Pembangunan Pekan Sungai, penduduk dakwa notis singkat dan tiada pampasan 
                                                Mohd Sabri Said      
         Sun | Sep 23, 07 |  9:56:44 am MYT                            
BUTTERWORTH, 23 Sept (Hrkh) - Tidak lama lagi Pekan Sungai, Butterworth akan 
berubah wajah apabila sebuah syarikat Indana Construction Sdn Bhd ingin 
memajukan penempatan tersebut dengan pembinaan bangunan komersial. 

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


 Namun, apa yang menjadi masalahnya sekarang di manakah peniaga dan penduduk 
yang mendiami kawasan  tersebut sejak puluhan tahun akan ditempatkan sedangkan 
mereka tidak mempunyai penempatan lain untuk tinggal.

 
 Dalam tinjauan Harakahdaily mendapati, arahan perpindahan telah dikeluarkan 
menerusi notis peguam Fadzil, Chua dan Song pada 10 September lalu agar mereka 
mengosongkan permis masing-masing sebelum 1 November 2007.

 
 Mereka mendakwa, bila keluar nanti ke mana pula mereka terutamanya peniaga 
hendak bertapak sedangkan tapak baru berkos terlalu tinggi seperti di Taman 
Desa Murni atau taman baru berdekatan Merbau Kudung.

 
 Indana Construction Sdn Bhd memberi tempoh sehingga 31 Oktober kepada penduduk 
mengemas kelengkapan perpindahan tanpa sebarang pampasan sepertimana yang 
tertera dalam akta jika  penghuni tinggal melebihi 30 tahun.

 
 Tetapi bagi penduduk dan peniaga yang berbilang bangsa menggangap syarikat 
berkenaan tidak harus mengeluarkan notis dalam masa singkat sebaliknya merayu 
agar memberi masa lebih panjang dan sedikit pampasan yang setimpal.

 
 Seorang taukeh kedai basikal yang enggan namanya disiarkan berkata, sebagai 
sebuah syarikat berpengalaman membangunkan projek perumahan syarikat berkenaan 
seharusnya tidak bertindak demikian.

 
 "Kami rasa tertekan kerana tiba-tiba saja terima notis pindah segera, " 
ujarnya.

 
 Seorang penduduk berbangsa melayu yang juga enggan disiarkan  
namanya,meluahkan rasa kecewa dengan peranan yang ditunjuk oleh Ahli Dewan 
Undangan Negeri (Adun) Sungai Dua, Dato' Jasmin Mohamad kerana tidak prihatin 
terhadap nasib penduduk dan peniaga di sini walaupun mereka tinggal di atas 
tanah individu Cina yang kini menjualkan kepada Indana Construction Sdn Bhd.

 
 Mereka mengharap Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Dato' Seri Sharif Omar sahaja 
dapat  menghulurkan  tangan membantu.

 
 Tanah seluas tiga ekar itu terletak di atas lot 1185, 1186, 1187, 1189 dan 
1190 kesemua berada di Mukim 11 Jalan Sungai Dua. - mks.

Lihat  ucapan Salam Perantau & Adilfitri dari pembaca Harakahdaily.Net dari 
seluruh dunia. Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, menderma dan bantulah mereka 
yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah. Untuk maklumat lanjut, 
hubungi 03-40213343 atau  03-40212009.
        

---------------------------------
Take the Internet to Go: Yahoo!Go puts the Internet in your pocket: mail, news, 
photos & more. 
       
---------------------------------
Tonight's top picks. What will you watch tonight? Preview the hottest shows on 
Yahoo! TV.    
       
---------------------------------
Pinpoint customers who are looking for what you sell. 

Kirim email ke