Husam doa pembunuh Nurin ditangkap sebelum raya                           
                      Salmah Mat Husain      
         Thu | Oct 04, 07 |  4:09:30 pm MYT                        KOTA BHARU, 
4 Okt (Hrkh) -   Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berharap pembunuh Nurin 
Jazlin Jazimin, 8 dapat ditangkap sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. 

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


-->
"Saya berharap umat Islam turut berdoa sepanjang Ramadan ini agar pihak polis 
dapat menangkap pembunuh sebenar adik Nurin supaya keluarga mangsa dapat 
menyambut Aidilfitri dengan lebih tenang.

 
"Walau pun Nurin tidak akan kembali, namun sekurang-kurangnya dengan tertangkap 
pembunuh berkenaan, ibu bapa serta anggota keluarga mangsa akan lebih berpuas 
hati," katanya pada majlis berbuka puasa yang bertemakan Cahaya Ramadan Berkati 
Syawal bersama 90 anggota Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) di ruang 
legar KB Mall, di sini semalam.

 
 Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, 
Kewangan dan Pembangunan Masyarakat berkata, hampir setiap hari beliau berdoa 
supaya pembunuh adik Nurin dapat ditangkap.

 
 Pada majlis itu OKU yang hadir menerima sumbangan berupa hamper dan duit raya 
daripada KB Mall dan Pacific Hypermarket & Department Store serta Nestle.

 
Hadir sama Pengurus Jualan Nestle, Ganesan A, Pengurus Cawangan Pacific 
Hypermarket & Dept, Chong Kong Kok dan jawatankuasa YOKUK.

 
Program tahunan itu diadakan di ruang legar KB Mall turut mempersembahkan 
nyanyian lagu Aidilftiri oleh seorang anggota YOKUK, Syed Din Syed Ahmad.

 
Husam yang terpegun mendengar lagu-lagu bertemakan Hari Raya Aidilfitri 
menyampaikan sumbangan peribadinya kepada Syed Din sebanyak RM100. - mj 

Lihat ucapan Salam Perantau & Adilfitri dari pembaca Harakahdaily.Net dari 
seluruh dunia. Sempena Ramadhan Al-Mubarak ini, menderma dan bantulah mereka 
yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah di Akaun (Maybank) 
564070130442. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40213343.


       
---------------------------------
Luggage? GPS? Comic books? 
Check out fitting  gifts for grads at Yahoo! Search.
       
---------------------------------
Need a vacation? Get great deals to amazing places on Yahoo! Travel. 

Kirim email ke