Kenduri Arwah Menurut Ulama Nusantara
   
   
  1.Furuk Masail 
   
  "Hukumnya makruh, di cela oleh syara', amalan yang dibuat oleh orang 
  ramai apa yang dinamakan kifarat dan wahsyah (maksudnya apabila keluarga 
  si mati terputus dengan orang yang dikasihinya, mereka merasai dukacita, 
  kesunyian, kesepian dan sebagainya. Lalu mereka berhimpun dan memberi 
  makan kepada orang ramai seperti yang tersebut itu.) iaitu berkumpul dan 
  berhimpun serta memberi makan kepada orang ramai pada malam pertama 
  selepas dikebumikan mayat, berhimpun dan memberi makan pada 7 hari, 
  20 hari, 40 hari dan seumpamanya. 
   
  Teks atau nas asalnya berbunyi: 
  :"Dan demikian lagi yang dikerjakan manusian dengan barang yang dinamakan 
  dia dengan kafarat dan dairpada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi 
  makan awal malam kemudian daripada ditanam mayat dan 7 harinya dan 20 dan 40 
dan umapamanya, yang demikian itu haramkah atau makruh atau harus? (maka 
dijawabnya) Maka adalah segala yang tersebut makruh yang dicela pada syara' 
kerana tegah pada syarak kata syeikh Ibnu Hajar tiada sah 
  wasiatnya" 
  (Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Furu' al-Masail Juzuk 1 halaman 183) 
   
   
  2.Kitab Sabil al-Muhtadin
   
  Ringkasan dari kitab ini ialah: 
  a) Hukumnya bid'ah dan makruh jika dibuat kenduri makan selepas kematian 
  dan dijemput orang ramai supaya memakan makanan itu, sama ada jamuan itu 
  diberi sebelum mayat dikebumikan atau selepas dikebumikan. 
  b) Juga hukumnya makruh dan bid'ah kepada sesiapa yang menerima jemputan itu 
dan menghadirinya. 
  Nas asalnya berbunyi: 
  "Dan makruh lagi bid'ah bagi yang kematian memperbuat makan yang 
  diserukannya manusia atas memakan dahulu daripada menanam dia dan kemudian 
daripadanya seperti yang telah teradat dan demikian olagi makruh lagi bid'ah 
bagi segala mereka yang diserunya perkenankan seruan." 
  (Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Banjari, Sabil al-Muhtadin, juzuk 2 
  halaman 83) 
   
   
  3.Kitab Kasyfu al-Latsam
   
  Ringkasan dari kitab ini ialah: 
  a) Hukumnya makruh, dicela oleh syarak bila ahli si mati memberi makan kepada 
orang ramai sebelum atau selepas pengkebumiannya mayat. 
  b) Hukumnyua makruh, dicela oleh syarak, membuat penyembelihan di kubur. 
  c) Hukumnya makruh, dicela oleh syara', apa yang dinamakan kaffarat dan 
wahsyah iaitu berhimpun dengan memberi makan kepada orang ramai pada malam 
pertama selepas pengkebumian mayat, 7 hari, 20 hari, 40 hari dan seumpamanya 
seperti yang tersebut. 
  Nas atau teks asalnya berbunyi: 
  "Barang dikerjakan oleh ahli mayat daripada mempersembahkan makanan dan 
perhimpunan manusia atas dahulu daripada tanam mayat dan kemudian lagi 
dikerjakan oleh manusia dengan barang yang dinamakan dengan kafarat dan 
daripada dikerjakan wahsyah yakni berhimpun memberi makan awal malam kemudian 
daripada ditanam mayat dan 7 hari dan 20 hari dan 40 hari dan umpamanya yang 
demikian itu yang diperbuat oleh kebanyakan orang itu maka adalah segala yang 
tersebut i tu makruh yang dicela oleh syara' kerana tegah pada syara." 
  (Kitab Kasyf al-Latsam, juzuk 1 halaman 85) 
   
   
  4.Kitab Bughyatu al-Tulab
   
  Ringkasan dari kitab ini antara lain ialah: 
  a) Sunat kepada jiran ahli si mati, kepada kawan kenalan keluarga si mati dan 
kepada kaum kerabat yang jauh, membuat dan membawa makanan kepada ahli si mati 
yang boleh mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya. 
  b) Hukumnya makruh dan bid'ah jika ahli si mati membuat makanan dan menjemput 
orang ramai supaya memakannya, sama ada sebelum atau selepas pengkebumian 
mayat. 
  c) Hukumnya bid'ah yang buruk lagi makruh jika diamalkan oleh orang ramai apa 
yang dinamakan kaffarat dan wahsyah iaitu perhimpunan dengan memberi makan 
kepada orang ramai selepas pengkebumian mayat, 7 hari, 40 hari dan seumpamanya 
seperti yang tersebut. 
  d) Asal sunat memberi makan ialah memberi makan kepada ahli si mati bukan 
keluarga si mati menjamu makan kepada orang lain, kerana sabda Nabi sallallahu 
alaihi wasallam : 
  "Buatlah kamu makan kepada ahli Ja'far, sesungguhnya telah datang kepada 
mereka perkara yang mengharukan mereka." 
   
  Teks asal kitab berbunyi: 
  "Dan sunat bagi jiran keluarga mayat dan orang yang berkenalan dengan 
keluarganya, jikalau bukan jirannya sekali pun, dan segala kerabatnya yang 
jauh, membawa makan makanan akan orang yang kematian yang mengenyangkan mereka 
itu pada hari dan malamnya (serta) menyungguh2 akan mereka itu suruh memakan 
kerana mereka itu terkadang meninggal akan memakan sebab sangat terkejut hati 
mereka itu.... 
  dan makruh lagi bid'ah bagi orang kematian memperbuat makanan menserukan 
(menyerukan) segala manusia atas memakan dia, sama ada dahulu daripada menanam 
dia dan kemudian daripadanya seperti yang telah diadatkan kebiasaan manusia. 
Demikian lagi makruh lagi bid'ah bagi segala orang yang diserukan dia 
memperkenakan seruannya. 
   
  Dan setengah daripada qabihat lagi makruh mengerjakan dia barang yang 
dikerjakan kebiasaan manusia barang dimakan dengan kafarat dan wahsyah dan 7 
hari dan 40 hari dan umpamanya yang demikian itu.... 
  Ada pun asal sunat mensediakan makanan itu pada barang yang dahlunya sabda 
Nabi sallallahu alaihi wasallam, tatkala datang khabar kematian saidina Ja'afar 
bin Abu Talib pada perang mu'tah, perbuat oleh mu bagi keluarga Ja'afar makanan 
maka sesungguhnya telah datang akan mereka itu barang yang membimbangkan mereka 
itu. " 
  ( Syeikh Daud bin Abdullah alFatani Bughyatu al-Tulab, Juzuk 3 Halaman 33-34) 
   
   
  5.Kitab Bahru al-Mazi 
   
  Ringkasan yang diambil dari kitab ini mengenai tajuk berkenan antara lain 
seperti berikut: 
  a) Ahli si mati (isteri/suami, anak-anaknya) memasak makanan dan menghimpun 
orang ramai dan menjamu makanan kepada mereka, maka amalan itu tidak ada 
sedikit pun sandaran riwayat yang boleh dipegang dan di ikuti dari Nabi 
(sallallahu alaihi wasallam) dan dari sahabatnya. 
  b) Hukumnya bid'ah dan makruh jika ahli si mati memasak dan mengumpulkan 
orang ramai dan menjamu makanan itu kepada mereka kerana berpandu kepada hadis 
Jarir bin Abdullah katanya: 
  "Kami mengira perhimpunan orang ramai kepada ahli si mati dan membuat makanan 
selepas pengkebumian mayat adalah daripada perbuatan ratapan kematian." 
  c) sunat kepada kaum kerabat si mati dan jiran tetangganya memasak atau 
membuat makanan dan diberi makan kepada ahli si mati yang boleh mengenyangkan 
mereka pada hari dan malamnya. Dan berkata Imam Syafie rahimahullah: 
  "Aku suka kepada kerabat si mati dan jiran tetangganya memasak makan kepada 
ahli si mati yang mencukupi sehari semalam kerana ianya sunat dan perbuatan 
golongan yang baik-baik. 
  (Bahru al-Mazi, juzuk 7 halaman 129-130) 
   
   

       
---------------------------------
 Yahoo! Movies - Search movie info and celeb profiles and photos.

Kirim email ke