Salam.

Ha! Sebelum hang baca berita tu, hang baca cite ni dulu no. Dan hang jangan 
lupa klik kat link depa beri tu. Cek ambik cite ni kat Attack of the SKYM!

      KISAH CIK YAM DAN CIK PAH TENTANG ORANG NAIK LANGIT!                      
            Alkisahnya pada suatu hari duduk lah Cik Yam dan Cik Pah dibawah 
pokok asam gelugor sambil menjamu selera dengan jeruk mempelam.


Cik Yam: Cik Pah! Dengaq tak semalam Pak Lah habaq, Si Muszaphar anak Cik 
Shukor confirm akan pi naik langit! Jadi Angkasawan.


Cik Pah: Eleh! tu benda basi. Saya tau lagi awai.... Saya sebenarnya tau dari 
bulan Julai lagi. Tapi saja tak nak habaq. Takut nanti Pak Lah marah... Maklum 
lah suara saya ni satu Malaya boleh dengaq.


Cik Yam: (dengan muka nyampah) Yea lah. Dah suara 'tertelan microphone' memang 
lah satu Malaya boleh dengaq.

Cik Pah: Anak lelaki saya yang kerja degan NASA kat USA, yang kahwin dengan MAt 
Salleh, duduk kat rumah besar dan pakai kerta Mercedes bagitau kat saya pasal 
anak Cik Shukor ni lebih kurang 2 bulan sudah.

Cik Yam: Lah.....macam tu kah....Pasai apa tak bagitau seluar dalam apa anak 
Cik Pah pakai.

Cik Pah: Jeles lah tu....

Cik Yam: Tak pun (sambil mencemik bibir)

Cik Pah: Lepaih tu kan, anak saya cakap.... Dia pi naik lengit, bukan sebagai 
angkasawan.

Cik Yam: Abis tu....kalau bukan sebagai angkasawan, dia naik langit sebagai 
apa? Mat Cemerlang Gemilang Terbilang?

Cik Pah: Anak saya cakap, NASA cuma kategorikan budak tu sebagai Peserta 
Penerbangan Angkasa (Space Flight Participant).

Cik Yam: Peserta Penerbangan Antarabangsa tu macam mana? Macam peserta pameran 
LIMA ka?

Cik Pah: Anak pompuan yang jadi bini nombor 4 jutawan Arab cakap, budak ni NASA 
tak iktiraf sebagai angkasawan, tapi kategorikan dia sebagai Space Tourist!

Cik Yam: Space Tourist tu macam mana? Dia macam Spacebar ka?

Cik Pah: Kepala hotak hang! Space tourist tu macam pelancong angkasa lah.

Cik Yam: Ouih! La ni boleh pi melancong kat langit? Pi nak tengok apa? Bukannya 
ada orang pakai bikini pun.

Cik Pah: Pi tengok bulan bintang!

Cik Yam: Kalau nak tengok bulan bintang, kat belakang reban ayam saya pun boleh 
tengok, buat apa pi naik langit.

Cik Pah: Kalau pi naik atas, dia tak payah melangut tengok bulan bintang. Tak 
lah sakit tengkok! Bongok!

Cik Yam: Jadi selama ni kerajaan perabis duit berpuluh juta untuk hantar orang 
pi melancong lah?

Cik Pah: Tau tak pe.

Cik Yam: Tapi kan, Pak Lah cakap, dia pi naik langit untuk buat eksperimen. 

Cik Pah: Hek eleh! Space tourist yang pi sebelum ni pun buat eksperimen jugak 
tapi diorang tetap dipanggil Space Tourist.

Cik Yam: Pasai apa pulak?

Cik Pah: Sebab angkasawan yang betul, diorang akan dilatih kaw-kaw. Berapa 
tahun punya practice. Diorang ni pulak, carier diorang memang 'angkasawan'. 
Bukan jenis naik langit sekali, lepas tu pi jaga restoran.

Cik Yam: Macam mana Cik Pah tau carier diorang ni angkasawan?

Cik Pah: Anak pompuan saya yang satu lagi, yang jadi cukgu besar kat sekolah 
rendah di Amerika cakap....dia nampak dalam borang permohonan buku teks anak 
angkasawan ni, dia tulis 'astronaut' dalam kategori 'pekerjaan'.

Cik Yam: Kalau macam tu saya nak suruh anak saya belajar rajin-rajin supaya 
boleh jadi Space Flight Participant. Lepas tu kalau dia dapat pi naik 
langit....boleh ajak saya sekali..... (sambil termenung seketika) Eh! dia boleh 
ajak mak pak naik sekali kan?

Cik Pah: Kalau kapal angkasa tu hang punya.... hang nak bawak naik ayam serama 
kesayangan laki hang pun boleh.


*Gambar ini diambil pada 23 Julai 2007 semasa pre-flight press conference di 
Johnson Space Center. Jadi selama ni rakyat Malaysia kena tipu bulat-bulat 
kononnya kerajaan baru decide siapa yang akan naik ke langit.


      Kerajaan mesti terus terang benarkah wujud angkasawan Malaysia ?          
                                       Abdul Halim Mohd Rashid      
         Fri | Sep 28, 07 |  6:58:59 am MYT                        KUALA 
LUMPUR, 28 Sept (Hrkh) - Memandangkan perbelanjaan yang besar telah dikeluarkan 
dengan menggunakan wang rakyat, kerajaan perlu bertanggungjawab untuk berterus 
terang adakah benar Malaysia menghantar angkasawan? 

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


-->
Ketika media-media utama begitu heboh dengan apa yang didakwa sebagai 
angkasawan negara, semakin ramai yang mempersoalkan adakah Malaysia menghantar 
angkasawan atau pelancong angkasa?

 
Semalam, dalam laman web berita ini, seorang wartawan veteran, Ahmad Tajdid 
turut mempertikaikan perkara tersebut.

  
Sambil mengucapkan syabas kepada Dr Sheikh Muszaphar Shukor kerana menjadi 
rakyat Malaysia pertama ke angkasaraya, beliau mempertikaikan adakah apa yang 
dibanggakan itu merupakan projek angkasawan negara atau pelancongan angkasa?

 
Beliau bimbang "program angkasawan negara" akhirnya hanya menjadi modal politik 
pilihan raya dan tidak jauh bezanya dengan pelayaran solo kapal layar 
mengelilingi dunia.

 
Setakat yang dikesan, orang yang pertama mempersoalkan perkara itu ialah 
seorang blogger yang menamakan dirinya sebagai Aisehman.

 
Dalam postingnya yang bertajuk "Astro, Not!", beliau menyiarkan gambar yang 
dipetik dari laman web Nasa yang menyatakan secara jelas bahawa apa yang 
didakwa sebagai angkasawan Malaysia hanya disebut sebagai "spaceflight 
participant".

  
Peserta dari Malaysia itu tidak disebut sebagai angkasawan (astronaut atau 
cosmonaut) dalam gambar tersebut.

  
Menurut Wikipedia, spaceflight participant ialah gelaran yang diberikan oleh 
Nasa kepada pelancong angkasa.

  
Isnin lalu, majlis pengumuman "angka sawan pertama negara" yang disempurnakan 
oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

 
Bercakap pada sidang akhbar selepas majlis itu, Menteri Sains, Teknologi dan 
Inovasi, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis dilaporkan berkata, kerajaan bersedia 
meneruskan program penghantaran angkasawan negara ke angkasa lepas yang 
dianggarkan memakan belanja sebanyak RM103.2 bilion sekiranya rakyat mahu ia 
dilaksanakan.

 
Kapal angkasa yang akan membawa apa yang disebut sebagai angkasawan pertama 
negara ke ISS adalah Soyuz TMA-11 yang dipandu Yury Malenchenko dari Rusia dan 
jurutera penerbangan Amerika Syarikat, Peggy Whitson.

 
"Angkasawan negara" bakal berada di sana selama sembilan hari sebelum pulang ke 
bumi bersama angkasawan lain, yang kini telah pun berada di ISS.

 
Di ISS, "angkasawan negara" akan menjalani tiga eksperimen berkaitan sel barah, 
bakteria dan pengkristalan protein.

  
Penghantaran "angkasawan negara" merupakan program timbal-balas pembelian 18 
pesawat pejuang Sukhoi 


       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke