell. Get more on shows you hate to love
(and love to hate): Yahoo! TV's Guilty Pleasures list.
 

Kirim email ke