Yang di-Pertuan Agong kesal dikaitkan dengan Al-Arqam, Rufaqa  KUALA LUMPUR 21 
Sept. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini melahirkan 
rasa duka cita atas dakwaan dusta yang mengaitkan nama baginda dengan kegiatan 
Al-Arqam.
  Kekesalan Seri Paduka itu dizahirkan melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja, 
Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan dalam satu kenyataan di sini.
  Akhbar hari ini melaporkan bahawa kumpulan ajaran sesat yang diharamkan dan 
berselindung dengan nama perniagaan, Rufaqa Corporation Sdn Bhd, dipercayai 
kembali aktif dengan menyebarkan propaganda kepada para anggotanya, yang 
mendakwa kegiatan mereka direstui Yang di-Pertuan Agong.
  Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Negeri 
Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil dilaporkan berkata, pihaknya mengesan 
pengikut fanatik Al-Arqam menyebarkan propaganda itu menggunakan khidmat 
pesanan ringkas (SMS) kepada anggotanya di seluruh negara.
  Kumpulan itu juga didakwa mempunyai bendera kuning yang diletakkan dalam 
kenderaan masing-masing sebagai lambang kononnya perjuangan mereka bagi 
menjatuhkan pemerintahan ketika ini, direstui Seri Paduka. - Bernama
   
  http://www.utusan. com.my/utusan/ archive.asp? 
y=2007&dt=0921&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=bt_04.htm&arc=hive
   
   
  Tuanku Mizan murka dikaitkan dengan Al-Arqam  KUALA LUMPUR 21 Sept. – Yang 
di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini melahirkan rasa dukacita 
atas dakwaan dusta yang mengaitkan nama baginda dengan kegiatan Al-Arqam.
  Kekesalan Seri Paduka itu dizahirkan melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja, 
Datuk Wan Mohd. Safiain Wan Hasan dalam satu kenyataan di sini.
  Akhbar hari ini melaporkan bahawa kumpulan ajaran sesat yang diharamkan dan 
berselindung dengan nama perniagaan, Rufaqa Corporation Sdn. Bhd., dipercayai 
kembali aktif dengan menyebarkan propaganda kepada para anggotanya, yang 
mendakwa kegiatan mereka direstui Yang di-Pertuan Agong.
  Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Negeri 
Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil dilaporkan berkata, pihaknya mengesan 
pengikut fanatik Al-Arqam menyebarkan propaganda itu menggunakan khidmat 
pesanan ringkas (SMS) kepada anggotanya di seluruh negara.
  Kumpulan itu juga didakwa mempunyai bendera kuning yang diletakkan dalam 
kenderaan masing-masing sebagai lambang kononnya perjuangan mereka bagi 
menjatuhkan pemerintahan ketika ini, direstui Seri Paduka.
  – Bernama
   
  http://www.utusan. com.my/utusan/ archive.asp? 
y=2007&dt=0922&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_04.htm&arc=hive
  

saidanafisah@ yahoo.com wrote:
      Sila layari blog di bawah untuk mendapatkan info selanjutnya:

http://pejuangmaya. blogspot. com

APA itu GERAKAN KUNING

APA ITU GERAKAN KUNING ? 

Gerakan sebagai tanda sokongan kepada Yang Dipertuan Agung, Tuanku 
Mizan Zainal Abidin. 

Moga-moga dengan itu Tuanku Mizan dapat berbuat sesuatu untuk 
menyelamatkan negara ini daripada musuh lahir dan batin. 

Bagaimana perlaksanaannya? 

Tunjukkan dan buktikan tanda sokongan anda dengan memakai baju, 
kopiah, selendang dan tudung berwarna kuning. Juga memasang stiker, 
riben dan bendera kuning di merata tempat seperti di rumah dan juga 
pejabat. Sekiranya boleh ada banner "Daulat Tuanku" menghiasi 
persekitaran anda. 

Apa natijahnya? 

Buatlah semua ini kerana Allah. Di samping terus-terusan berdoa agar 
Allah membantu kita dengan mendatangkan penyelamat yang dapat 
menyelamatkan hati-hati kita, bangsa kita, aset-aset kita, 
seterusnya negara kita. Dengan itu, jadilah negara kita sebuah 
negara Islam sejati, aman makmur lagi mendapat keampunan Tuhan. 
InsyaAllah.


[EMAIL PROTECTED] wrote:

              Berita Harian Metro  15 Sept 2007 bertajuk SMS PUAK PENDERHAKA 
sangat mengecewakan.
  Rahman Palil sepatutnya lebih bijak memberi respon terhadap aduan dan SMS 
yang diterimanya. Mengapa satu SMS yang sebenarnya sangat positif 
diputarbelitkan begitu sekali? Saya sebagai pembaca amat terasa prejudisnya 
Rahman Palil sangat tebal dan melulu terhadap pengikut al Arqam yang kononnya 
bertanggungjawab ke atas perkara itu. Beliau sepatutnya menghuraikan maksud 
sebenar SMS itu tetapi sebaliknya menjadikan SMS itu senjata untuk menyerang 
pengikut al- Arqam dengan tuduhan yang tidak berasas. Perbuatan Rahman Palil 
sangat menimbulkan tanda tanya.
  Kalau kita teliti setiap ayat dalam SMS tersebut, banyak perkara positif dan 
benar sedang berlaku dan patut kita hargai.
  Sebagai contoh:
  AYAT PERTAMA : Pilihlah Tuhan sebagai pemimpin.
  Itu sangat dipersetujui oleh semua makhluk yang percaya adanya Tuhan di dunia 
ini. Hakikatnya Tuhan itu memang pemimpin kerana Dialah yang Mengatur dan 
Mentadbir seluruh alam ciptaan-Nya. Apakah Rahman Palil tidak bersetuju dengan 
perkara ini?
  AYAT KEDUA : Lantiklah orang pilihan Rasulullah untuk memerintah.
  Rasulullah saw telah wafat. Namun roh dan peranannya masih aktif sehingga 
hari ini dan hari pembalasan kelak di mana dengan syafaat Baginda kita boleh 
selamat dari neraka dengan rahmat Tuhan. Orang- orang yang Rasulullah lantik 
menjadi pemimpin ketika Baginda masih hidup adalah yang terbaik dalam 
pemerintahan dunia Islam. Ia terbukti apabila ¾ dunia berada dalam pemerintahan 
Islam ketika kepimpinan para Sahabat didikan Rasulullah. Yang jelas, kita tahu 
bagaimana orang-orang pilihan Rasulullah iaitu orang-orang yang bertaqwa, yang 
jelas cintanya dan takutnya kepada Tuhan.
  Bukankah orang-orang yang mempunyai ciri-ciri ini memang layak untuk 
memerintah? Maka sangat baik sekiranya pemerintah-pemerintah yang ada di dunia 
hari ini berjuang menjadi pemimpin sepertimana yang menjadi pilihan Rasulullah. 
Siapa agaknya di dalam pemikiran Rahman Palil tentang `orang pilihan 
Rasulullah’ sehingga maksud ayat ini
ditafsirkannya sebagai mahu mengguling kerajaan sedia ada? Bukankah itu satu 
ayat umum yang sangat positif jika difikir-fikirkan?
  AYAT KETIGA : Yang di Pertuan Agong sekarang Sultan Mizan (Tuanku Mizan 
Zainal Abidin) sebaik-baik Agong kerana bertanggungjawab kepada negara lebih 
daripada seorang Perdana Menteri.
  Sebenarnya ini  satu penghormatan dan kebanggaan rakyat kepada rajanya. 
Apabila
seorang raja lebih bertanggungjawab daripada seorang Perdana Menteri bermaksud 
Baginda boleh memimpin rakyat jelatanya termasuk pemimpin- pemimpinnya untuk 
menjadi lebih bertanggungjawab kepada negara.
  Perbandingan itu bagaikan tamsilan dan dibuat secara umum. Tidak 
mengkhususkan kepada mana-mana Perdana Menteri. Mengapa Rahman Palil 
menjadikannya sebagai melaga-lagakan Yang di Pertuan Agong dengan Perdana 
Menteri? Apa agenda Rahman Palil di sebalik tuduhan itu?
  Saya bimbang, bukan SMS itu yang memecah-belahkan orang ramai tetapi 
kenyataan Rahman Palil di dalam akhbar itu yang sangat negatif dan boleh 
melaga-lagakan kepimpinan negara!
  Begitu berani Rahman Palil  memberi respon negatif yang melibatkan Yang di 
Pertuan Agong dengan  Perdana Menteri. Kenyataannya boleh menimbulkan berbagai 
persepsi
negatif bukan terhadap pengikut al-Arqam tetapi terhadap kepimpinan negara kita 
sendiri. Moga-moga Rahman Palil dapat bertindak bijak dengan cukup wibawa 
selepas ini dalam menangani masalah negara.
  AYAT KELIMA : Mana ada Permaisuri (merujuk kepada Raja Permaisuri Agong, 
Tuanku Nur Zahirah) di dunia hari ini sanggup memakai tudung.
  Ini juga merupakan penghormatan rakyat kepada Permaisurinya kerana menjadi 
contoh kepada rakyat agar taat kepada perintah Tuhan untuk menutup aurat. 
Kesanggupannya untuk patuh dan taat kepada perintah Tuhannya menjadi dorongan 
kepada rakyat untuk turut sanggup menutup aurat dan menjaga peradaban wanita 
Islam.
  AYAT KEENAM : Untuk itu, sertailah gerakan gelombang kuning- kebangkitan 
Islam untuk mengembalikan orang ramai kepada Tuhan dengan melahirkan simbol 
kuning seperti baju, riben, selendang dan bendera kuning. “Inilah jalan 
keselamatan dunia dan akhirat”
  Menyemarakkan semangat kemerdekaan tidak salah. Menyemarakkan semangat bangsa 
tidak salah. Sama sekali menyemarakkan kebangkitan Islam tidak salah.
  Gerakan Gelombang Kuning untuk sama-sama memberi semangat tentang kesedaran 
dan keinsafan untuk mengembalikan orang ramai kepada Tuhan yang sudah dilupakan 
bukan sesuatu yang menentang syariat Tuhan.
  Bagaimana sesuatu perbuatan yang menyatu-padukan orang ramai untuk hidup 
berTuhan dianggap perbuatan penderhaka?
  Mengapa begitu drastik sekali Rahman Palil membuat tuduhan? Sedangkan setiap 
orang Islam yakin bahawa Islamlah jalan keselamatan dunia dan akhirat.
  AYAT TERAKHIR : Selamat tinggal demokrasi. Selamat datang kepada Raja yang 
dirahmati Tuhan.. Selamatkan negara yang hampir tergadai. Rakyat yang cintakan 
negara.
  Kita tahu demokrasi bukan kaedah Islam. Kita juga tahu itu didikan Yahudi. 
Rasulullah tidak mengajar kita memilih pemimpin melalui demokrasi. Kita mahu 
kembali kepada didikan dan ajaran Rasulullah. Apakah Rahman Palil merasakan ini 
juga salah?
Satu doa ikhlas kepada Raja semoga dirahmati Tuhan dan semoga dengan rahmat 
Tuhan juga, negara ini dapat diselamatkan daripada tergadai juga dianggap salah 
oleh Rahman Palil.
  Maka bagaimana lagi sepatutnya seorang rakyat membuktikan cintanya kepada 
Raja dan
negara selain dari bersungguh-sungguh mendoakannya kepada Tuhan?
  Prejudis sebenarnya satu penyakit yang sangat merbahaya. Buah daripada 
penyakit ego. Ia boleh menjadi racun perpaduan, memecah- belahkan dan mencetus 
permusuhan. Moga kita sama-sama berusaha membunuh penyakit itu dalam diri kita 
sehingga kita dapat menjadi insan berhati mulia, yang berbaik sangka dan saling 
maaf-memaafkan.
  Semoga rakyat Malaysia semakin bersungguh-sungguh membaiki diri sehingga 
turunnya rahmat Tuhan yang akan menyelamatkan diri, keluarga, bangsa dan negara 
kita seluruhnya. Amin.
   
   
   
  Salam & Best Regards :
  AmriWahab
  68000 Ampang
  Selangor
  Malaysia
  e mail to: [EMAIL PROTECTED]
                    [EMAIL PROTECTED]
                    [EMAIL PROTECTED]
   

  

                         

       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke