Tambahan...

itu melibatkan kementerian atau agensi yang beraudit pon diorang berani 
main-main...
apa lagi kalau melibatkan agensi yang tidak di audit seperti kes Pembinaan BLT 
sdn bhd yang menggunakan wang EPF kononnya sebagai PFI system. Walhal kemudian, 
kerajaan yang menggunakan wang cukai rakyat akan menanggung balik hutang itu... 
Mohon maaf, saya mengesyaki terdapat banyak kes salah laku dan harga 
pembangunan kos yang tidak munasabah untuk projek yang dikawalselia oleh BLT... 
 

 
TUdiN



----- Original Message ----
From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Monday, 17 September, 2007 4:01:00 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Laporan Ketua Audit Negara 2006

From: "Al Abrar Abdul Wahid" 
Date: Mon, 17 Sep 2007 11:45:36 +0400
Subject: Laporan Ketua Audit Negara 2006interesting article...worth reading 

Kes 6 kapal peronda TLDM RM6.75 bilion: Najib perlu jawab! Ahmad Lutfi Othman 
Mon | Sep 17, 07 | 1:52:41 pm MYT 
Pendedahan yang dipetik dari Laporan Ketua Audit Negara 2006 tentang perbedaan 
ketara harga pasaran dengan harga yang dibayar untuk beberapa peralatan 
Institut Kemahiran Belia Negara (KBN) menjadi bualan umum baru-baru ini dan 
mendapat perhatian media. Namun ada isu lebih besar, membabitkan lebih banyak 
wang rakyat, dan salah lakunya lebih menjolok mata. 

Ramai terpegun bagaimana harga set screwdriver boleh menjadi RM224.94 sedangkan 
harga pasaran hanya RM40, harga kamera digital (Kodak, DC4800, 3.1 Megapixel) 
melonjak kepada RM8,254.29 (harga pasaran RM2,990), set pasu plastik (3 saiz 8 
inci, 6 inci dan 4 inci) RM42.80 (harga pasaran RM5.20), settee 6 seater (jenis 
PVC) RM9,075 (harga pasaran RM1,500) dan 2 tonne jack RM5,741.69 (harga pasaran 
RM50).. 

Selain itu, sebuah kren menara berharga RM2.73 juta dibeli untuk IKBN Chembong 
dan sebuah lagi berharga RM2.990 juta untuk IKBN Bachok, sedangkan harga 
pasaran masing-masing hanya RM1.45 juta dan RM1.53 juta. Sebanyak 152 pakej 
komputer desktop yang dilengkapi perisian Computer Assisted Design and Drafting 
untuk jurusan Pelukis Pelan Seni Bina pada empat IKBN Bachok, Chembong, Kinarut 
dan Kuala Perlis telah dibeli dengan harga R4.47 juta atau RM29,385 setiap 
pakej sedangkan harga pasaran hanya RM9,250 bagi satu pakej, yakni kos 
keseluruhan RM1.41 juta. 

Sebanyak 430 set papan bancuh simen untuk jurusan Jurubina Bangunan dan jurusan 
Jurulepa dan Penjubinan pada empat IKBN yang sama telah dibeli dengan harga 
RM441,610 atau RM1,027 setiap satu. Sedangkan harga pasaran hanya RM150 sahaja 
(harga untuk 430 set hanya RM64,500) dan menurut tenaga pengajar IKBN, kosnya 
boleh dikurangkan lagi sekiranya pihak IKBN membeli papan sendiri dan pelajar 
diberi tugas untuk membuat papan bancuh simen sendiri. 

Tiga unit kabin telah dibeli dengan harga RM425,700 atau RM141,900 setiap satu 
untuk dijadikan bilik kuliah jurusan Operator Kren Menara di IKBN Bachok dan 
IKBN Chembong. Pihak Jabatan Audit Negara mendapatkan sebut harga sebuah kabin 
yang sama termasuk upah pengangkutan, kos memasang 2 penghawa dingin dan sewa 
kren, iaitu RM20,000 sahaja (RM60,000 untuk tiga unit). 

Sebanyak 17 set buku teknikal dengan 10 tajuk telah dibeli untuk jurusan 
Pelukis Pelan di KBN Bachok, Chembong dan Kuala Perlis, dengan harga RM181,900 
atau RM10,700 setiap set. Semua 10 tajuk buku tersebut boleh dibeli daripada 
Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka dengan harga RM417 sahaja dan ini bermakna 
harga yang dibayar Kementerian Belia dan Sukan adalah RM174,811 lebih tinggi 
daripada harga pasaran. 

Begitu juga dengan harga satu set pen teknikal yang dibeli dengan harga 
RM1,146.56 sedangkan harga pasaran hanya RM160. Sebanyak 15 pakej kenderaan 
terpakai (tidak melebihi 5 tahun, terdiri daripada 4 jenis kereta, Honda Civic, 
Toyota Corolla, Protoeon Wira dan Iswara) dibeli dengan harga RM4.24 juta (satu 
set RM280,000) untuk jurusan Ketuk Mengetuk dan Semburan Cat, sedangkan harga 
pasaran sekitar RM2.8 juta (satu set RM183,000). 

Pembaziran wang rakyat dalam kes IKBN

Okey, saya tidak mahu membutirkan lebih banyak pendedahan laporan Audit itu 
hanya berlengkar di Kementerian Belia dan Sukan. Dan segala yang dibentangkan 
di atas pun bukanlah prioriti catatan ringkas ini. Ia mungkin boleh diibaratkan 
sebagai kes membabitkan ikan bilis sedangkan ada kes melibatkan ikan jerung 
yang tidak diberikan keutamaan oleh pihak media. Namun tidak pula saya anggap 
pembaziran wang rakyat dalam kes-kes IKBN ini boleh didiamkan begitu sahaja. 

Menteri bertanggungjawab, ketika itu, Dato' Seri Hishamuddin Hussein harus 
menjelaskan bagaimana keadaan pincang itu boleh berlaku. Kita pun pelik juga 
dengan peranan Biro Inovasi dan Perundingan, Universiti Teknologi Malaysia yang 
dilantik sebagai perunding untuk membantu Kementerian Belia dan Sukan mengenal 
pasti keperluan peralatan IKBN, dan sehingga Disember 2006, sejumlah RM6.54 
juta telah dibayar kepadanya. 

Kita tinggalkan sekejap isu-isu yang membabitkan perbedaan harga yang begitu 
ketara itu, dengan menyedari jumlah terkumpul yang sepatutnya boleh dijimatkan 
tidak kurang daripada RM10..80 juta, selain dapat mengelak permohonan 
penambahan perolehan peralatan sehingga kosnya berjumlah RM267,90 juta. 
Kerajaan juga terpaksa membayar tidak kurang RM88.45 juta untuk peralatan yang 
masih tidak digunakan atau tidak digunakan secara optimum disebabkan tiada 
keperluan, tenaga pengajar tidak pakar dan pembelian yang terlalu awal. 

Ooop, cukup dulu hal berkenaan. 

Kita beralih kes yang lebih besar membabitkan Kementerian Pertahanan, yang kini 
diketuai Timbalan Perdana Menteri, Dato' Najib Razak. Semalam (15 September), 
di Pekan, Najib berkata kerajaan bersedia mengguna pakai apa sahaja kaedah baru 
yang disyorkan oleh Jabatan Audit Negara asalkan dapat menyumbang ke arah 
pentadbiran kewangan awam lebih cekap, telus dan mempunyai akauntabiliti. 
Beliau mengulas langkah Audit hendak memperkenalkan indeks akauntabiliti 
pengurusan kewangan ke atas semua kementerian dan perbendaharaan negeri bermula 
tahun depan. 

Najib seterusnya berkata, langkah memperkenalkan sistem ini dapat mengelakkan 
berulangnya salah urus dana di kementerian dan jabatan berkaitan. ''Kalau tidak 
ada sistem penilaian, perkara-perkara ini (salah urus kewangan) akan berulang 
dan membuatkan banyak pihak mengatakan laporan audit itu (sekadar) merupakan 
cerita lama yang diulang balik," katanya. Bagaimanapun, beliau menambah 
kerajaan tidak mahu pelaksanaan sistem itu menyebabkan berlaku perubahan yang 
besar dari segi pentadbiran kewangan di semua kementerian. 

Saya rasa Najib seperti mahu menekankan bahawa jangan cuba memandai-mandai buat 
cadangan untuk mereformasikan sistem pentadbiran kewangan yang terpakai selama 
ini. 

Laporan Audit dedah banyak perkara

Laporan Ketua Audit Negara turut mendedahkan banyak perkara yang tidak kena 
dalam pengurusan perolehan 6 buah kapal peronda (Petrol Vessel - PV) Tentera 
Laut Diraja Malaysia, yang tidak dibuat dengan baik dari segi perancangan, 
pelaksanaan dan pemantauan. 

Saya minta rakan saya, Lifeboat, yang berpengalaman dalam hal pengauditan ini, 
untuk membuat analisis lebih terperinci dalam Harakah cetak keluaran depan. 

Kos membina 6 buah PV ini ialah RM5.35 bilion. Selepas Jemaah Menteri 
bermesyuarat pada 15 September 1983, diputuskan kontraktor awal ialah Naval 
Dockyard Sdn Bhd (NDSB), sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, 
yang kemudiannya selepas diswastakan menjadi konsortium PSC-NDSB, diketuai 
Penang Shipbuilding And Construction Sdn Bhd (PSC). 

Bagaimanapun Penglima Tentera Laut ketika itu, Dato' Seri Mohd Shariff Ishak 
menekankan TLDM tidak bersetuju dengan cadangan penswastaan kepada PSC, 
antaranya kerana PSC merupakan limbungan yang kecil, prestasinya tidak baik dan 
hanya mempunyai pengalaman membina bot tunda dan bot polis jenis kecil. 

Jawatankuasa Pemandu Pelaksananaan Program Pembinaan Kapal Peronda, yang 
bertanggungjawab menetapkan dasar dan garis panduan berhubung dengan kewangan, 
pengurusan projek dan teknikal di samping mengawal perlaksanaannya ditubuhkan.. 
Ia dipengerusikan Dato' Seri Najib Razak, Menteri Pertahanan. 

Semakan Audit menunjukkan jawatankuasa ini bermesyuarat sebanyak 7 kali dari 
tahun 1994 hingga 1998 sahaja, dan tidak lagi bermesyuarat selepas itu. 
Manakala Jawatankuasa Pengerusan Eksekutif yang dipengerusikan Mohd Shariff dan 
Timbalan Ketua Setiausaha 1 Mindef hanya bermesyuarat sebanyak empat kali bagi 
tempih 1994 hingga 1996 dan tidak lagi bermesyuarat selepas itu. 

Mengikut kontrak asal, 6 kapal peronda itu sepatutnya diserahkan secara 
berjadual, bermula Mac 2004 (PV1), seterusnya Januari 2005 (PV2), Oktober 2005 
(PV3), April 2006 (PV4), Oktober 2006 (PV5) dan April 2007 (PV6). Malangnya 
hanya PV1 dan PV2 dapat diserahkan, itu pun masing-masing pada Jun 2006 
(terlewat 27 bulan) dan Julai 2006 (terlewat 18 bulan). 

Audit merumuskan bahawa punca ia gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan 
kerana pemilihan kontraktor yang hanya mempunyai limbungan yang kecil dan 
pengalaman membina bot tunda dan bot polis jenis kecil sahaja, masalah kewangan 
serta lain-lain masalah yang dihadapi oleh kontraktor, seperti pengurusan tidak 
cekap dan masalah aliran tunai.

Semasa penyerahan PV1 yang dikenali sebagai KD Kedah pada 2 Jun 2006, terdapat 
100 item/kerja masih belum diselesaikan. Keadaan yang sama juga berlaku semasa 
penyerahan PV2 (KD Pahang) pada 27 Julai 2006 di mana sebanyak 383 item/kerja 
masih belum diselesaikan. 

Kos bina kapal peronda RM2.875 bilion

Bagaimanapun, semakan Audit mendapati tiada tuntutan denda lewat dibuat 
Kementerian Kewangan walaupun Unit Perancang Ekonomi melalui mesyuarat 
Jawatankuasa Pembangunan (Perolehan) Kementerian Pertahanan pada bulan 
September 2005 telah mencadangkan supaya denda lewat berjumlah RM107 juta 
dituntut bagi PV1 dan PV2. Berdasarkan perkiraan Audit, sejumlah RM214.01 juta 
denda lewat boleh dikenakan terhadap kontraktor atas kelewatan keenam-enam PV 
berkenaan. 

Bagi mengatasi masalah kewangan yang dihadapi kontraktor dan memastikan kapal 
dapat diserahkan secepat mungkin, Kementerian Pertahanan pada Oktober 2005 
telah memohon kelulusan Kementerian Kewangan untuk membayar baki bayaran 
kemajuan PV1 dan PV2 berjumlah RM145 juta tanpa disokong Statement of Progress 
yang ditandatangani Pasukan Projek PV. Perbendaharaan, pada Januari 2007 
membayar RM143..12 juta. 

Dan pada 17 Januari 2007, tarikh penyerahan kapal peronda itu dirombak dengan 
memberi ruang lebih selesa. Bagi PV3, tarikhnya dianjak daripada Oktober 2005 
kepada Disember 2008; PV4, Julai 2009; PV5, November 2009; dan PV6, Mac 2010. 

Jika diambil secara purata, kos bagi membina sebuah kapal peronda ialah 
RM848.19 juta (iaitu kos keseluruhan RM5.08 -- yakni tidak termasuk bayaran 
Commercial Package Achievement Fee bernilai RM267.50 juta -- dibahagi enam). 
Berdasarkan Laporan Pasukan Projek PV setakat bulan Disember 2006, merujuk 
peratusan kemajuan fizikal pembinaan kapal, PV3 baru 55.89% dibina, PV4 
(44.75%), PV5 (19.81%) dan PV6 (18.47%). 

Setelah dibuat perkiraan, nilai semua 6 kapal peronda itu, mengikut peratusan 
siap hanya RM2.875 bilion, manakala kos yang masih diperlukan untuk menyiapkan 
empat lagi PV berkenaan ialah RM2.214 bilion. Persoalan besarnya, kerajaan 
sudah pun membayar RM4.256 bilion kepada kontraktor! Peruntukan yang berbaki 
hanya RM832.92 juta, sedangkan yang diperlukan ialah RM2.214 bilion, itu pun 
belum diambil kira kos yang semestinya meningkat. 

Wang rakyat hampir RM 1 bilion dibuat main-main

Maka bagi memulihkan projek ini, kerajaan bersetuju menambah nilai kontrak 
sebanyak RM1.4 bilion lagi (senang-senang wang pembayar cukai dihanguskan! ), 
iaitu daripada RM5.35 bilion kepada RM6.75 bilion. Bagaimanapun, pihak Audit 
tidak dapat menentukan justifikasi untuk menambah nilai kontrak sejumlah RM1.4 
bilion itu. 

Lebih menarik (sebenarnya lebih menyesakkan dada rakyat) apabila pihak Audit 
tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan berjumlah RM943.46 juta kepada 
kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer 
bayaran dan dokumen sokongan yang berkenaan telah hilang daripada simpanan 
Kementerian Pertahanan. 

Masya Allah, wang rakyat hampir RM1 bilion itu boleh "dibuat main-main" begitu 
sahaja, seolah-olah bagai duit "mak-pak depa". Ini bukan pembelian seringgit 
dua. Rekod menunjukkan baucer yang tidak dikemukakan itu daripada serendah 
RM6.69 juta, pada 19 November 2001, sehingga kepada yang tertinggi RM222.06 
juta (pada 27 September 2001). 

Jadi, kepada Najib, apa penjelasan anda kepada isu ini, terutama bagaimana 
kontraktor yang langsung tiada berkelayakan dipilih menjalankan projek sebesar 
itu? Dari awal Kementerian Pertahanan sudah diperingatkan bahawa kontraktor 
yang dipilih itu hanya berpengalaman membina bot tunda dan bot polis jenis 
kecil! Memang sengaja mengundang padah (sebenarnya memang mahu mengagihkan 
kepada kroni meskipun sudah diketahui tidak mampu)! - mks. 






      ___________________________________________________________
Yahoo! Answers - Got a question? Someone out there knows the answer. Try it
now.
http://uk.answers.yahoo..com/ 

Kirim email ke