aHmadHazieq <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Fairuz Bakal Cipta Rekod Guinness World 
Record sebagai Ketua Hakim Negara Pertama Jadi Banduan!
   
  Klip video perbualan VK Lingam melalui telefon dengan Ketua Hakim Negara, Tun 
Ahmad Fairuz Abdul Halim pada tahun 2002 semakin menjadi perhatian ramai. Pada 
ketika itu Ahmad Fairuz merupakan Ketua Ketua Hakim Malaya iaitu orang nombor 
tiga dalam hierarki badan kehakiman negara.
   
  Penyebaran Klip Video tersebut adalah taktik terbaik untuk memastikan bahawa 
semua rakyat tahu kisah penyelewengan tersebut. Jika laporan terus dibuat 
seperti sebelum ini, rakyat akan bertanya-tanya tentang intipati isu ini. 
   
  Apa yang paling dikhuatiri adalah tindakan sabotaj dari Kerajaan BN yang 
menguasai seluruh sistem perundangan dan Kehakiman negara. Dan kebiasaannya 
orang yang melaporkan perkara sebeginilah yang selalu jadi mangsa dan direman 
kononya untuk siasatan. Dengan cara ini, agak sukar untuk Polis dan BPR 
melakukan sesuka hati mengikut telunjuk pemimpin BN.
   
  Justeru itu, pada hari ini kita dapat melihat bahawa tindakan bijak Dato' 
Seri Anwar Ibrahim ini menyebabkan pemimpin BN khususnya UMNO  menjadi panas 
punggung. Pelbagai ulasan mereka berikan dan semuanya cuba menutup kesalahan 
mereka dan cuba menyelamatkan diri masing-masing.
   
  Kenyataan Pak Lah yang kecewa dengan pendedahan ini jelas menunjukan bahawa 
adanya konspirasi peringkat tertinggi untuk menyalahgunakan kuasa Kehakiman 
bagi melindungi pemimpin BN atau menaikkan kroni-kroni mereka.
   
  Pak Lah tidak seharusnya berasa canggung dengan pendedahan ini jika ianya 
tiada kaitan dengan beliau atau kroni beliau. Seharusnya beliau bersikap 
profesional dan menyiasat pita video berkenaan dan mendedahkan siapakah 
orang-orang lain yang terlibat dalam konspirasi terancang ini.
   
  Pada masa  ini, tidak mustahil jika pakar IT Polis mengatakan bahawa video 
berkenaan sebagai rakaman super impose kerana mereka semakin terdesak untuk 
menafikan salah laku Pemimpin Besar mereka!
   
  Jika dibandingkan dengan kes-kes yang melibatkan pembangkang seperti kes 
Memali, Kes Khalwat Mat Sabu, Kes Anwar Ibrahim, dan Kes Batu Buruk semuanya 
disiasat secara tidak adil. Pihak polis sanggup mereka cipta bukti, cerita 
palsu dan video super impose untuk memburukan pembangkang. Malah, mereka 
mengambil kesempatan menyebarkannya pada rakyat walaupun kes sebenar belum lagi 
diputuskan sama ada bersalah atau tidak.
   
  Permainan mereka ini akhirnya memakan diri bila mana pembangkang mengambil  
inisiatif serupa terhadap gejala jenayah mereka yang memang benar dan sahih.
   
  Dalam kes ini, Pak Lah seperti orang bodoh yang tidak tahu apa-apa dan cuba 
menafikannya bagi memutarkan fakta kes agar tidak kena-mengena dengan mana-mana 
kroninya. Laporan telah dibuat minggu lepas lagi tetapi hingga kini tiada satu 
tindakan pendakwaan atau tangkapan pun dibuat. Bukti telah ada tetapi mereka 
tengah pening kepala cari ilham untuk menggelakkan Ketua Hakim Negara dari 
dibicarakan.
   
  Apa yang pasti, seandainya Ketua Hakim Negara dibicarakan semua media utama 
seluruh dunia akan tertumpu ke Malaysia. Pendedahan demi pendedahan pasti akan 
berlaku. Seandainya perbicaraan berlangsung, maka pastinya Tun Fairuz akan jadi 
kambing hitam dan akan diugut serta dipukul oleh  polis dengan teruk agar tidak 
membongkar rahsia keseluruhan kes ini pada umum. 
   
  Akhirnya yang merengkok dalam penjara adalah Tun Fairuz seorang. Dan pastilah 
beliau akan jadi banduan paling glamour dengan title "Mantan Ketua Hakim Negara 
Pertama Dipenjarakan" sekaligus mencipta rekod baru dalam Guinness World Record.
   
  Kepada Tun Fairuz-Pintu sel penjara sedang menanti. Pilih sahaja yang mana 
satu, Sungai Buloh atau Kajang, mereka tak sabar menantimu! 
   
  Jangan lupa bawa kroni sekali! - Herman Samsudeen


Lawati Laman Rasmi Dewan Pemuda  PAS Wilayah Persekutuan di 
http://dppwp.wordpress.com


       
---------------------------------
Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.
       
---------------------------------
Building a website is a piece of cake. 
Yahoo! Small Business gives you all the tools to get online.

Reply via email to