Daripada Salman RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda pada hari terakhir bulan Sya'ban; 'Sesiapa yang cuba menghampiri Allah padanya (Ramadhan) dengan mana2 amalan sunat maka seolah2 seseorang yang telah menunaikan 1 amalan fardhu pada bulan2 yang lain. Dan sesiapa yang menunaikan 1 fardhu di dalamnya (Ramadhan) adalah seumpama seorang yang telah menunaikan 70 fardhu pada bulan2 lain.'
Adalah perlu untuk kita merenungkan keadaan ibadat kita masing2. Pada bulan yang diberkati ini setakat mana kita mengambil berat terhadap amalan2 fardhu dan sunat. Kecuaian kita begitu ketara sehingga ada di antara kita yang tidur semula selepas bersahur maka solat Subuhnya terpaksa diqadha atau pun sekurang2nya terlepas dari solat berjemaah. Sedangkan solat berjemaah adalah sangat penting di dalam agama. Ahli usul fekah menyifatkan solat fardhu tanpa berjemaah adalah amalan yang cacat. Terdapat juga solat Zohor dikorbankan kerana kita tidur pada waktu tengahari dan solat Asar dikorbankan kerana kita sibuk dengan membeli-belah untuk berbuka puasa. Solat Maghrib & Isyak dengan berjemaah juga terkorban kerana kita sibuk dengan berbuka puasa dan berehat. Solat Israk dan Dhuha juga terlepas kerana kita biasanya tidur atau sibuk dengan urusan lain. Solat Awwabin (selepas Maghrib) juga terlepas kerana kita sibuk dengan berbuka. Solat Tarawih 20 rakaat juga terlepas atau terkurang kerana alasan kepenatan dan lain2 alasan. Ada juga yang menunaikan solat Tarawih pada malam2 yang awal sahaja sehingga di malam2 akhir Ramadhan tinggallah imam, bilal dan beberapa orang yang masih setia. Solat Tahajud pula terlepas kerana kita sibuk dengan bersahur, di mana kita hendak mencari masa lapang untuk bersolat. Kalau solat sudah diabaikan, apatah lagi tentang amalan2 yang lain seperti menghubung silaturrahim, tilawah Quran, zikir dan lain2. Semua ini adalah kerana kurang kesungguhan dan tidak ada keinginan untuk melakukannya. Tujuan saya menulis di sini hanyalah sebagai peringatan untuk menghisab amalan sendiri. Wallahua'lam. azharjaafar Perunding Takaful Am (kenderaan bermotor) Layari : http://ikhlas114.blogspot.com/ (ada diskaun) --------------------------------- Looking for a deal? Find great prices on flights and hotels with Yahoo! FareChase.