Lazimnya umat Nabi2 dahulu apabila jauh dari zaman kenabian, RUH & HAKIKAT 
AMALAN SERTA  IBADAH mereka mati lalu berubah menjadi adat & upacara2 sahaja. 
Itulah agama yang tnggal. Untuk menghapuskan kesesatan dan adat itu maka para 
Nabi yang lain pula diutus menghidupkan kembali ruh ibadat dan hakikat agama 
yang tulen. Seluruh agama samawi waktu itu berkeadaan demikian. Yang tinggal 
hanyalah beberapa adat yang disangka syariat sehinggalah diutuskan Rasulullah 
SAW. Rasulullah SAW datang menghapuskan adat2 itu dan mengajar hakikat agama, 
hukum dan akhlak yang sebenar.

Umat Muhammad SAW kini juga sedang menderita penyakit yang sama, amal ibadat 
telah menjadi adat sahaja. Pembelajaran agama yang sepatutnya menjadi sebab 
untuk islah diri juga telah menjadi adat. Oleh kerana salasilah kenabian telah 
tamat maka kerja kanabian telah ditanggungjawabkan kepada para ulama yang 
merupakan pewaris Nabi.

Fardhu atas mereka untuk usaha islahkan suasana fasad dan sesat ini dengan cara 
membetulkan niat kerana suatu amalan akan menjadi adat jika dilakukan bukan 
dengan niat kerana Allah dan sifat penghambaan. Oleh itu membetulkan niat akan 
menghidupkan ruh amalan itu hingga ia tidak lagi disebut sebagai adat malah 
sebagai hakikat dan perhambaan kepada Allah.

Maka setiap amalan itu hendaklah ada sifat perhambaan disertai semangat 
beribadat kepada Allah. Oleh itu menanam niat yang sohih dalam setiap amalan 
agar menjadi suatu hakikat menjadi tugas dan kewajipan para ulama dan ahli2 
agama.

Terdapat kelemahan dan kelalaian dikebanyakan madrasah. Walaupun pelajarnya 
diajar dengan ilmu agama tetapi tidak ditekankan maksud asal belajar iaitu 
khidmat kepada agama dan dakwah. Akibatnya setelah tamat belajar matlamat 
mereka adalah mencari keduniaan atau menjadi pekerja atau mengambil ujian di 
pengajian umum untuk wang. Maka seluruh masa, belanja, usaha dan tenaga yang 
telah dicurahkan untuk belajar ilmu agama tidak berhasil. Sehingga ada yang 
bekerja dengan orang2 yang memusuhi agama.

Oleh itu kita kena fikir untuk memimpin mereka supaya bersedia untuk khidmat 
kepada agama dan mengamalkan perintah agama dan menunaikan hak2 ilmu agama 
setelah tamat belajar. Maksud ilmu yang utama ialah agar seseorang itu dapat 
islah kekurangan serta kelemahan dirinya, memahami kewajipannya dan berusaha 
membaiki kehidupannya. Apabila ilmu diguna untuk menyalah dan mencari aib orang 
lain, maka ilmu tersebut menjadi sebab takabur dan sombong. Ilmu itu akan 
membinasakan pemiliknya sendiri.

Dipetik dari kata2 Maulana Ilyas rah.,
meninggal dunia pada Julai 1944.


azharjaafar
  Perunding Takaful Am (kenderaan bermotor)
  Layari : http://ikhlas114.blogspot.com/
  (ada diskaun di sini)

       
---------------------------------
Got a little couch potato? 
Check out fun summer activities for kids.

Reply via email to