70% Tukar Warganegara adalah Melayu! 

 
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm
 
  
 Muka Hadapan 

 ‘Tidak boleh lagi mohon kerakyatan Malaysia’ 

  
 PUTRAJAYA 10 Julai – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, rakyat Malaysia 
yang telah menyerahkan kerakyatan negara ini tidak akan dibenarkan memohon 
mendapatkan semula kerakyatan tersebut. 

  
Menurut Perdana Menteri, setiap keputusan untuk menyerahkan kerakyatan negara 
ini akan diteliti oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. 

  
 ‘‘Tentulah ada sebab yang membolehkan pihak kementerian berkenaan memberikan 
kebenaran. 

  
‘‘Tetapi satu perkara yang saya nak beritahu ialah bagi rakyat Malaysia yang 
telah pun menyerahkan kerakyatan, mereka tak boleh tiba-tiba nak jadi rakyat 
Malaysia semula,” katanya. 

  
Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis 
perhimpunan bulanan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di sini hari ini. 

  
Hadir sama ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, Timbalan 
Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Ketua Polis 
Negara, Tan Sri Musa Hassan. 

  
 Menetap 
  
 Abdullah mengulas kenyataan Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Tan 
Chai Ho dalam sebuah akhbar hari ini yang menyatakan 70 peratus daripada rakyat 
negara ini yang menyerahkan kerakyatan untuk menetap di luar negara adalah 
orang Melayu. 

  
Statistik dari 1996 hingga April tahun ini menunjukkan daripada 106,000 rakyat 
Malaysia yang menyerahkan kerakyatan, 79,199 adalah Melayu, 25,107 (Cina), 
1,347 (India) dan 350 kaum-kaum lain. 

  
 Menurut Abdullah, semua rakyat Malaysia yang ingin menyerahkan kerakyatan 
mereka boleh memohon kepada Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. 

  
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai pertambahan anggota polis di 
negara ini, Perdana Menteri memberitahu, kerajaan meluluskan pembinaan dua buah 
lagi pusat latihan polis di Langkawi, Kedah dan di Bentong, Pahang. 

  
Beliau berkata, dengan wujudnya pusat latihan itu, polis boleh mengambil lebih 
ramai anggota dalam usaha membasmi gejala jenayah dengan lebih berkesan.

umar faruqi <[EMAIL PROTECTED]> wrote:         Menulis di blog kerana hobi atau 
tanggungjawab?
Posted on Wednesday, July 11 @ 02:25:13 MYT by greenboc 
  
 Oleh abu_handzolah"
   
   
  Pendahuluan.

Artikel pendek ini saya akan cuba mengupas untuk tatapan saya sendiri dan para 
pembaca berhubung dengan penulisan. Dunia hari ini semakin mencabar kewibawaan 
para penulis Islam untuk tampil kehadapan menghadap dengan tegas musuh-musuh 
Islam melalui mata pena.
   
  
Sebab itu, pepatah ada menyebut 'mata pena lebih tajam dari mata pedang'. 
Apakah makna pepatah itu? Pembaca sebetulnya sudah memahami makna pepatah yang 
masyhur ini.


Saya cuma ingin mengaitkan mata pena ini dengan hobi. InsyaALLAH, pada 
peranggan yang berikutnya saya akan mengupas dengan lebih lanjut tentang tajuk 
ini.
  

Dunia BLOG bukanlah satu dunia baru. Di era yang penuh dengan kecanggihan dan 
kemodenan ini, manusia  berlumba-lumba memberi dan mencari sesuatu perkara 
dengan hanya memetik jari melalui internet. Internet menjadi sumber utama 
kepada sesiapa yang mencari maklumat yang tepat dari sumber yang pelbagai.
  

Minat dan hobi untuk turut serta dalam melibatkan diri dalam membina blog ini 
telah menjadi trend bahkan menjadi suatu keperluan . Melalui minat dan hobi 
inilah juga menyebabkan ramai yang menjadikan blog sebagai rujukan yang 
dipercayai, tidak daripada surat khabar ataupun media-media kerajaan yang sedia 
ada.
  


Penulisan Dalam Islam.

Allah SWT telah menurunkan ayat pertama menggesa umat manusia untuk membaca. 
Dengan pembacaan melahirkan pengetahuan yang mendalam terhadap pelbagai ilmu 
ALLAH. Firman ALLAH SWT dalam surah al 'Alaq yang bermaksud :
  

"1-Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian 
makhluk) 2-Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. 3-Bacalah dan 
Tuhanmu Yang Maha Pemurah. "
  

Medium pembacaan terlampau banyak didalam dunia internet. Tekan saja keyboard 
anda, berjuta-juta maklumat keluar dengan pelbagai sumber. Antara sumber yang 
menjadi kegemaran pembaca adalah blog-blog yang dibina dengan percuma diatas 
pelbagai tapak laman web.

  
Kita memaklumi bahawa, dengan medium internet ini kita dapat menyebarkan dakwah 
Islamiah dengan seluas-luasnya. Sebagaimana kita sepatutnya mengetahui bahawa 
musuh-musuh Islam sebenarnya mereka lebih terkehadapan dalam menyesatkan 
manusia.
  

Dalam suasana iklim negara  kita yang di kongkong dengan pelbagai akta, 
menyebabkan dakwah melalui penulisan buku kadang-kadang amat limit dan 
terbatas. Keterbatasan ini sebenarnya akan melembabkan usaha dakwah. Namun, 
kita masih diberi pilihan untuk meneruskan dakwah penulisan melalui internet.

  
Islam adalah agama yang amat menjaga adab dan tatasusila penganutnya supaya 
menjadikan akhlak yang mulia sebagai pedoman didalam semua amalan dan 
pekerjaan. Menulis didalam blog adalah suatu hobi dan minat dan juga sebagai 
satu amanah yang harus dipikul dengan penuh rasa bertanggungjawab.
  

Oleh itu, penulis-penulis yang menulis diblog masing-masing mereka mempunyai 
tanggungjawab yang berat dihadapan ALLAH. Setiap tulisan yang memberikan kesan 
yang baik dan positif, maka mendatangkan pahala dan keredhaan ALLAH. Begitulah 
sebaliknya jika blog dijadikan medium  menghancurkan agama ALLAH ini, balasan 
yang keras akan dikenakan.
   
   
  

Hobi atau Tanggungjawab.

  
Dalam hadis Sohih, menyebutkan betapa pentingnya niat dalam setiap amalan yang 
dikerjakan. Menulis pada sesetengah penulis adalah hobi dimasa lapang, dan 
boleh jadi sebagai tanggungjawabnya terhadap ALLAH. Hobi menulis sebenarnya 
tidak salah, bahkan ia memberikan kemahiran kepada penulis dengan ilmu-ilmu 
bahasa dan seumpamanya. Namun disana alangkah elok, menulis yang asalnya adalah 
hobi disertakan dengan tanggungjawab memikul amanah ALLAH.
  

Saya perkatakan tanggungjawab adalah kerana disana ada satu istilah yang perlu 
kita fahami bersama. Istilah yang  dimaksudkan ialah 'tanggungjawab dakwah 
adalah terpikul diatas semua bahu' .Kita boleh memahami dengan lebih jelas 
sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Hasan AL Banna dalam usul dua puluhnya, 
yang menyarankan menggunakan segala medium dan cara dalam melaksanakan dakwah 
islamiyah yang diwajibkan keatas setiap bahu muslim.
  

Oleh itu, setiap penulis seharusnya sedar dan insaf betapa besarnya peranan 
tulisan mereka dalam membentuk minda dan pemikiran pembaca dan masyarakat.

   
  
Peranan Penulis Blog.

Setiap hari kita digembar-gemburkan dengan pelbagai isu dan fitnah terhadap 
agama kita. Sebarang bentuk fitnah ini akan lebih mudharat jika tidak di 
perjelaskan mengikut amanah ilmu . Oleh itu, setiap daripada penulis Islam, 
sewajarnya berusaha  untuk menggunakan ketajaman akal dan buah fikiran mereka 
yang dipandu dengan ilmu yang betul dan ikhlas kerana ALLAH menegakkan 
kebenaran walaupun kebenaran itu pahit untuk dinyatakan.
  

Sesungguhnya, besar peranan penulis dalam menegakkan agama yang suci ini. 
Semestinya diamalkan dengan hati yang tulus ikhlas demi menegakkan ajaran Islam.

  
Kesimpulan.
  

Saya simpulkan penulisan saya dalam beberapa isi penting
  
1- Islam menggalakkan penganutnya membanyakkan pembacaan.
2- Umat Islam seharusnya mendapatkan maklumat-maklumat/ilmu-ilmu daripada 
sumber yang beramanah.
3- Peranan penulis blog dalam membentuk pemikiran masyarakat.
4- Hobi menulis disertakan dengan rasa  tanggungjawab dan amanah ilmu akan 
memandu penulisan kearah keredhaan ALLAH.

  
Teruskan menulis didalam blog/laman web menyanggah segala kemungkaran dan 
kemaksiatan yang berlaku. Sebarang amaran atau AKTA tidak akan melemahkan kita 
untuk terus kukuh dan teguh membina peradaban yang lebih BERTAMADUN ( bukan nya 
berSLOGAN -ISLAM HAD -HARI ).

sila lawati : www.handzolah.blogspot.com" 
   
   

Kirim email ke