Yang lagi teruk adalah menjual bangsa sendiri. Saya yang bekerja di bahagian 
konsultant terlalu banyak terdedah dengan kisah melayu yang meng"alibabakan 
projek", jadi orang tengah dan hanya mengaut keuntungan. Bukan hanya saya 
tetapi kawan2 dari syarikat lain pun sama. Projek yang melibat kan jutaan 
ringgit yang sepatutnya dapat membangunkan ekonomi Melayu tetapi disalah 
gunakan.Tapi nak buat macam mana, cakap pun tak guna kalau orang yang berkuasa 
tidak menjalankan tugas yang diamanahkan.
  Melayu akan terus layu.Yang kaya bertambah kaya dan yang miskin akan terus 
papa dan dihina.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
            Lagi lagi Melayu. Menyeleweng angkara melayu. pilih kasih dalam 
kerajaan negeri juga angkara melayu. yang dihighlight kan dalam kaporan auditor 
general juga angkara melayu. apa lagi nak buat. Kalau tak boleh bersatu, 
berperanglah sesama sendiri agar mudah orang lain hendak tadbir. Macam mereka 
di palastine juga!
   
  Leon.
  
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
      Penyelewengan punca krisis kewangan kerajaan tempatan.
Oleh Cikgu Badrul dari Korea Selatan

Merujuk kepada laporan akbar New Straits Times 13
September 2007. Reactions to Auditor-General's report:
'Local councils short of money', Menteri Besar Negeri
Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengakui bahawa
kebanyakan Kerajaan Tempatan dalam Negeri Sembilan
sedang dilanda masalah kewangan yang teruk.

Dalam Laporan yang sama juga beliau mengatakan ini
kerana perbelanjaan mengurus dan membaik pulih semakin
meningkat tetapi malangnya kadar cukai taksiran tetap
kekal dan ramai pembayar cukai masih tidak mebayar
cukai taksiran.

Kenyataan Mohamad Hassan ini merupakan respon kepada
Laporan Audit Negara terbaru yang mendedahkan bahawa
banyak kawasan kotor kerana kontraktor yang
menguruskan pembersihan dan pembuangan sampah tidak
dibayar. Laporan Audit itu telah mengenengahkan kes
Majlis Perbandaran Nilai (MPN) yang gagal menjelaskan
hutang RM 17 juta kepada Southern Waste Management Sdn
Bhd (SWM) syarikat yang menguruskan operasi
pembersihan dan pembuangan sampah. Tunggakan tersebut
mengakibatkan operasi syarikat tersebut terganggu
seterusnya memberikan kesan terhadap kebersihan dan
keselesaan penduduk setempat.

Perkembangan ini amat dikesali. Di tegaskan kerajaan
Negeri harus mengambil tanggungjawab terhadap
kegagalan ini. Melalui komen Mohamad jelas beliau cuba
lari dari tanggungjawab dengan menyalahkan pembayar
cukai dan membohongi fakta.

Fakta kos yang naik dan cukai yang kekal adalah salah.
Tahun 2006 contohnya Majlis Perbandaran Nilai,
N.Sembilan telah menaikkan cukai pintunya sebanyak
85.19%. Begitu juga kenaikan dikenakan dihampir semua
kerajaan tempatan . Begitu juga beberapa cukai baru
turut diperkenalkan.

Apa yang berlaku sehingga banyak kerajaan tempatan
mengalami krisis kewangan yang teruk ini ialah
kelemahan pengurusan, salah urus dan penyelewengan
yang berleluasa.

Ahli Majlis yang duduk dalam setiap majlis perbandaran
yang terdiri dari pemimpin politik Barisan Nasional
jelas tidak mampu memastikan pengurusan yang efisyen
dan jujur. Malah kehadiran mereka yang rata rata tidak
mempunyai pengalaman dan pengetahuan pengurusan
pembandaran hanya melemahkan dan memparahkan lagi
penyelewengan.

Sebelum 1970 ahli Majlis Kerajaan Tempatan dipilih
terus oleh pengundi. Maka dalam pilihanraya tersebut
pembayar cukai dapat memilih sendiri wakil mereka yang
difikirkan layak untuk menguruskan pembandaran
setempat. Mereka yang dipilih terdiri dari mereka yang
wibawa dan sudah pasti akan bekerja sebaik mungkin
kerana bertanggungjawab terus dengan undi pembayar
cukai.

Namun selepas 1970, selepas BN/Perikatan kalah teruk
dalam Pilihanraya Peringkat Kerajaan Tempatan,
Pilihanraya itu diharamkan. Maka ahli majlis dipilih
berdasarkan kuota parti politik komponen Barisan
Nasional. Maka penuhlah mesyuarat Majlis Kerajaan
Tempatan dengan ketua - ketua cawangan dan
Jawatankuasa Bahagian parti BN. Contohnya Majlis
Perbandaran Seremban dalam website rasminya dengan
jelas menyebut 17 kerusi diperuntukkan untuk mewakili
orang awam dari dari 23 jumlah penuh ahli Majlis. Amat
menarik disebut dengan jelas pecahan 17 yang mewakili
orang awam itu ialah : 

UMNO - 7 orang
MCA - 4 orang
MIC - 2 orang
Gerakan - 2 orang
Dewan Perniagaan Melayu - 1 orang
Parti Progresif Rakyat - 1 orang 

malah Menteri Besar Negeri Sembilan mempunyai rekod
melantik adik beradiknya sendiri untuk duduk kerusi
ahli Majlis Kerajaan Tempatan dalam Negeri Sembilan
dan jika diteliti semua Majlis Tempatan pasti akan
bertemu kejadian sebegitu rupa juga. Lihat sahaja di
Kelang bagaimana Ketua Umno Bahagian, anaknya dan
menantu mampu menjadi ahli Majlis dalam satu masa.

Maka mereka yang menduduki kerusi ahli Majlis dan
menikmati perbagai elaun dan kemudahan selaku ahli
Majlis ini tidak mewakili undi pembayar cukai tetapi
sebaliknya mewakili kedudukan politik mereka. Maka
sudah pasti semua tindakan mereka akan berpaksikan
untuk memastikan kedudukan politik mereka terus
terjamin untuk terus berada di kerusi tersebut penggal
akan datang. Maka yang akan dijaga ialah sekutu
politik mereka bukan majoriti pembayar cukai. Atas
dasar ini mereka tidak boleh mengelak tuduhan
bertindak bias dalam banyak tender, lulusan lesen dan
sebagainya.

Bersangkutan dengan itu juga sudah pasti mereka
sentiasa akan akur dengan tuan politik mereka. Maka
siapa yang bakal menyekat perbelanjaan yang tidak
perlu seperti bunting, banner dan lampu jalan gambar
menteri besar setiap kali menjelang perayaan yang
menelan belanja besar mengunakan dana kerajaan
tempatan. Sudah pasti diantara mereka tidak mampu
menahan malah mungkin menggunakan pengaruh yang ada
untuk menyeleweng perbelanjaan berlebihan dana
kerajaan tempatan untuk majlis - majlis yang tidak
perlu seperti sambutan menteri atau pemimpin Umno.

Maka dapat dirumuskan di sini krisis kewangan yang
berlaku dalam Majlis Penbandaran (bukan sahaja dalam
Negeri Sembilan) adalah disebabkan penyelewengan dan
kelemahan pengurusan bukan kerana kekurangan sumber
kewangan atau cukai yang rendah.

Jawapan yang pasti buat menjawab perkembangan ini
ialah mengembalikan demokrasi kepada kerajaan
tempatan. Pembayar Cukai seharusnya diberikan hak
semua untuk memilih siapa yang layak menguruskan wang
cukai mereka dalam perihal perbandaran. Kerajaan
seharusnya berani untuk memberikan Hak yang pernah
dirampas pada tahun 1970 ini kerana itu sahaja jawapan
yang ada untuk mengembalikan intigeriti dan efisiensi
Kerajaan Tempatan.

Jangan sampai bandar yang kotor mengakibatkan rakyat
menderita dengan penyakit yang tidak sepatutnya wujud.
Kesempatan ini juga diambil untuk menyampaikan hasrat
untuk melihat Kerajaan PAS Kelantan mendahului
Kerajaan Negeri lain untuk berani mengembalikan hak
memilih ahli Majlis Kerajaan Tempatan kepada pembayar
cukai.

http://chegubard.blogspot.com/2007/09/penyelewengan-punca-krisis-kewangan.html

Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com Laman Web Pemuda PAS NS 
www.sriminang.com & Pemuda PAS Seremban www.pemudapasseremban.net 
Blog AMKNS http://amkns.blogspot.com & Blog Cikgu Badrul 
http://chegubard.blogspot.com 

__________________________________________________________
Boardwalk for $500? In 2007? Ha! Play Monopoly Here and Now (it's updated for 
today's economy) at Yahoo! Games.
http://get.games.yahoo.com/proddesc?gamekey=monopolyherenow 



    
---------------------------------
  Don't let your dream ride pass you by. Make it a reality with Yahoo! Autos.   

                         

 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Reply via email to