Parlindungan Amran <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Assalamualaikum w w.

Saudara yahoo group,tolong perjelas bagi saya adakah Firman- ALLAH SWT,dan 
Sabda NABI MUHAMMAD SAW, tentang halalnya masakan bukan muslim kita makan, 
Zaman sekarang ini banyak kedai makan non- muslim mempamerkan tanda HALAL di 
premis2 mereka siap dengan sijil dari jabatan agama islam, dan kita sudah pasti 
tukang masak ini tidak akan memakai sarung tangan waktu memasak dan sudah pasti 
memakai peralatan yang sama untuk memasak makanan non halal,dan,,,,,, zaman 
kita sekarang bukan zaman darurat sehingga kita menghalalkan sesuatu yang 
terpaksa bagi kita. sekian.--------------------------------- 
 
 
Salamun'alaik..

Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli 
keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam 
di muka bumi ini. Merujuk kepada pertanyaan saudara marilah kita renungkan 
beberapa ayat dari Al-Quran:

"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi 
baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya 
Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu." (Al Baqarah:168)

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang 
halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu 
beriman. (Al Maidah: 88)

Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah 
dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan 
bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata. 
(An Nahl:114)

Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak 
disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian 
itu adalah perbuatan fasik (berdosa); dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu 
membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) 
kamu; dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), 
sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik. (Al An'aam:121)

Daripada ayat di atas apakah yang dimaksudkan Halalan Thoyyiba / Halal Lagi 
Baik..?

Halalan Thoyyiba / Halal Lagi Baik menjurus kepada persediaannya yang halal 
serta memenuhi adab-adab dan ciri-ciri sebagai umat Islam yang taat dan patuh 
kepada hukum syara'. Di sinilah ada kelebihan dan kekuatan kepada umat Islam 
dalam mentadbir atau menguruskan perihal yang dimaksudkan 'Halalan Thoyyiba/ 
Halal Lagi Baik'.

Ini kerana Umat Islam (yang berilmu/beriman/beramal mengikut hukum syara') 
menguasai sepenuhnya perihal ini kerana kita memahami istilah dan bezanya halal 
- haram serta memeliharanya atas dasar iman & taqwa kepada Allah Subhanahu 
Wata'ala. Sedangkan kaum kafirin hanya mengetahui istilah halal dan haram 
tetapi bagi mereka itu hanyalah satu prosedur untuk mendapatkan tarif dan sijil 
'halal' menjual produk mereka demi keuntungan semata-mata. Dan mereka akan 
lebih menjual logo dan sijil halal lebih daripada produk mereka sendiri.. 

Seperti ayat 121 surah Al An'aam menyatakan bahawa mereka (kaum kafirin) akan 
menghasut demi kepentingan mereka.
Usaha JAKIM dalam meletakkan garis panduan HALAL di bawah ISO 1500:2004 amat 
dihargai. Pun begitu ia cuma  salah satu daripada langkah menyediakan garis 
panduan produk halal. Dan sehingga hari ini kita masih mendapat khabar berita 
mengenai produk-produk yang melanggar batas halal tersebut selepas memiliki 
sijil halal.

Akibatnya kita sebagai pengguna diperdaya dan sering diperguna. Kita sebagai 
umat Islam wajib tidak ketinggalan ilmu mengenai perkembangan semasa dunia. 
Gunakan kuasa sebagai pengguna Islam agar hak kita terpelihara..

Ramadhan ini juga kebiasaannya orang kita rajin pergi berbuka di hotel, bar 
atau grill yangmana cuma pelayannya sahaja berwajah Melayu dan nama Melayu 
Islam akan tetapi tukang masak, tukang penyedia makanan di dapur adalah tukang 
karut semata yang kononnya makanan yang mereka sediakan adalah halal.

Bagaimana halnya jika apa yang mereka sediakan itu hanya halal pada fahaman 
mereka sahaja bukan menurut syara'? Contohnya, ayam atau daging dalam masakan 
telahpun disembelih menurut hukum syara' akan tetapi penyedia makanan tersebut, 
membela anjing dan menyentuhnya, juga memakan daging khinzir..

Tangan tersebut jugalah yang memegang, menggaul dan memasak bahan-bahan halal 
tersebut. Bagaimana pula jika bahan-bahan halal tersebut diletakkan di dalam 
satu peti ais? Di masak pula di dalam kuali atau periuk yang telahpun digunakan 
memasak bahan-bahan haram walaupun tidak bercampur secara langsung..?

Hari ini terbit produk keluaran Carlsberg yakni beer tanpa alkohol dan akan 
datang air mineral keluaran mereka. Sedangkan nyata pengurusannya memaklumkan 
bahawa ia dikeluarkan oleh kilang yang sama menghasilkan minuman beralkohol..

Bagaimana pula produk yang statusnya halal akan tetapi dengan secara langsung 
dan jelas memberi keuntungan kepada pembinaan berhala seperti tokong, kuil juga 
ada yang disalurkan kepada kuasa pengganas seperti Israel yang menggunakan 
keuntungan yang diperolehi dengan membunuh sewenang-wenangnya umat Islam dan 
meruntuhkan masjid-masjid di Palestine..? Inilah sewajibnya dijauhi..

Sabda Rasulullah Sallahu 'Alaihi Wasallam:
"Sesungguhnya yang Halal itu nyata, dan yang haram itu pun nyata, dan di antara 
kedua-duanya ada perkara-perkara yang kesamaran (syubhah), yang tidak diketahui 
oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala 
kesamaran (syubhah), sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan 
kehormatannya.." (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Jelas hadith di atas menyatakan ramai manusia yang mengetahui perkara yang 
syubhah ini. Termasuklah kita juga.. Apabila kita membuat keputusan untuk 
menjauhi diri dan meninggalkan perkara yang syubhah samada dalam keadaan tidak 
mengetahui atau was-was akan sesuatu perkara terebut, kita telahpun memelihara 
agama Islam dan kehormatan diri kita..

Syarikat-syarikat yang pernah memperdayakan hak kita sebagai pengguna Islam 
dengan menggunakan bahan-bahan haram dalam produk mereka sewajarnya tidak 
diberi kepercayaan lagi. Ini kerana mereka hanya mahukan keuntungan semata-mata 
bukan dalam memenuhi tanggungjawab menyediakan produk yang halal kepada umat 
Islam.

Sebab itu 'Halalan Thoyyiba / Halal Lagi Baik itu amat tinggi dan dalam 
maksudnya yang perlu kita teliti sebaik mungkin. Sebaiknya perkara-perkara yang 
syubhah dan yang mendatangkan was-was serta yang menghampiri haram itu 
sebaiknya dijauhi..

Jika datang sahaja rasa was-was akan sesuatu produk itu, maka tinggalkanlah ia. 
Itu lebih baik buat diri kita andai kita mengetahuinya..

Bagi kaum non-muslim, mereka mendapatkan logo halal kerana mahu pasarkan 
barangan mereka dan demi keuntungan semata. Tetapi kita umat Islam ada atau 
tidak logo halal itu, samada untuk meniaga, guna sendiri, atau jadi orang 
tengah, adalah tanggungjawab yang telah difardhukan ke atas kita untuk 
menyediakan barangan yang halal demi Allah swt, bukan demi keuntungan berniaga..



Sila rujuk;
  Islamic Manufacturing Practice (IMP) Amalan Pengilangan Islam .




**______________________________________________**

Demi Allah, Demi Rasul, Demi Islam Yang Tercinta..
Subhanallah Wallhamdulillah Wala Ilaha Illallah Allahu Akhbar..

**______________________________________________**


Terima Qaseh,
Wassalam..

Azri Al Aziz
[EMAIL PROTECTED]
 
Jemput serta jemaah kami di 
Ana - Mutiara Muamalah Ummah
 
Al Fatihah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.[1]
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan 
sekalian alam. [2]
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [3]
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). [4]
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami 
memohon pertolongan.[5]
Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus.[6]
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan 
(jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) 
orang-orang yang sesat. [7]
 
Al Baqarah (Ayat Kursi)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang 
Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). 
Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan 
yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan 
dengan izinNya.
Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang 
mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah 
melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan 
tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar 
(kekuasaanNya) [255]
 
Al Ikhlas
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; [1]
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; [2]
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; [3]
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".[4]
 
Al Falaaq
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang 
menciptakan sekalian makhluk, [1]
"Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; [2]
"Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; [3]
"Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada 
simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); [4]
"Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".[5]
 
 An Naas
 Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian 
manusia. [1]
"Yang Menguasai sekalian manusia, [2]
"Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, [3]
"Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, [4]
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, [5]
 "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia". [6]
 
Amin Ya Rabbal ‘Alamin..


       
____________________________________________________________________________________
Boardwalk for $500? In 2007? Ha! Play Monopoly Here and Now (it's updated for 
today's economy) at Yahoo! Games.
http://get.games.yahoo.com/proddesc?gamekey=monopolyherenow  

Kirim email ke