Dengan Izin...
Reailiti Kebebasan 'Selepas' Bersuara
 Posted on September 28, 2007 by adihamka     
             Saya teringat akan kata-kata hikmah Steven Gan, Ketua Editor 
Malaysiakini satu ketika dahulu:


 “There is a freedom of speech in Malaysia, but there is no freedom after 
speech!”


 Saya bersetuju dengan pendirian beliau ini. Di Malaysia, berbeza pendapat bisa 
saja menjadi satu kesilapan yang memungkinkan anda dipecat, dicemuh, difitnah, 
direndahkan martabat, mungkin juga dicabut nyawa!


 Membaca komen Zainudin Maidin di Bernama dan KLPos, mengukuhkan lagi pendirian 
saya. Sebaik sahaja Nazri Aziz memberi respon dangkal sebagaimana yang saya 
ulas dalam entri lepas, kini Zam muncul mencemuh Majlis Peguam supaya 
membersihkan majlis itu daripada unsur pengaruh politik agar ia menjadi sebuah 
pertubuhan yang profesional.


 Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin menyarankan anggota Majlis 
Peguam supaya membersihkan majlis itu daripada unsur pengaruh politik agar ia 
menjadi sebuah pertubuhan yang profesional.


 Beliau berkata majlis itu perlu bertindak secara profesional agar ia dihormati 
dan mereka tidak seharusnya membiarkan diri mereka dipergunakan untuk 
kepentingan politik orang tertentu.


 Katanya majlis itu tidak lagi profesional apabila mendesak kerajaan menubuhkan 
sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat klip video yang tidak sahih 
mengandungi perbualan telefon seorang peguam mengenai usahanya membantu 
pelantikan beberapa hakim pada 2002.


 Beliau berkata anggota Majlis Peguam sebaliknya harus mendesak supaya sebuah 
suruhanjaya siasatan diadakan bagi menyiasat tindak-tanduk pemimpin mereka yang 
tidak profesional.


 “Klip video itu adalah sesuatu yang tidak sahih kerana ia hanya memperlihat 
dan memperdengar seorang peguam berbual sahaja dan klip video itu dikutip dari 
blog internet,” kata beliau pada majlis berbuka puasa bersama Komuniti Bestari 
Kampung Hilir di Merbok malam tadi.


 Zainuddin berkata walaupun klip video itu tidak sahih, kerajaan begitu telus 
sanggup menyiasat dengan menubuhkan panel siasatan bebas dan Majlis Peguam 
harus berterima kasih dengan usaha kerajaan itu, bukannya mendesak untuk 
menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja pula.


 Beliau juga menegur media tertentu yang pada pendapatnya cuba memberi 
publisiti meluas mengenai isu klip video itu sedangkan ia harus bertindak atas 
fakta dan dasar profesional.


 Suka saya menanyakan beberapa soalan kepada Zam:
 (i) Apakah pendedahan Anwar Ibrahim itu adalah merupakan sesuatu yang bersifat 
politik semata-mata? apakah integriti kehakiman hanyalah sekadar sebuah agenda 
politik, bukan demi kepentingan kesaksamaan rakyat yang mengharapkan agar 
mereka sentiasa ditunjangi keadilan dan kebenaran sepanjang masa?


 (ii) Apakah gesaan Majlis Peguam untuk kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya 
DiRaja untuk menyiasat apa yang berlaku disebalik pendedahan video itu tidak 
profesional? apakah menyiasat tindakan peguam dan hakim yang mengatur kenaikan 
pangkat bukan sesuatu yang tidak profesional? apakah mengelak daripada 
menyiasat salah laku hakim dan pemimpin politik itu satu perkara yang 
profesional?


 (iii) Sejak bila video itu dikutip daripada internet? Bukankah video itu 
diserahkan kepada Anwar oleh seseorang yang merasa terpanggil mendedahkan 
salahlaku ini? Bukankah video ini hanya didedahkan selepas disebarkan kepada 
media? Media RTM sahaja yang mendiamkan pendedahan ini,bukankah begitu?


 Pada saya, sifir politik isu ini mudah.


 Kalau mendedahkan kepincangan itu dilihat agenda politik pembangkang, bukankah 
itu bermakna pembangkang memperjuangkan sesuatu yang betul untuk rakyat? Malah 
menjadi kewajipan kita untuk menyokong pembangkang! Mudah bukan sifirnya?


 Ini betul-betul mencemarkan kredibiliti mereka sebagai menteri. Seolah-olah 
mereka hanya terperangkap dalam kerangka pemikiran yang menyeronokkan mereka.


 Perangai tidak boleh menerima kritikan ini memang dangkal, tetapi wujud. 
Mereka membenarkan kebebasan bersuara, tetapi selepas bersuara, bersiap 
siagalah menerima ‘habuan’.


 Sewaktu Khalifah Umar Al-Khattab dilantik menjadi Khalifah menggantikan 
Saidina Abu Bakar As-Siddiq, beliau mengucapkan ucapan yang senada dengan 
Saidina Abu Bakar tatkala Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah.


 Sebaik sahaja Umar menghabiskan ucapan beliau, bangkit seorang hamba Allah 
berkata kepada Umar. “Ya Amirul Mukminin, usah kau khuatir menggalas amanah. 
Andai kau menyeleweng daripada amanah Allah ini, pedang ini yang akan 
menjatuhkanmu,” kata pemuda itu seraya mengangkat pedangnya menghala ke arah 
Umar.


 Tidak pula dikhabarkan dalam Sirah Khulafa yang empat ini, hamba Allah itu 
diseksa dan dicemuh oleh Umar kerana menghunus pedang ke arah Umar. Tidak pula 
didakwa hamba Allah itu atas dakwaan tidak profesional.


 Ini budaya kepimpinan Islam dan kepimpinan bestari. Menerima kritikan dan 
saranan selagimana ia membina.


 Bagi pembaca di luar sana, kalau mahu selamat, usah bersuara. Biar anda 
peguam, ahli akademik, pemegang 2 ijazah PhD, hatta anda sekadar penjual yong 
taufu di pasar malam, bersuara khususnya bercakap perkara yang membabitkan 
kepincangan pemerintah, bukan sesuatu yang dialu-alukan di sini.


 Sedangkan peguam yang bersuara dan mendesak perkara yang memang menjadi bidang 
mereka pun dicemuh tidak profesional, apatah lagi anda yang tidak ada kelayakan 
profesional.


 Bloggers dipanggil monyet, peguam dicemuh tidak profesional.


 Entah apa pula perkataan yang bakal dihambur kepada anda hanya kerana bersuara 
dan menyatakan pendapat anda!
 
********-*-*********


LadyMariah.org
Peguam Mahukan Ketelusan     September 28, 2007 at 5:19 am | In Suara Srikandi 
|  
           Minggu in telah mengejutkan rakyat Malaysia setelah Majlis Peguam 
Malaysia telah berarak sepanjang 8 kilometer bertujuan untuk mendesak kerajaan 
agar menyiasat apa yang terlindung sebalik kandungan video skandal CJGate yang 
didedahkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa minggu lepas.
 
 
 Maklumat lanjut boleh didapatkan dari blog Adihamka dan Soon Li Tsin manakala 
gambar yang sempat dirakamkan ketika perarakan berlangsung boleh didapati dari 
sini.

 
       
---------------------------------
Be a better Globetrotter. Get better travel answers from someone who knows.
Yahoo! Answers - Check it out.
       
---------------------------------
 Check out  the hottest 2008 models today at Yahoo! Autos.

Kirim email ke