Tuan,
   
  Apa juga pendapat, hakikatnya itulah tertulis dan tiada penulisan sejarah 
selain dari apa yang ada sekarang. Hari ini, manusia sudah begitu cerdek, dan 
tidak semua bolih disogok dan digula gulakan begitu sahaja tanpa landasan 
fakta. Hari ini banyak juga buku dakyah yang di tulis oleh pemenang dan pejuang 
kemerdekaan, dan mungkin ada juga yang tidak berjaya yang cuba mendapat nama 
sedangkan hakikatnya tidak berbuat suatu apa pun yang tidak suka dibaca oleh 
sesiapa pun kerana terlalu tinggi pemahamannya. Lebih ramai yang suka artikel 
artikel picisan, mudah dibaca, mudah difahami dan memenuhi selera pembaca.Tiada 
siapa yang diperalatkan dalam soal ini. Banyak kemajuan sudah diterokai tetapi 
tidak disambut baik oleh setengah setengah orang. Dulu negara memperjuangkan 
bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, ramai yang hendak cakap orang putih 
pula, setengahnya nak cakap arab; kita ada kereta nasional, ramai yang hendak 
beli kereta luar negara; kita ada pakaian kebangsaan yang
 sopan menutup aurat yang wajar diketengahkan, sebilangannya nak pakai jubah; 
kita boleh berbincang tapi ada yang memilih buat demontrasi. Macam macam 
karenah, Kalau dinegara jiran hendak tengok seorang anak bangsa keturunan 
temasik menjadi menteri pun payah. Pendek kata kemerdekaan bukan bermakna bebas 
dari pengaruh barat saja, tetapi harus bebas dari segala pengaruh luaran yang 
mencengkam kewibawaan bangsa sesebuah negara. Kemerdekaan bermakna bebas 
berfikir dan mengamalkan cara hidup kita sendiri, Jika ditinjau dari sudut 
ugama, bebas dari cengkaman nafsu yang cuba membawa kita kepada mengejar 
keagungan nama, mengejar kekayaan dan nikmat dunia yang sementara, dan lain 
lainnya yang memesongkan kita dari tetap hatinya ingat dan kasih kepada ALLAH 
TAALA semata mata.  
  2.     Quran dan Hadis, bukan kekuatan orang kita, ia adalah peraturan 
sejagat untuk semua umat manusia. Ia hanya berguna bagi mereka yang mahu 
memahaminya, mengamalkan petunjuk dan ajarannya. Maka ia tidak terbatas untuk 
satu satu kaum atau bangsa. Tapi jika sebagai satu hiasan yang hendak dinyanyi 
nyanyikan, lalu ia tidak akan memberi sebarang erti kepada mereka yang 
memilikinya, serupa seperti tiada juga. Negara negara yang dikatakan 
memilikinya banyak yang tewas, dari mata kasar dunia ini, mungkin juga rugi 
diakhirat, tiada siapa yang tau. Hanya pemahaman yang kukuh mengenai ajaran Al 
Quran dan hadis sahaja yang akan membawa fadilat kepada mereka yang 
mengamalkannya, dan bertambah cantiklah lagi sekiranya mereka juga menghayati 
sifat sifat siddiq, amanah, tabliq dan fatanah.
  3      Hanya sekadar pandangan sahaja, tidak berniat menambah marah sesiapa 
jua, tetapi bersedia untuk dibincangkan dan di bahaskan. Tiada yang betul dalam 
dunia ini, kecuali sebagai hiasan dan dugaan ALLAH kepada makhlukNYA yang di 
kasihi. Kita merancangkan dengan kebijaksanaan tetapi ALLAH jua yang 
merestuinya. ALLAH berkuasa memuliakan siapa yang dikehendaki dan menghina 
sesiapa yang dikehendaki.
   
  Wassalam.
   
  Leon Adrianto
  Semarang.

"Abd Mutalib Ibrahim"@yahoo.com wrote:
          Memang betul bukan UMNO yang memulakan kempen kemerdekaan. Tapi UMNO 
adalah sebahagian dari alat yang digunakan untuk mencapai kemerdekaan. 
Tapi macam orang putih cakap, "The victor writes history" i.e sesiapa yang 
menang/berkuasa, dialah yang menulis sejarah untuk dibaca oleh generasi 
terkemudian.
Tak begitu?

Masalah orang Melayu ialah, dia akan membaca buku sejarah yang dia suka sahaja 
atau yang dihidangkan kepadanya sahaja, tanpa mahu bersusahpayah untuk mencari 
apa sebenarnya yang berlaku didalam sejarah negara kita.

Sepatutnya kita perlu membaca sejarah negara kita berlandaskan ajaran kitab 
Quran dan hadis, barulah pengetahuan sejarah kita seimbang. 

Kenapa perlu berlandaskan Qurandan hadis?
Kerana Quran dan hadis adalah adalah sumber kekuatan dan jatidiri orang Melayu 
yang sebenarnya, bukannya semangat kebangsaan, seperti yang dicanangkan 
lebihkurang 100 tahun dahulu diTanah Melayu. 

Minta maaf pada yang tersinggung. Ini hanyalah pendapat saya sahaja. 


>>> insan manusia 08/31 2:41 pm >>>
Kita jangan lupa bahawa 4 wilayah diutara Kelantan,Kedah dan Perlis juga adalah 
wilayah melayu Islam. Kenapa kita membiarkan wilayah melayu Muslim dibiarkan 
terpisah-pisah

Bertanggungjawabkan para pemimpin melayu,
Membiarkan saudara kita di"siamkan"?

Kita berteriak
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Walhal sebahagian wilayah melayu muslim masih dijajah
dan sebahagian lagi dah jatuh kepada milik orang lain

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Sesungguhnya, apa yang mengembirakan kita hari ini adalah kemerdekaan itu telah 
diperjuangkan dan dicapai oleh orang Melayu, tidak kiralah apa keturunanan, 
kaumnya atau latarbelakangnya. Sekiranya ia diraehkan oleh orang bukan Melayu, 
bagaimana agaknya.? Adakah kita akan jadi seperti negara jiran kita diselatan, 
yang memusnahkan sejarah perjuangan orang Melayunya? Ada lagi yang kuat 
disebelah utara, seperti tidak berjaya hendak dimerdekakan. Orang Melayu lari 
kepinggiran dan ke tanah besar. Dimanakah agaknya pejuang kita hari ini.? 
Adakah kita masih mengigau dengan kehebatan laksamana Hang Tuah, yang katanya 
tidak Melayu hilang di bumi! Sedangkan anak anak Melayu banyak yang ketagihan 
dadah, merempet dijalanan, yang tua dengan motornya, yang kecil dengan 
basikalnya.Sedikit demi sedikit hilangnya Melayu dalam arus kemodenan palsu. 
Yang sudah berambut perang, bertindik hidung, telinga dan pusat. Yang bermata 
biru, hijau dan kelabu.Merdeka kah kita? 

Leon.

[EMAIL PROTECTED] wrote:
Sesungguhnya gerakan nasionalisma yang merintis jalan untuk mengisytiharkan 
Tanah Melayu atau Malaya Merdeka telahpun bermula sejak dari sebelum pendudukan 
Jepun di Malaya pada tahun 1941. 

KMM atau Kesatuan Melayu Muda satu gerakan nasionalis Melayu yang dipimpin 
Ibrahim Yaakob telah ditubuhkan seawal 1938. Ia merupakan satu badan radikal 
yang menentang penjajahan Inggeris ketika itu. 

Perjuangan KMM ini mendapat sokongan padu dari para guru Melayu lepasan MPSI 
(kini UPSI). Antara lepasan MPSI yang terlibat adalah Hassan Manan, Abdul Karim 
Rashid dan Mohd. Isa Mahmud. Selain itu antara yang turut terlibat dengan KMM 
adalah Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Abdullah CD (yang 
kemudiannya memimpin PKM).

Pada masa itu, boleh dikatakan PKM dan PKMM telah menggembeleng tenaga dalam 
perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah British. Namun, menurut 
Rashid Maidin dalam bukunya "Memoir Rashid Maidin: Daripada Perjuangan 
Bersenjata kepada Perdamaian", Umno bukan saja tidak mahu kemerdekaan, malah 
menentang gerakan PKM dan PKMM itu.

Perjuangan menuntut kemerdekaan oleh PKM dan PKMM diejek dengan perbandingan 
sendaan â**buat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka konon!â**

(Shamsiah Fakeh di dalam bukunya "Memoir Shamsiah Fakeh Dari Awas ke Rejimen ke 
10" menulis: Sejarah telah membuktikan bahawa dalam perjuangan menuntut 
kemerdekaan tidak ada ahli Umno yang ditangkap atau yang dipenjarakan oleh 
kerajaan penjajah British. Apatah lagi tiada seorang pun yang mati ditali 
gantung)

---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/ 

---------------------------------
Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out. 

---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.


                         

       
---------------------------------
Be a better Heartthrob. Get better relationship answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out. 

Reply via email to