MEMARTABATKAN SAUDARA BARU DI MALAYSIA
   
                               Ismail, telah lebih 20 tahun memeluk Islam. 
Beliau diusir oleh keluarganya sebaik saja mengetahui beliau seorang Islam. 
Tanpa mempunyai pilihan lain  beliau keluar dari rumah lalu merantau ke Kuala 
Lumpur. Oleh kerana tiada kelulusan akdemik yang baik beliau gagal memperoleh 
pekerjaan dan hanya menumpang bermalam di Masjid dan Surau. Keadaan hidup yang 
tidak terurus, mengalami penyakit kulit, asma dan angin ahmar akhirnya beliau 
dihalau dari menumpang bermalam dan lebih malang lagi apabila beliau tidak di 
beri layanan yang sewajarnya oleh Pejabat Agama kerana  dikatakan terlalu kerap 
datang memohon bantuan di sana. 
    Eddy baru beberapa bulan memeluk Islam, suatu hari beliau pergi solat  di 
sebuah Masjid di Kuala Lumpur malangnya beliau dimarahi dan dihina  oleh 
seorang jemaah di masjid tersebut kerana memakai gelang tangan.  Akhirnya 
beliau takut dan tawar hati datang solat berjemaah ke Masjid lagi. 
  
  Alan dan Kenny baru sahaja mengucapkan kalimah syahadah di sebuah  Masjid di 
sekitar Gombak. Sebaik saja selesai upacara tersebut datang  seorang ahli 
kariah masjid tersebut menghalau mereka keluar dari situ. 
  
  Beginilah antara beberapa suasana muram dan layanan buruk yang dihadapi pada 
mereka yang memeluk Islam di negara kita ini. Namun, ada juga yang sinis dan  
beranggapan bahawa mereka yang memeluk Islam hanyalah kerana ingin berkahwin 
atau sekadar memperolehi bantuan dari pihak-pihak tertentu. Sebilangan besar 
mereka yang memeluk Islam menjadi miskin dan hidup di bawah paras kemiskinan 
kerana mereka telah dihalau dan putus hubungan dengan keluarga asal. Ramai 
antara mereka hidup sebatang kara. Sekiranya  mereka tidak mempunyai kenalan 
yang sanggup membantu mereka hanya mengharapkan nasib, untung sabut mereka 
timbul dan untung batu mereka  tengelam. 
  
  Oleh kerana kos kehidupan di Kuala Lumpur amat tinggi.  Berbagai cara boleh 
kita lakukan kepada mereka yang baru memeluk  Islam. Bagi mereka yang  
mempunyai lebihan wang boleh membantu dengan wang ringgit. Bagi mereka yang 
kurang dari segi kewangan tetapi kaya dengan ilmu-ilmu agama boleh melapangkan 
masa untuk mengajar  saudara baru Tajwid, Tauhid, Tafsir, Fekah dan lain-lain. 
  

                                    Andaikata kita tidak mampu membantu dari 
segi kewangan atau tidak ada sebarang ilmu pengetahuan untuk mengajar kita 
boleh membantu dengan mencarikan mereka pekerjaan atau membawa mereka berjumpa 
Baitulmal, Jabatan Agama Negeri  atau Hidayah Centre untuk memohon bantuan. 
Baitulmal dan Jabatan Agama Negeri banyak memberi bantuan dan sumbangan  untuk 
mereka yang baru memeluk Islam. MAIS umpamanya memberi  bantuan-bantuan seperti 
bantuan sewa rumah, persekolahan anak-anak,  memulakan perniagaan, perkahwinan 
dan bantuan Hari Raya  serta banyak  lagi bantuan lain. 
    
   
  Islam memberi ganjaran yang sangat lumayan kepada sesiapa yang membantu  
mereka yang baru memeluk Islam lebih lebih lagi mereka yang dalam kesempitan. 
Firman Allah swt maksudnya, 
   
  “ Dan tolong-menolonglah kamu di dalam kebaikan dan takwa”   Al-Maa’idah: 3 
  
   
  Sebuah hadis yang di riwayatkan oleh Anas berbunyi, Rasulullah saw bersabda: 
  ” Barang siapa yang berjalan untuk memenuhi keperluan saudaranya yang  
muslim, maka Allah akan menulis untuknya dengan setiap langkah  tujuh puluh 
kebaikan dan menghapuskan darinya tujuh puluh kejahatan. Jika keperluan 
saudaranya di penuhi, di mukanya akan keluar dosa-dosa seperti pada hari ia 
dilahirkan oleh ibunya dan jika ia mati dalam perjalanan  itu maka ia masuk 
surga tanpa di hisab” . 
  
   
    
  
Haji  Abdul Rahim 
  

   
   
  Marilah menyumbang

kepada saudara baru yang memerlukan sokongan dan bantuan daripada kita 
dalam
Majlis Berbuka Puasa Hidayah Centre 2007
29 September 2007 (Sabtu)
bersamaan 17 Ramadhan 1428H
di Dewan Persidangan Utama. Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3

anjuran
HIDAYAH CENTRE
PERTUBUUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA
(Pusat Sokongan Saudara Baru)

Setakat jam 5.00 ptg hari ini(25 Sept 2007)

Meja = 32
Kerusi = 186 (19 meja)
Sumbangan = RM 7,165  
Jumlah Keseluruhan = RM 57,765

Baki = 49 meja lagi!

2 Hari lagi..

Ayuh menyumbang!

1 Meja = RM 1000
1 Kerusi = RM 100

atas nama
PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA(JIM) 
CIMB 14410009820056

atau hubungi
Pejabat            03-4108 9669
Sdr Amirul       019 3836859
Pn Rosmawati  019 2386333
Sdri Juwairiya   019 6900564

http://www.jim. org.my/miphc

Moga sumbangan kita mampu membuatkan mereka tersenyum...

Jazakumullahu khairan kathira

Pesanan drp
SEKRETARIAT MIPHC 07



karisma.jim.org.my

       
---------------------------------
Need a vacation? Get great deals to amazing places on Yahoo! Travel. 

Reply via email to