Pengundi hantu ditangkap, pengundian KK12 dibatalkan!                     
                             Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin      
         Wed | Oct 03, 07 | 10:49:39 am MYT                        KUALA 
LUMPUR, 3 Okt (Hrkh) - Proses pengundian di Kolej Kediaman ke-12 semalam kalut 
dan menimbulkan kegemparan apabila beberapa pengundi hantu dikesan sehingga 
pihak universiti terpaksa membuat keputusan bagi membatalkan pengundian di 
kolej berkenaan. 

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


-->
 Kejadian yang berlaku malam tadi dikatakan dikesan oleh beberapa pelajar yang 
berada di situ, apabila penuntut-penuntut program Asasi Sains dikesan cuba 
untuk membuang undi dengan menggunakan kad pengenalan.

 
 Harakahdaily dimaklumkan bahawa, para pelajar Asasi Sains tidak dibenarkan 
mengundi dalam pilihan raya kampus.

  
Menyedari senario tersebut, beberapa mahasiswa telah menangkap 'pengundi hantu' 
ini dan telah membawa ke pengetahuan Timbalan Naib Cancelor (HEP) yang 
kemudiannya telah merujuk kepada Naib Cancelor UM yang akhirnya telah memanggil 
mesyuarat senat di awal pagi lalu membuat keputusan dengan membatalkan 
pengundian yang dilakukan di Kolej Kediaman Ke-12.

 
Pihak universiti telah memutuskan untuk mengadakan semula pengundian di kolej 
tersebut pada hari Khamis (esok) pada jam 9 pagi hingga 3 petang.

 
 Ketika ini semua calon tidak dibenarkan menjalankan sebarang kempen, di 
samping  peraturan asas pilihan raya tetap diguna pakai.

 
 Harakahdaily difahamkan, setakat ini keputusan pengundian secara tidak rasmi 
telah diketahui dan pihak universiti kini hanya menunggu keputusan daripada 
Kolej Kediaman Ke-12.

 
Sementara itu, kejadian yang berlaku ini, telah menimbulkan kegemparan di Dewan 
Tunku Canselor (DTC) yang menjadi pusat penjumlahan pengundian.

 
 Sementara menunggu proses pengiraan dijalankan di Dewan Tunku Canselor (DTC)  
yang berakhir lewat jam 4 pagi, penyokong-penyokong kumpulan pro  mahasiswa dan 
Aspirasi mengadakan perhimpunan.

 
 Lebih 400 penyokong pro mahasiswa serta kumpulan Aspirasi bersorak serta  
melakukan aksi-aksi kebiasaan dilakukan dalam sebuah demonstrasi.

 
 "Mereka pun dah pandai bersorak dan mencipta slogan untuk demonstrasi,"  ujar 
seorang penyokong pro mahasiswa mengulas aksi penyokong Aspirasi  mahasiswa di 
pekarangan DTC pagi tadi.

 
 Sungguhpun begitu, keadaan tersebut masih berada dalam kawalan pihak  
keselamatan universiti dan ia berlangsung dalam suasana yang tenteram.

 
 Turut kelihatan beberapa 'mata-mata' yang ditugaskan untuk memantau  kegiatan 
tersebut untuk dilaporkan kepada pihak atasan mereka.  - mks.

Lihat ucapan Salam Perantau & Adilfitri dari pembaca Harakahdaily.Net dari 
seluruh dunia. Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, menderma dan bantulah mereka 
yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah di Akaun (Maybank) 
564070130442. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40213343.

       
---------------------------------
Shape Yahoo! in your own image.  Join our Network Research Panel today!
       
---------------------------------
Take the Internet to Go: Yahoo!Go puts the Internet in your pocket: mail, news, 
photos & more. 

Kirim email ke