Salam;

Pada 21/7/2007 hingga 22/7/2007 satu Persidangan berkenaan Pendidikan Islam 
akan di adakan di PUTRA HOTEL, JALAN TUN ABDUL RAZAK dengan tema 'Enhancing 
Network of Islamic Education. Pastikan ikhwah dan akhwat mendaftar diri untuk 
menghadiri persidangan ini. Kita melihat agenda pendidikan bukan dalam kacamata 
glokal tetapi sebagai rahmatalalamin. Kita perlu menggaris agenda dunia dalam 
mencorakkan generasi akan datang. Reformasi pendidikan hendaklah diamati dari 
perspektif ubudiyah yang hakiki. Perpaduan yang diimpikan juga adalah atas 
landasan shahiidatain.

Untuk mendaftar diri boleh hubungi:

       Dr Sahrim - Naib Presiden JIM -  0193302096

       Uz. Megat - Pengerusi MUSLEH - 0192687058

       Fadzil Hj Abdullah - Secretary ICEE - 0123893752

       Uz Shamsul Maarif - Secretary MUSLEH - 0132758565
TIGA KERTAS UTAMA akan dibentangkan oleh:


   Br Daud Tauhidi dari Philadelphia USA
   Assoc Prof Dr Abdul Razaq Dafari dari Ummul Qura Saudi.
   Prof Dr Sidek Baba (tidak perlu kepada pengenalan lagi)
Lebih dari 20 kertaskerja akan dibentangkan dalam sessi selari. 6 country 
report dijadual untuk dibentangkan.

Ayuh JANGAN TUNGGU LAMA-LAMA TEL SEKARANG atau pun message kepada [EMAIL 
PROTECTED] untuk mendaftar diri. TAMPIL UNTUK SOLIDARITI KEPADA USAHA MENGARUS 
PERDANA PENDIDIKAN  ISLAM.

Kesempatan terhimpun tokoh-tokoh pendidikan maka ICEE dengan colaboration 
MUSLEH menganjurkan DINNER PERDANA pada malam 21/7/2007 di Grand Season Hotel. 
Kita sasarkan 100 meja. Hubungi sekolah SRI atau SMI yang berdekatan untuk 
menempah meja. Minima RM1,000.00 semeja.  Boleh terus kepad MUSLEH VENTURES SDN 
BHD Tel: 03-5548 3140 atau fax 03-5542 7864.

Mari himpunkan satu ribu orang. Denyut jantung ummah menzahirkan usaha memupuk 
perkongsian Rahmatal Alamin Al-Islam penyelamat manusia.


fadzil bin hj abdullah
0123893752





ab rahim abdul hamid <[EMAIL PROTECTED]> wrote:                                 
 Nilai semula sistem pendidikan’   
Oleh Abdul Halim Yusoff 

      
PETALING JAYA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mencadangkan 
kajian menyeluruh dibuat terhadap sistem pendidikan negara bagi mencari jawapan 
kenapa sekolah berasaskan aliran agama dan kaum semakin berkembang berbanding 
sekolah kebangsaan.

        
                                    
  Beliau berkata, kerajaan perlu membuat satu penilaian serius dan mendalam 
berhubung isu itu kerana  selepas 50 tahun mencapai kemerdekaan, perbezaan 
aliran sistem pendidikan sekolah semakin menonjol. 

“Semua pihak perlu dibabitkan dalam kajian itu dan pastikan pandangan mereka 
didengar, dinilai dan diberi perhatian seperti yang pernah dibuat dalam Penyata 
Razak dan Penyata Rahman Talib pada awal negara dibentuk.

“Kajian perlu dibuat, tak kiralah berapa lama keputusannya dapat diperoleh 
setahun atau dua tahun, tapi yang penting ia mesti dilakukan supaya kita tahu 
kenapa perkara itu berlaku,” katanya ketika sesi soal jawab program Syarahan 
Tun Abdul Razak anjuran Yayasan Tun Razak, di sini, malam tadi. 

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Pengerusi 
Yayasan Tun Razak, Tun Mohamed Hanif Omar. 

Terdahulu, Musa menyampaikan syarahan bertajuk Resipi untuk Perpaduan Dalam 
Dunia Yang Semakin Berubah. Ucapannya antara lain menyentuh kejayaan pelbagai 
dasar yang diperkenalkan Tun Razak, merangkumi Dasar Ekonomi Baru (DEB),  
pembangunan agensi seperti Mara dan Felda serta pembangunan sistem pelajaran.

Dasar itu, katanya, menyumbang kepada kestabilan dan kemakmuran negara, 
menghapuskan kemiskinan dan merapatkan jurang polarisasi kaum serta membolehkan 
negara mempunyai ramai golongan kelas menengah. 

Mengenai golongan kelas menengah, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin 
bertanya kepada Musa kenapa sejak beberapa tahun lalu, timbul trend golongan 
berkenaan menghantar anak mereka ke sekolah agama atau sekolah vernakular, 
bukan ke sekolah kebangsaan. 

Mengulas lanjut, Musa berkata, kajian menyeluruh perlu kerana arah aliran itu 
jelas terserlah dan beliau sendiri menyedari sebilangan besar orang Melayu 
menghantar anak mereka ke sekolah Cina. 

  
        

---------------------------------
Sick sense of humor? Visit Yahoo! TV's  Comedy with an Edge to see what's on, 
when.    
     
                       

       
---------------------------------
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! 
Security Centre.

Kirim email ke