Benarkah peristiwa seperti ini berlaku disebuah Negara Islam?

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:          


Apakah jadahnya, pesta arak 'Carlsberg' warnai perlawanan bola sepak?         
Zain Hashim 
Tue | Mar 20, 07 | 01:08:07 PM       KUALA LUMPUR, 20 Mac (Hrkh) - Apakah 
jadahnya dengan masyarakat Islam masa kini, sehinggakah hanya mampu memekakkan 
telinga dan membutakan mata sahaja dengan membiarkan pesta arak berleluasa 
tanpa sebarang tindakan?
  

  Laporan akhbar New Straits Times pada 9 Mac lalu dalam halaman E12 EPL 
bertajuk, "Heartbreak Of A Night For Liverpool" menyiarkan beberapa gambar yang 
menunjukkan kegilaan dan keaiban warga kota beragama Islam yang menjadi 
penyokong kelab bolasepak Inggeris terkenal, Liverpool dan Manchester United.
  

  Apa yang mendukacitakan ialah tiadanya perasaan sensitif di kalangan umat 
Islam yang menjadi penyokong dan peminat kelab-kelab gergasi Inggeris ini 
sehinggakan mengenepikan nilai dan akhlak murni sebagai seorang Islam.
  

  Dengan logo-logo jenama Carlsberg yang menaja pasukan Liverpool, pengunjung 
sebuah kelab di Kuala Lumpur ini seolah-olah sudah melupai betapa mereka kini 
berada di sebuah negara Islam seperti yang kerap dilaungkan oleh Perdana 
Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
  

  Dalam majlis yang mengumpulkan dua kumpulan penyokong kelab bola sepak 
Inggeris iaitu Liverpool dan Manchester United ini, semua pengunjung seolah 
diraikan atau meraikan 'perayaan Carlsberg', padahal ianya tidak lebih sebagai 
'venue' untuk menonton secara langsung pertemuan antara kedua-dua kelab 
berkenaan di Anfield.
  

  Paling dikesali adalah, wujudnya Pengurus Jenama Carlsberg yang dipercayai 
beragama Islam (berdasarkan 'caption' gambar di akhbar) yang turut sama 
kelihatan meraikan majlis yang dipenuhi dengan santapan arak ini.
  

  Dan tidak cukup dengan itu, akhbar yang dinaungi oleh seorang tokoh akhbar 
serta korporat yang beragama Islam ini turut membesar-besarkan majlis 
berkenaan, seolah-olah meredai setiap langkah yang dilakukan oleh para 
pengunjung serta penganjurnya.
  

  Inikah agaknya antara ciri-ciri Islam Hadhari yang diinginkan oleh pemimpin 
Islam kita? Bagaimanakah pula dengan para Menteri kabinet, apakah lontaran 
jawapan mereka dengan budaya yang sebegini?
  

  Kepada Datuk Bandar yang baru, Dato' Abdul Hakim Borhan apakah langkah anda 
selepas ini, atau hanya mendiamkan diri sahaja sebagaimana Datuk-datuk Bandar 
sebelum ini? - mks.
  

  
---------------------------------
  Jumlah dilihat: 4999 | Cetak | Emel

            Jika terdapat sebarang cadangan atau pandangan mengenai artikel di 
atas sila hantarkan komen anda kepada kami. Untuk sebarang aduan, cadangan, 
pendapat, rencana atau sebagainya, sila emelkan ke [EMAIL PROTECTED] email ini 
telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk 
melihatnya .
  

  Sertakan bersama nama, nama pena, alamat, no. kad pengenalan, dan no. telefon 
(maklumat anda adalah rahsia dan tidak akan disiarkan). Artikel yang diterima 
dan dikemaskini akan disiarkan di ruangan Surat Pembaca atau bersesuaian.
  

  Sila hantarkan karya anda yang asli melalui emel sahaja. Sebarang tulisan 
yang dihantar melalui kepilan/Attachment fail (Word, Notepad dll) emel tidak 
akan dilayan.
  


  
 [input]  [input]  [input]  [input]         Hantar Komen Anda      Nama   
[input]  [input]     Subjek   [input]     Komen

      Kod*   [input]       [input] 
   [input] 
    
---------------------------------
  What kind of emailer are you? Find out today - get a free analysis of your 
email personality. Take the quiz at the Yahoo! Mail Championship.  

         

       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke