Tahniah diucapkan kepada Nisa Melaka yang memaparkan
kisah kehidupan tokoh Islam terkaya di Malaysia iaitu
Syed Mokhtar Al Bukhary di Blog Nisa Melaka
http://nisamelaka.blogspot.com/2007/08/mempelajari-prinsip-hidup-tokoh-islam.html

“Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam
ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang
Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana
politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).Saya
biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton
Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun
cukup untuk bawa saya ke mana-mana. Saya tiada minat
untuk beli kapal layar atau kapal terbang” – Syed
Mokhtar Al Bukhary, Tokoh Korporat Islam dan Tokoh
Perpaduan Agama dan Bangsa

Mempelajari Prinsip Hidup Tokoh Islam Terkaya Di
Malaysia 
L/belakang Syed Mokhtar
Umur - 53 tahun- Pendidikan - SPM- Mula berniaga - 19
tahun (jual beli lembu dan kerbau)- Kekayaan -RM1,425
juta- Ke 7 terkaya di Malaysia- Ke 32 terkaya di Asia
Tenggara (Forbes)- Antara syarikat miliknya - MMC,
Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan
Bank Muammalat- Kereta - Proton Perdana

Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi
pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam,
Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk
pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan
RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun
penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk
tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula 
Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (
RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras
kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00)
ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau
menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk
menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan.
Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan
pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini. 

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari
esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan
itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan
untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi
orang Melayu kena berdamping dengan orang politik
sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu
melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan
mendampingi orang politik semata-mata. 

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa,
budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan
manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang
membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi
apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun.
Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat. 

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa
yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain
tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi
itulah jalan yang kekal. 

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa
Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada
kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan
tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah
faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita. 

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah.
Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok.
Kita kena maju. 

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya
tiada pilihan lain. 

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak
sabar dan kuat berusaha. 

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang
perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa
kena tipu. 

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok
dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka
pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat
mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur
dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai
larat mana ? 

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status;
ada masa di atas, ada masa di bawah. 

12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun
ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah
beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain.
Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika
ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke
bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat
daripada yang lain. 

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina
ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun
berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama
kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak
mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka
marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain.
Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar
zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana
sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja.
Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya
dibelanjakan dengan baik. 

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya
boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi
saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau
mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab
depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan
kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih
tidak buat apa-apa ! 

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa
dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak
penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak
mustahak . 

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu
kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda
daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau
hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam.
Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada
bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha. 

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang
saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada
orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya
usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang
Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar.
Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih,
bolehlah kita menolong orang. 

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu
adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa
dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk
sementara sahaja. 

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini
untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya
percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan
akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti
tapi apa yang saya lakukan sekarang. 

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan
lain supaya kita terus dapat bantu orang lain
mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat
semua ini untuk diri saya semata-mata. 

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang
tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah
kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang
pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata
apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu
berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini
(wang). 

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada
saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai
juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada
ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang
tidak tahu. 

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10
juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh
selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada
menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri
sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh
membantu selama-lamanya. 

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang.
Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti
tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula.
Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100
juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya
balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu
senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab. 

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini
kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi
saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus
dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau
hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan
badan. 

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan
tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal
jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain,
perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun
sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya. 

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu
orang lain boleh berkongsi sama. 

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak
orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah
mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain
suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh
lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita
mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan . 

30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai
dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat
kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan
lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan
hak kita sebagai orang Melayu. 

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu
saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa. 

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya
menolong orang lain pula. Saya percaya kepada
keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok
lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang
lain. 

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti
saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok
perniagaan, Insya Allah boleh maju. 

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi
kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit
balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk
kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab
ibadah adalah tugas seharian. 

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena
masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya
tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak
ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh
naik dan turun. 

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa
pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana
untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup
untuk bawa saya ke mana-mana. 

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju.
Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang
Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan
saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu
ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak
boleh berlaku. 

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan
disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait
dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan
tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita.
Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu
berfikir. 

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang
bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha.
Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab
orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak
boleh. 

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara
yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada
orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena
kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah
besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan
itu matlamatnya. 

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri
sendiri, kena bekerja keras dan fokus. 

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri
seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai. 

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial)
semuanya bermula daripada didikan orang tua saya
sendiri. 

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat
sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang
habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau
hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya
buat. 

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari
dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang
diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada
setengah gelas pun saya bersyukur. 

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus
peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya
sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak.
Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak
buat langsung. 

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal
terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah
orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli
sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. 

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain
merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya
tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya,
apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain
merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak
mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok. 

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada
ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up
saja; kita belum berjalan lagi. 

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan. 

Kepada anak-anak ibu;
" Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan di
dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu
lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan,
dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan" 

(Surah Al-Kahfi: Ayat 46)
http://nisamelaka.blogspot.com/2007/08/mempelajari-prinsip-hidup-tokoh-islam.html


    Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com  Laman Web Pemuda PAS NS 
www.sriminang.com & Pemuda PAS Seremban www.pemudapasseremban.net 
  Blog AMKNS http://amkns.blogspot.com  & Blog Cikgu Badrul 
http://chegubard.blogspot.com 





       
____________________________________________________________________________________
Need a vacation? Get great deals
to amazing places on Yahoo! Travel.
http://travel.yahoo.com/

Kirim email ke