Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my
    
 
         
  Asalamualaikum wbt,
  
 
  Jumlah kutipan untuk TABUNG SAHUR untuk MINGGU KEDUA RAMADHAN anjuran Yayasan 
Pembangunan Nur Hikmah sehingga hari ini (17hb September 2007, jam 10.11 pagi) 
ialah RM6,230.90 (Ringgit Malaysia : Enam Ribu Dua Ratus Tiga Puloh dan sen 
Sembilan Puloh) . 
   
  Sehubungan dengan itu pihak yayasan akan mula mengagihkan sumbangan sahur 
tersebut untuk MINGGU KEDUA RAMADHAN berdasarkan RM4.00 bagi sekali sahur untuk 
seorang anak yatim. Senarai sumbangan mengikut jumlah penghuni adalah seperti 
berikut :




    1: Rumah Jagaan Nurhikmah                   RM  1,050.00
  2: Pondok Penyayang Raudah                 RM  1,500.00
  3: Asrama Penyayang Darul Qanaah      RM     500.00
  4: Asrama Anak Yatim Nur Iman             RM  1,250.00
  5: Rumah Jagaan Nurul Iman                   RM      700.00
  ------------------------------------------------------
Jumlah                                                           RM  5,000.00
  ===================================

  
Anda dijemput untuk terus menyumbang kepada TABUNG SAHUR anjuran kami.

   
  Rumah / Asarama jagaan yang sedang dibantu oleh Yayasan Pembangunan Nur 
Hikmah adalah seperti berikut :
   
  1. Rumah Jagaan Nurul Iman, Manjoi, Ipoh, Perak
  2. Rumah Jagaan Darul Qana'ah, Gombak
  3. Asrama Penyayang Nur Iman, Setapak, Kuala Lumpur
  4. Rumah Jagaan Nur Hikmah, Kajang
  5. Pondok Penyayang Raudah, Gombak
   
  Perbelanjaan bagi setiap satu hidangan sahur untuk seorang kanak-kanak adalah 
dalam anggaran RM4.00 hingga RM6.00.
  
Anda boleh menyalurkan sumbangan melalui Tabung Sahur Yayasan Pembangunan Nur 
Hikmah.  Masukkan sumbangan kedalam MAYBANK atas akaun KHIDMAT NURHIKMAH 
564306010030 . Letakkan alamat email [EMAIL PROTECTED] . Anda juga boleh 
menghantarkan SMS ke telefon 012-2968649 . Nyatakan nama dan jumlah yang 
dimasukkan.

Selain dari sumbangan diatas, kami juga menjemput anda untuk menghulurkan apa 
saja bentuk sumbangan, samada dalam bentuk wang ringgit, material atau tenaga 
sukarelawan. Sila berhubung terus ke email [EMAIL PROTECTED] untuk tujuan 
tersebut.

Kami Yayasan Pembangunan Nur Hikmah mengucapkan jutaan terima kasih diatas 
sokongan dan sumbangan anda. Semoga Allah swt memberkati usaha-usaha kita.

Wasalam


RENUNGAN:

Hadith : 

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:"Sebaik-baik rumah kaum muslimin ialah 
rumah yang ada anak yatim yang diasuh dengan baik dan sejahat-jahat rumah kaum 
muslimin adalah rumah yang ada anak yatim yang selalu diganggu dan disakiti 
hatinya." Riwayat Ibnu Majah

Huraian

i) Penghormatan dan bantuan kepada anak yatim mestilah dijaga terutama mereka 
yang terdiri daripada keluarga yang susah kerana anak yatim begitu memerlukan 
perhatian yang sewajarnya dalam meneruskan kehidupan sebagaimana yang dirasai 
oleh anak-anak yang lain. Mereka begitu rindukan belaian kasih sayang dan juga 
keprihatinan semua pihak agar mereka turut gembira. 

ii) Rasulullah s.a.w juga merupakan anak yatim di mana bapanya Abdullah 
meninggal ketika umurnya 2 bulan dalam kandungan. Manakala ibunya Aminah pula 
meninggal ketika baginda baru berumur 6 tahun iaitu ketika usia seseorang itu 
dahagakan kasih sayang seorang ibu. Datuknya Abdul Muttalib turut meninggalkan 
baginda ketika usia baginda 8 tahun. 

iii) Allah turut menyebut bagaimana keadaan nabi dan bagaimana pula Allah 
membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam 
ayat 6 - 11 surah ad-Duha yang bermaksud : 

"Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia 
memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu 
Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan 
kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau 
menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau 
menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya." 

iv) Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. 
Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan 
kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh 
yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana 
sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan 
menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang juga 
merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai 
Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan. Allah telah memberi amaran 
melalui firmanNya dalam Ayat 1-2 Surah al-Ma'un yang bermaksud : "Tahukah 
engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas 
serta berlaku zalim terhadap anak yatim !"  
    
..................................................................................
  
 
  Anda juga dijemput menyalurkan sebarang sumbangan melalui Yayasan Pembangunan 
Nur Hikmah. Sumbangan boleh disalurkan melalui MAYBANK2U kedalam akaun KHIDMAT 
NURHIKMAH 564306010030  , letakkan alamat email [EMAIL PROTECTED]
   
   
  -------------------------------------------------------
  YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
  No. Pendaftaran : 646393-A
          No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,     Taman Mesra,     43000 Kajang,       
Selangor Darul Ehsan.
  Telefon / Fax : 03-87332411 
  Laman web : www.nurhikmah.org.my
  EMAIL  : [EMAIL PROTECTED] 

   



   
   
  
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   
  AMARAN :
   
  Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak 
atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga 
bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur 
Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan 
Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank  564306010030.
   
  Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila email kepada [EMAIL PROTECTED] atau 
telefon 019-2158 827 (24 jam) . 
  

Kirim email ke