Assalamualaikum , Jika anda rasa tertipu atau teraniaya dengan pembelian direct 
selling ,ugut penjual anda akanreportkan ke kes tribunal tuntutan pengguna 
berdekatan . nanti  anda dapat duit anda balik inshaAllah selagi ada resit 
pembelian n barang x brapa di guna lagi.

http://www.kpdnhep.gov.my/index?pub=alamat_cawangan_tribunal

wassalam 
Norjehan zainul

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:                                  
assalammualaikum
   
  kes mcm nih report je kat kpdn hep ... kita mesti tau hak kita sbg pengguna 
.. iaitu kita berhak lihat + pegang selama beberapa hari utk kepastian kecuali 
brg mknn yg dah mknn .. kalo tak puas hati .. diorg kena bg balik duit kita .. 
itu utk syarikat yg ade lesen le ... 
   
  saya pun kena gak mcm nih ... saya kata saya nak tgk apa dlm kad kecil tuh 
dulu ... mana bole kita bayar benda yg tak pasti mcm nasib nih ... bg saya itu 
dah kira judi ..(takrifan saya le) ... dia pujuk gak saya utk bayar rm6k utk 
beli alat letrik yg saya tak mau .. dan kemudian saya bole le tgk kad kecil tuh 
... kalo ade rezeki saya dpt le kete ke moto ke ... what ever ler ... 
   
  nasihat saya pada semua, kalo kena mcm nih .. amik semua data mcm sayrikat 
dia, no.lesen, dan ic dia ,,, pastu bawak gi kpdn hep .. buat aduan .. kita 
mungkin tak dpt balik duit tuh .. tapi kita boleh halang org lain  pulak kena 
... yg penting cara diorg niaga brg nih kira salah .. 
   
   
   
  

"Jamaludin Hashim"@yahoo.com wrote:
      Kite serupe lah.........terkene jugak......kene byr 2690.00 bukak2...dpt 
lap top..ingat yg latest model punyer...tapi model lama IBM....entah2 brg curi 
sbb tak de langsung manual instrusction atau warranty kad.....Dah 
nasib...terime je lah...Lain kali kene lah hati2.......Saye terkene sbb kwn lah 
yg pengaruh  lebih....Mangkuk hayun betulllll 

  On 6/28/07, AmY <AmY> wrote:             
  Aku terpanggil untuk menceritakan pengalaman kawan aku yang telah 
tertipu dengan sekumpulan orang berbangsa cina baru-baru ini.

Hari tu kawan aku ni pegi shopping dengan mak dia kat pekan Rawang. 
Masa nak balik, kat parking lot kat basement kedai tu tiba-tiba ada 
sorang mamat cine datang nak bagi sesuatu kat dorang. Dorang dah 
masuk kete dah. So kawan aku ni bukak cermin tingkap dia sikit je la.

Mamat cine tu pun tunjukkan kad warna hijau. Dia pun cerita la pasal 
barang buatan Malaysia la...ada promosi separuh harga la. Then dia 
bagi satu kad kat kawan aku. Dia kata kalau ada jemputan kat  dalam 
tu boleh la kawan aku pegi. Kalau tulis "terima kasih" je maknanye 
takde la. Kawan aku pun bukak la. Ada la gambar barang-barang letrik 
kat dalam tu dan ada sekeping lagi kad kecik. Cina tu terus je ambik 
kad yang kecik tu. Mamat cina tu dengan muka surprise dan gembiranya 
kata kawan aku akan dapat kereta Toyota Altis. Tapi dia kata tak 
boleh bukak dulu dan ajak kawan aku dengan mak dia pegi opis dia so 
senang dia nak terangkan.

Sampai opis dia pun terangkan la. Bla...bla...blaa.... 
Kesimpulannya...kawan aku ni kena beli barang letrik buatan Jepun 
yang harganya RM3,400 baru boleh bukak kad tu dan menang kereta tu. 
Pelik jugak aku sebab mula2 kata promosi brg buatan Malaysia. Tapi 
kena beli brg Jepun pulak. Dia siap offer pinjam duit dia RM1,500 
kalau kawan aku tak cukup duit. Dia pun tunjuk la iklan kat surat 
khabar Utusan Malaysia bertarikh 14 April 2007 sebagai bukti ada 
orang dah menang Altis  tu dan ada jugak menang Kancil dan motosikal. 
Kawan aku kata dia nak balik pikir dulu. 

Beberapa hari lepas tu dia pegi balik. Tapi sebelum tu mamat cina tu 
pun hari-hari call dia tanya bila dia nak datang. Aku pun tak tau la 
kenapa kawan aku ni boleh caya kat mamat cina ni. Cine ade pukau 
jugak ke? Mungkin tergoda dengan janji dia akan dapat Toyota Altis 
tu kot. Iye la... Siapa tak nak kan? Lagi pulak cina tu janji dengan 
dia..lepas kawan aku beli barang-barang letrik tu dia akan tolong 
jualkan balik pada "kaki" dia dengan harga yang lebih dari kawan aku 
beli. Tapi kena bagi dia komisyen RM800.00. Dah dengar macam tu 
kawan aku pun setuju la. 

Bila dah beli....dia bukak kad kecik tu...bukan gambar kereta yang 
ada. Tapi gambar digital stove yang harga dia 3 ribu lebih jugak. 
Kawan aku pun bengang la. Tapi cina tu pujuk. Dia kata tak apa. 
Nanti dia bawak "kaki" dia malam tu jugak untuk beli barang-barang 
tu  termasuk hadiah yang kawan aku dapat tu. Kawan aku pun balik 
rumah. Sampai pukul 8 lebih dia tunggu tapi cina tu tak call dia 
pun. Last-last pukul 10 dia call cina tu kata tak jadi. Mengamuk la 
kawan aku. Dia ugut la nak pegi mengadu pada polis. Cina tu merayu 
jangan report. Dia kata lagi dua hari pulak nak datang. 

Hari yang dijanjikan tu kawan aku pun call la dia. Dia kata dia 
tengan tunggu "kaki" dia tu. Sampai malam takde berita jugak. Bila 
kawan aku call baru dia kata dia silap. Bukan minggu tu tapi minggu 
depannya. Kawan aku kata ok. Dia tunggu. Hari yang dijanjikan kawan 
aku pun call lagi. Alasan sama jugak. Kawan belum sampai. Tak lama 
lepas tu dia sms kata tak jadi. Malam esoknya pulak. 

Malam esoknya kawan aku malas nak call. Dia sms je tanya jadi ke 
tak. Dan jawapannya...tak jadi. Kawan aku dah bengang tapi apa dia 
boleh buat? Dia dah tertipu dengan sindiket tu. Bila dia cerita kat 
aku...aku rasa  kesian sangat kat dia. Dia bukan jenis berduit 
sangat. Sebab tu la dia ingat rezeki bergolek kat dia la bila dapat 
kereta tu. Aku tau la sebab sebahagiannya dia pinjam duit aku nak 
bayar harga barang tu. Aku rasa duit orang lain pun dia ada pinjam 
jugak. Kesian kat dia. Ingatkan boleh la dapat kereta tu lepas tu 
jual balik. Senang la sikit hidup dia anak beranak. Tapi makin susah 
pulak. Kawan aku ni orang baik-baik. Tak penah aniaya orang pun. 
Tuhan nak duga dia camni dia redha tapi aku yang bengang..!!

Sindiket ni memang tak gunakan taktik "gores dan menang" tapi "bukak 
dan menang". Caranya sama je. Aku rasa dah ramai orang tertipu 
dengan sindiket ni yang rata-rata dikendalikan oleh bangsa cina dan 
yang banyak terkena ialah orang Melayu. Sebab tu jugak la aku ambik 
inisiatif untuk buat artikel ni dan sebarkan kat semua orang. Aku 
harap korang akan sebarkan kat kawan-kawan korang jugak. Sindiket ni 
ada kat  mana-mana je. Nasihat aku kalau korang terjumpa orang-orang 
macam ni ialah

Kalau dia bagi kad...amik dan bukak je. Kalau tiba-tiba dalam kad tu 
ada kad kecik...korang JANGAN bagi cina tu ambik balik. Korang kata 
korang nak tengok dulu apa ada dalam kad tu. Kalau betul kereta baru 
korang nak beli barang-barang tu. Dan dengan selambanya korang bukak 
la kad tu depan dia. Biar dia melopong. Kalau betul dalam tu ada 
gambar kereta dan dia kata korang tak boleh dapat sebab tak ikut 
syarat, jangan la bersedih. Anggap la itu bukan rezeki korang. 
Korang bersyukur je la korang tak rugi apa-apa. Dan dia pun tak 
dapat komisyen atau mungkin kena buang kerja. Lepas tu korang report 
la kat polis.

Aku cakap kat kawan aku, mungkin Tuhan tak bagi dia rezeki tu sebab 
ianya bukan datang dari punca yang baik. Siapa tau kan? 
Wallahualam.... Tu je la nasihat yang aku boleh bagi kat korang. Aku 
harap tak ada lagi orang Melayu  kita yang tertipu dengan sindiket 
macam ni. Pasal duit aku tu aku tak tanya pun. Aku tak nak dia 
tension. Kalau ada rezeki aku ada la. 

Lupa pulak aku nak bagitau. Cina tu ada bagi fotostat MyKad dia pada 
kawan aku untuk membuktikan yang sindiket dia tu bukan tipu. Nama 
dia CHIN KIENG CHUN atau dikenali dengan nama JOHN. No MyKad dia 
860218-52-5839. Alamat dia NO. 2 JALAN PENGHULU HANG NYIPA, 96900 
BELAGA, SARAWAK. No telefon dia 016-7288783.

Nama sindiket dia ni WELLNIC SUPPLY SDN BHD, 15A JALAN BANDAR RAWANG 
5, 48000 RAWANG. 

Aku bengang jugak kat cina tu. Aku rasa nak je pegi cekup dia dan 
torture dia secara mental suruh dia tunaikan janji dia pada kawan 
aku. Tapi takut jugak. Maklum la aku ni bukan pernah buat jahat pada 
orang. Lagipun nanti takut kawan aku tu pulak or anak-anak dia kena 
sesuatu dengan geng cine tu. Kalau report polis...nak ke dorang amik 
kes camni? Kang dia tanya "yang awak bodoh  sangat kenapa?" Entah 
la... Kalau ada antara korang yang tau macam mana cara nak 
selesaikan perkara ni tolong la bagitau aku ye. Kalau boleh aku nak 
kenakan diorang ni especially si John tu... 

Semoga kita semua dilindungi olehNya... Aminnnnn....

Terima kasih semua  
  








  



           

---------------------------------
Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles.
Visit the Yahoo! Auto Green Center.
     
                       

       
---------------------------------
Get the Yahoo! toolbar and be alerted to new email wherever you're surfing. 

Reply via email to