Assalamualaikum warahmatullah.

saya bapa kepada 10 orang anak. semua anak saya
bersekolah disekolah agama swasta, masa sekolah rendah
sekolah harian dan masa sekolah menengah sekolah
berasrama penuh. sekolah menengah tak berapa jauh dari
 rumah, cuma 30 minit perjalanan.

anak mesti dididik secara betul sejak dia kecil lagi.
proses pendidikan mesti berterusan dan bersesuaian
dengan umur dan kefahamanya sehingga dia dewasa. fasa
fasa pendidikan, dalam bentuk "bermesra, bermain,
mengajar, mendisiplin, berkawan perlu dilaksanakan
dengan betul. perubahan tanggapan dan pandangan kita
terhadap anak anak mesti selari dengan umur mereka.

masa kecil adalah masa pengenalan kepada disiplin dan
peraturan, masuk sekolah adalah masa untuk penerapan
disiplin, dan pengenalan hukuman kepada pelanggaran
dissiplin, disekolah menengah adalah masa pengawasan
pematuhan kepada dissiplin dan satelah baligh perlulah
mereka dianggap orang dewasa dan mampu melaksanakan
sesuatu tanpa pengawasan rapi ibu bapa.

jika gagal kita mengenalkan serta menerapkan disiplin
semasa disekolah rendah, hampir pasti kita akan
menghadapi masalah apabila mereka masuk kesekolah
menengah. (asrama atau harian) kerana masa tulah
mereka baru melihat dunia,mula mahu berfikir sendiri,
dan mula mahu ada identiti. untuk membetulkan mereka
pada waktu ini akan memerlukan tenaga masa dan
kebijaksaaan yang tinggi... almost too late.

dalam masalah puan ni, elok sekiranya puan dan suami
mengimbau kembali apa yang telah puan lakukan atau
tidak lakukan semasa anak puan ini kecil dan juga
semasa dia disekolah rendah. (untuk panduan puan/tuan
carilah buku buku pendidikan anak anak muslim.. yang
baik. sebagai bandingan.) satelah mengetahui kelemahan
dan kelebihan yang puan lakukan semasa anak puan ini
kecil, puan/suami perlulah tahu langkah langkah wajar
yang perlu diambil untuk membetulkan keadaan dan
kemudian meneruskan fasa pendidikan.

bagaimana pun ini beberapa perkara yang puan/suami
kena buat.

1. hantar anak hingga kepintu sekolah sama ada dia
suka atau tidak. dan samaada puan/suami ada masa
ketidak.. balik pun sama juga. mesti ambil. jika dia
nak kesekolah semula pun puan/suami mesti antar dan
ambil. lakukan ini sehingga 1 2 tahun.

2. jangan sekali kali benarkan dia kepekan/shopping
sendirian. .. puan/tuan bawa dia dan beri dia duit
untuk beli apa yang dia nak..(tak perlu temankan dia
sewaktu membeli)

3. adakan program bersama semasa cuti. seperti
berriada bersama, ada berkelan

4. ajak juga kawan kawan dia sekali sekala kerumah
untuk makan makan dan  mengenali mereka.

5. hubungi guru kelas dia dan minta guru tersebut
beritahu puan/suami jika anak puan ada masalah dan
puan mestilah selesaikan dengan segera..

6. apabila dirumah layan dia sebagai anak.  makan
bersama, solat bersama. 

7. adakan peraturan mudah dirumah dan pendisiplinan
mesti dilakukan apabila ianya dilanggar.

8. adakan jadual harian yang mudah, agar dia fokus
kepada pembinaan diri yang kental. patuhi jadual itu.
(jangan pula kensel jadual kerana puan/suami ada
program lain)

9. puan/suami mesti menjaga disiplin diri dalam semua
hal. janji mesti ditepati. kata mesti dikota.

10. tunjukkan kasih sayang dalam keluarga. tunjukkan
juga bahawa rumah adalah tempat paling bahagia untuk
puan/suami dan anak anak. (the best food, the best
environment, the best kasih sayang.. mesti dirumah)

11. bertekad untuk memperbetulkan masalah ini hingga
dia lepas spm, (puan/suami akan perlukan masa yang
panjang ini untuk memperbaiki keadaan, puan perlu
bersabar dan berdoa)

semua ni perlu dilakukan agar anak puan menyedari
bahawa puan/suami amat menyayangi dan ambil berat
tentangnya.. ia juga menunjukkan bahawa puan/suami
tahu apa yang anak puan lakukan.


wassalam 
--- [EMAIL PROTECTED] wrote:

> Saya seorang bekas pelajar asrama SBP.  Saya
> sebenarnya langsung TAK
> setuju konsep sekolah/kolej/universiti berasrama
> kerana ia mengeluarkan
> anak dari keadaan fitrah.  Setiap anak adalah
> tanggungjawab MUTLAK
> ibu-bapa.  Konsep sekolah/madrasah/universiti
> sebenarnya tidak ada zaman
> nabi tetapi memandangkan ia adalah satu perkara umum
> dalam kehidupan
> manusia sejak berkurun, maka kita terpaksa
> menerimanya.
> 
> Nasihat saya pada setiap ibubapa, jangan hantar
> anak2 ke sekolah
> berasrama khususnya sekolah agama yang berasrama.  
> Tidak dinafikan ada
> kebaikan tetapi sebenarnya keburukan yang ada
> menenggelamkan kebaikannya
> spt. kes khalwat, liwat, zina, rokok, ganja dan
> pengedaran bahan2 lucah.
> Anak2 kita mesti duduk bernaung bawah kita sehingga
> mereka
> berumah-tangga baik lelaki maupun perempuan. 
> Belajar berdikari dalam
> rumah.  Ibu-bapa MESTI cari masa buat kerja2 rumah
> dan aktiviti2 membina
> berSAMA anak2 (bukan mengarahkan mereka).
> 
> Kalau anak2 dah terlekat pergi cyber cafe, mintak
> maaf cakap dah tak
> boleh sekat sebab perkara tu dah pun didedahkan
> kepada mereka.  Ibu-bapa
> dah tak ada pilihan yang banyak selain terpaksa
> pergi bersama anak2 ke
> cyber cafe  dan bimbing mereka adab2 dalam suasana
> cyber-cafe.  Ada juga
> ibu-bapa yang membenarkan anak2 mereka pergi
> disko-nak buat mcm mana?
> Terpaksalah menebalkan muka dan bersama mereka dalam
> disko juga! 
> (Sambil itu, berdoalah banyak2 ALLAH memalingkan
> anak2 anda dari
> kegemaran2 yang tak berfaedah itu).
> 
> Zaman dahulu sebelum ada semua kemajuan yang kita
> kecapi hari ini,
> hubungan anak2 dengan ibu-bapa terbentuk secara
> spontan.  Saya ingat
> dahulu masa kecil, kami adik-beradik akan turun ke
> bendang atau membuat
> apa jua kerja yang dilakukan bersama
> ibu-bapa/datuk-nenek.  Banyak
> kampung2 masa tu masih belum ada elektrik, jadi
> makan malam memang mesti
> bersama.  TV tak ada, jadi tak timbul ambil makanan
> dan duduk depan tv.
> 
> Bagi ibu-bapa yang hidup asing/bercerai, anda BERDUA
> terpaksa juga cari
> jalan untuk beri QUALITY time dan nasihat yang
> berterusan kepada anak2
> anda.
> 
> Berapa ramai dari ibu-bapa yang bercakap mengenai
> kebesaran ALLAH,
> kematian, kehidupan kubur dan sebagainya.  Maksud
> saya IBU-BAPA sendiri
> yang menyampaikan semua perkara2 itu kepada
> anak-anak mereka?  Bukannya
> hantar ke kem motivasi, bawak ke masjid/surau utk
> dengar ceramah ustaz2 
> atau tunjuk vcd dsb.  Kalau anda belum
> memulakkannya, ikhtiarkanlah
> untuk melakukannya.
> 
> Berapa ramai pula diantara ibu-bapa yang membaca
> berulang2 kali doa
> :RABBANA HAB LA NA MIN AZWAJINA WA ZURRIYATINA
> QURROTA A'YUN WA JAA'LNA
> LIL MUTTAQIINA IMAMA sambil menangis2 seolah dalam
> keadaan sangat
> berharap kepada ALLAH?
> 
> Akhir sekali, jangan kita mendedahkan anak2 kita
> dengan konsep kejayaan
> hidup hanya apabila kita mendapat perkara2 yang
> disenangi sahaja.  Dalam
> surah Fajr ayat 15 & 16 ALLAH berfirman:
> 
> 15. Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu
> dimuliakan-Nya dan
> diberikan kesenangan maka dia berkata: "Tuhanku
> telah memuliakan ku".
> 
> 16. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi
> rezekinya maka dia
> berkata : "Tuhanku menghinakanku"
> 
> Semua anak mesti ditarbiah untuk memahami apa jua
> yang mendatang dalam
> kehidupan mereka adalah ANUGERAH ALLAH.  Bila senang
> bersyukur dan mesti
> beri kembali di jalan ALLAH, dan apabila ditimpa
> musibah atau susah,
> kena bersyukur juga  dan hairan kerana tidak tahu 
> apakah kebaikan diri
> yang telah dibuat sehingga ALLAH MEMULIAKKANNYA
> dengan ujian tersebut. 
> Kerana setiap orang yang melalui ujian dengan
> berpaling untuk mendapat
> taufiq & petunjuk dariNYA, akan dipertingkatkan lagi
> darjatnya di
> sisiNYA.  Kalau ibubapa sendiri tidak ada sifat2
> begini, nak salahkan
> anak2 ke kerana rosak akhlak mereka?
> 
> WALLAHu a'lam.
> 
> --- In hidayahnet@yahoogroups.com, pemberi petunjuk
> wrote:
> >
> > assalamualaikum..
> >
> >   saya cadangkan supaya anak puan dihantar ke
> sekolah agama yang
> berasrama supaya dia dapat belajar hidup
> berdikari.tahu susah payah dan
> penat lelah ibu bapa.selain itu puan juga boleh
> memainkan peranan dgn
> melakukan apa jua program secara berjamaah contohnya
> spt makan
> bersama(makan pg/ptg/mlm),riadah
> bersama(joging/bermain
> badminton),membawa anak2 rehlah ke tempat yg
> menyenangkan mata &
> hati(air terjun,pantai)dan sebagainya.puan juga
> boleh membawa anak2
> keluar makan di restoran2 sekali sekala supaya puan
> boleh berinteraksi
> dgn anak2.apa jua yang dilakukan hendaklah ada
> interaksi 2 hala antara
> puan dan anak2.dan bg saya,anak puan tu sedang
> meningkat remaja dan
> golongan remaja suka perkara yg baru dan
> mencabar/lasak.puan boleh
> bertanya apa kehendak anak puan dan puan cuba
> tunaikan kehendaknya.dan
> saya kurang bersetuju mengetai leteran ibubapa
> terhadap anak2.anak2 yg
> meningkat remaja kurang suka dgn leteran ibubapa.bg
> mereka,mereka lebih
> suka bercakap cara baik dan
> >  berunsurkan nasihat.nasihat yang tidak menekan
> tetapi nasihat yg
> membina.jika leteran ini berlaku bg saya,mereka
> mungkin akan kurang
> berminat untuk bercerita masalah mereka kepada
> ibubapa dan mereka
> mungkin akan lebih kpd rakan2 sama ada rakan sama
> jenis atau berlainan
> jantina.mengenai apa yg disukai oleh golongan remaja
> itu(yg diceritakan
> oleh sape ntah sebelum ni)bg sy memang benar dan
> saya bersetuju.
> >   last but not least,apa jua yg puan lakukan puan
> hendaklah
> berinteraksi cara baik dgn anak puan.tegur secara
> hikmah dan membina.dan
> last sekali mohon doa kpd Allah minta supaya
> dilembutkan hati anak puan.
> sekian..
> >
> >
> >
> > [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED]
> wrote:
> >             Assalammualaikum....
> >
> >   Saya seorang tutor IT sebuah kolej di Ipoh, dan
> dah ramai pelajar
> saya. Saya ingin berkongsi pengalaman, salah seorang
> pelajar saya adalah
> bekas PK sekolah. Beliau mempunyai 3 orang anak
> lelaki seperti Hakimi.
> Beliau dah tak tau nak buat apa.
> >
> >   Beliau mengambil keputusan, mengeluarkan duit
> kwsp dan setup
> cybercafe di rumah. Bersyarat, lepas habis homework
> boleh main sampai
> pagi. Balik rumah, homework dulu, start main sampai
> pagi.
> >
> >   Saya hanya berkongsi pengalaman org lain harap
> dpt membantu, mungkin
> ada cadangan lain yg lagi bernas, saya bukan pakar
> motivasi. Tetapi
> anak-anak beliau sangat berjaya skrg malah mengutip
> hasil dari server
> yang bapa mereka beli, mereka menjadi hos server
> games 
=== message truncated ===



 
____________________________________________________________________________________
Bored stiff? Loosen up... 
Download and play hundreds of games for free on Yahoo! Games.
http://games.yahoo.com/games/front

Kirim email ke