Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my
    
 
         
  Asalamualaikum wbt,
  
Persatuan Penyayang Nur Iman yang mengendalikan Asrama Penyayang Nur Iman, 
Setapak dengan kerjasama masyarakat Orang Asli Bukit Kala Batu 12, Gombak, 
Selangor mengadakan Program Jalinan Kasih Mesra bersama masyarakat Orang Asli 
sepanjang bulan Ramadhan 30 hari. Program yang dihadiri oleh lebih 500 Orang 
Asli tanpa mengira agama dan pegangan ini dimulakan dengan majlis berbuka 
puasa, disusuli dengan solat berjemaah dan morey.
   
  Selain dari itu program ini juga diisi dengan tayangan slide mengenai tamadun 
Islam dan majlis dailog. Menurut Ustazah Sharimah Ali, Pengerusi Persatuan 
Penyayang Nur Iman , program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari 
masyarakat Orang Asli yang ingin mengetahui dan mendalami pengetahuan mengenai 
agama Islam.
   
  Setiap hari pihak persatuan membelanjakan lebih RM1,000 bagi menyediakan 
jamuan untuk para hadirin berbuka puasa dan juga morey. Pihaknya juga amat 
berharap akan sumbangan tenaga dan kewangan dari orang ramai dan 
syarikat-syarikat bagi menjayakan program yang melibatkan kos lebih RM30,000 
ini.
   
  Kepada yang ingin turut serta atau menyumbang untuk program ini bolehlah 
terus menghubungi Ustazah Sharimah Ali  di talian 03-4024 9192 atau 019-251 
9082 ataupun 019-261 9082.
   
  Untuk makluman, Asrama Penyayang Nur Iman Setapak juga adalah dibawah naungan 
sokongan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah.
   
   
  -------------------------------------------------------



    YAYASAN PEMBANGUNAN NUR HIKMAH
  No. Pendaftaran : 646393-A
          No. 16-3, Jalan Mesra Niaga,     Taman Mesra,     43000 Kajang,       
Selangor Darul Ehsan.
  Telefon / Fax : 03-87332411 
  Laman web : www.nurhikmah.org.my
  EMAIL  : [EMAIL PROTECTED] 




   
   
  
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
   
  AMARAN :
   
  Pihak Yayasan Pembangunan Nur Hikmah tidak pernah melantik mana-mana pihak 
atau mengeluarkan surat kebenaran atau apa-apa surat rayuan kepada pihak ketiga 
bagi memungut derma atas nama Yayasan Pembangunan Nur Hikmah atau Khidmat Nur 
Hikmah. Sebarang sumbangan hendaklah dibuat terus kepada Yayasan Pembangunan 
Nur Hikmah samada melalui cek atau secara online ke Akaun Maybank  564306010030.
   
  Sebarang kemusykilan atau pertanyaan sila email kepada [EMAIL PROTECTED] atau 
telefon 019-2158 827 (24 jam) . 
  



       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke