PERMAINAN seperti Monopoly, Scrabble, PlayStation, Saidina dan
pelbagai jenis permainan video adalah antara yang sentiasa disogokkan
sama ada kepada kanak-kanak mahupun seisi keluarga.

Namun, kunjungan ke The Little Khalifah Shop di Jalan Changkat
Permata, Taman Permata, Hulu Klang, Kuala Lumpur dan kesempatan bertemu
pemiliknya, Roslinah Daud, menyedarkan penulis betapa kita terlalu
disogokkan dengan permainan-permainan dari luar.

Hakikatnya terdapat aneka permainan yang berunsurkan Islam boleh
diperoleh di sini. Antaranya; Permainan Cabaran al-Quran (versi B.
Malaysia), Quran Challenge Games (versi B. Inggeris), Hajj Fun Games,
Madinah Solat Fun Games, The Great Mosque Games dan Hadith Challenge
Games.

Menurut Roslinah, Permainan Cabaran al-Quran adalah unik kerana ia
berdasarkan kitab suci al-Quran. Permainan ini dicipta untuk mengajar
anak-anak tentang fakta-fakta di dalam al-Quran dengan cara yang
menyeronokkan.

Katanya, kesemua soalan dipetik daripada al-Quran dan dirumus secara
kreatif untuk menarik minat anak-anak supaya menyukai serta berjaya
menjawab soalan-soalan tersebut.

Selain itu, ia sesuai untuk dimainkan di sekolah bersama teman-teman ataupun di 
rumah dengan ahli keluarga.

“Terdapat 100 kad yang mempunyai 600 soalan yang terbahagi kepada
enam kategori iaitu Pengetahuan al-Quran, Para Nabi, Orang yang disebut
di dalam al-Quran, Tanah dan Tempat di dalam al-Quran, Pengajaran
daripada al-Quran dan 99 Nama Allah s.w.t.,” katanya.

Pemenang adalah pemain yang mempunyai mata ganjaran terkumpul yang paling 
banyak.

Mereka yang berminat dengan set permainan ini boleh mendapatkannya
di kedai The Little Khalifah Shop atau menghubungi 03-4147 2626
regards,
HAK...




Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke