Saudaraku Rozmal,
   
  Hari ini, orang Melayu telah banyak kalah dalam pelbagai bidang. Bukan 
sekadar tukang gunting rambut, membuat pakaian dibandar bandar besar pun sukar 
nak dicari. Harapkan hendak jadi koporate dalam conglomerate negara pun tidak 
seberapa jika tidak bersandar kepada kaum yang lain. Jangankan nak berpegang 
kepada kata kata hikmah 'apakah sumbangan anda kepada ugama, bangsa dan negara' 
untuk menyumbang kepada diri sendiri pun tidak terlarat. Entahlah apa sebabnya, 
sukar difahami. Mungkin benar kata kata RO Winstead yang mentafsirkan orang 
melayu sebagai orang yang malas dan suka berpoya poya.
   
  Leon 

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          Cuti hari kebangsaan ini digunakan sepenuhnya untuk
melakukan tugasan keluarga yang banyak tertangguh di
hari biasa. Saya membawa anak lelaki kedua saya yang
berusia 13 tahun ke kedai gunting rambut kegemaran
saya , kedai gunting Shamsul di Taman Kemuning,
Senawang.

Dia dan rakannya baru sahaja membuka kedainya pagi
tersebut dan anak saya adalah merupakan pelanggan
pertama pada hari itu. Seperti biasa Shamsul seorang
yang peramah akan berborak hal semasa. 

Dia menceritakan baru-baru ini seorang yang
berpengaruh di Jelebu telah datang menggunting rambut
di kedainya. Orang tadi datang dari Kuala Klawang,
Jelebu untuk menggunting rambut di Seremban kerana
katanya tiada kedai gunting rambut yang diusahakan
oleh orang Melayu di Jelebu.

Dalam hati saya berkata, macamana boleh jadi demikian
? Tidak ada langsungkah orang Melayu di Jelebu yang
tahu menggunting rambut, atau orang Melayu di Jelebu
tidak menyokong perniagaan orang Melayu di sana ? Saya
rasa fenomena ini berlaku bukan sahaja di pekan Kuala
Klawang, malah di kebanyakkan tempat di Negeri
Sembilan ini, pastinya di Rembau, mungkin di Bahau,
mungkin di Tampin.

Kalau orang dari Jelebu sanggup datang ke Senawang
untuk mencari kedai gunting rambut yang diusahakan
oleh orang Melayu, takkan kita di sekitar Seremban
tidak boleh mencari kedai gunting rambut orang Melayu
?

Adakah kita hanya berbangga dengan korporat-korporat
dan konglomerat-konglomerat Melayu yang berjaya tetapi
melupakan usahawan Melayu yang baru hendak bertapak ?
Terutamanya perniagaan yang dianggap fardhu kifayah
seperti perniagaan servis kereta, motosikal, basikal,
pembinaan rumah dan sebagainya ?

Sempena 50 tahun merdeka ini janganlah hanya sibuk
berpesta-pestaan. Renung-renungkanlah keadaan di
sekeliling kita. Dan tanya pada diri kita sendiri apa
sumbangan kita untuk agama, bangsa dan negara ?

Rozmal bin Malakan
Taman Alamanda, Senawang
http://waghih.blogspot.com

Syarak Mengata , Adat Menurut 

Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com

Laman web Misi Kemanusiaan
Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com


__________________________________________________________
Building a website is a piece of cake. Yahoo! Small Business gives you all the 
tools to get online.
http://smallbusiness.yahoo.com/webhosting 


                         

       
---------------------------------
Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles.
Visit the Yahoo! Auto Green Center.

Reply via email to