Assalamualaikum,
 Berdasarkan pengalaman saya sbg guru pada masa kini memang banyak cabaran dan 
kadangkala cabaran itu mungkin akan memudaratkan guru itu sendiri. Akibatnya, 
guru kini sering berasa takut untuk mengambil sebarang tindakan terhadap anak 
murid. Bukan kerana takut kepada anak didik tetapi lebih cenderung kepada 
reaksi yg bakal diambil oleh ibubapa. Sebagai contoh, seorang rakan saya pernah 
disaman oleh ibubapa sebanyak RM400,000 kerana merotan anak didiknya dengan 
pembaris plastik 12cm dan seringkali mendenda anak didiknya kerana tidak 
menyiapkan kerja sekolah. Satu lagi contoh, juga di sekolah yg sama seorang 
rakan saya terpaksa memohon maaf kepada anak didiknya dihadapan ibubapa dan 
guru besar atas kesalahan menampar anak didiknya yg bersikap kurang ajar dan 
tidak menyiapkan kerja sekolah. Persoalannya adakah wajar seorang guru dipaksa 
memohon maaf sebegitu rupa terhadap anak muridnya? Akibat kejadian ini rakan 
saya tersebut mengalami kemurungan selama
 beberapa bulan. Tidak dinafikan tindakan guru menampar murid adalah salah 
mengikut akta perguruan tetapi.................
Sama-samalah kita fikirkan.
Wassalam

----- Mesej Asal ----
Daripada: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Dihantar: Sabtu, 20 Oktober, 2007 1:11:06
Subjek: Re: RE: Help Palestine [hidayahnet] Disiplin oh disiplin









  


    
            
Hukum untuk mengajar atau memberi pengajaran, itu hikmah dan bijak dari pihak 
guru. Tapi bila tuan/puan sebut DERA, itu memang tak elok dan tak betul. Dari 
pengalaman saya, pihak guru dan sekolah sangat amat sensitif dengan teguran 
atau pandangan ibu bapa. bagi mereka itu seolah complain yang amat. Dengar, 
nilai dan bertindak. memang ada ibu bapa yang suka complain, pantang guru salah 
sikit. tapi tak kurang ibu bapa yang memberi teguran supaya guru ambil tindakan 
pembetulan supaya cerita yang sama tak berulang. Sensitif bagus, tai kalau dah 
terlalu sesitif dan jadi negatif. Mungkin ke atas seorang guru itu dah ada 
banyak complain. Mesti ada sebabnya. Guru itu yang perlu berubah dan jemaah 
guru di sekolah tersebut perlu niali dan bantu cari penyelesaian. Kisah guru 
dengan murid dan ibu bapa tidak akan sunyi sampai kiamat. 
  Dalam menyelesaikan masalah, sentiasa berusaha mencari penyelesaian yang 
terbaik. Terbaik pada satu masa sudah tidak baik lagi pada masa
 akan datang.
  Salam.

[EMAIL PROTECTED] com, UNEXPECTED_DATA_ AFTER_ADDRESS@ .SYNTAX-ERROR. wrote:
      Inilah akibatnya kalau kita sebagai ibubapa menjadikan anak 
kita 'ANAKKU SAZALI'. Saya sentiasa menyokong para guru dan sumbangan 
mereka kepada masyarakat dan negara. Para ibu bapa perlu ingat bahawa 
kita tidak dapat mengawasi tindak tanduk anak2 kita sepanjang masa. 
Kalau kita tidak mempercayai guru yang mendidik anak2 kita, adalah 
lebih baik kita didik sendiri anak kita sampai ke tahap mana yang kita 
suka. Daripada pengamatan
 saya, masalah disiplin anak2 di sekolah 
kebanyakannya adalah berpunca daripada didikan kita dirumah seawal anak 
kita baru mengenal dunia. Kita yang mencorakkan mereka. Tugas guru 
hanya bermula bila kita menghantar anak kita ke sekolah.

Saya hanya seorang bapa yang mungkin serba kekurangan baik dari segi 
pendidikan akademik, pengetahuan agama apalagi harta benda. Kita juga 
pernah jadi pelajar seharusnya kita tahu bagaimana tingkah laku kita 
disekolah dahulu. Jadikanlah pengalaman kita semasa bersekolah sebagai 
panduan kita untuk membentuk anak2 kita. Saya mungkin bukan seorang 
bapa yang hebat atau baik sangat tapi saya suka menjadi pemerhati. 

Kalau zaman saya bersekolah dahulu, anak2 yang kena rotan di sekolah 
(ada sebablah tu) takut nak cakap kat ibubapa di rumah sebab ibubapa 
akan rotan anak tu balik. KENAPA? Kerana bapa zaman tu, percaya bila 
anak kena rotan disekolah, memang budak tu sah NAKAL. Tapi kalau zaman
 
ni, mak bapa sampai nak saman guru, surat khabar buat liputan besar-
besaran. Kita nak salahkan siapa kalau anak kita 'KURANG BERDISIPLIN' .

Minta maaflah kepada sesiapa yang tak suka apa yang saya kata ini hanya 
pendapat saya dan pengalaman saya. Kepada para GURU terima-kasih kerana 
tanpa GURU sayapun tak pandai nak buka komputer ni apa lagi naik taip 
huruf yang macam2 ini.

Bukalah minda kita, filem2 Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih relevan 
untuk kita zaman ini, ambillah sedikit pengajaran, Insyaallah.

----- Original Message -----
From: "Mohd Izuan Ismail" 
Date: Wednesday, August 22, 2007 9:35 am
Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Disiplin oh disiplin

> Salam...
> 
> ana rasa saya ni pun berada dlm kategori makhluk asing. Tapi dalam 
> tubuh ana
> ada jugak la darah guru yg mengalir ni...
> 
> ana faham yg budak-budak sekarang perangai tak macam kita
 dulu-
> dulu. Dulu
> kita takut gile kalo berdepan dgn guru yg terkenal kerana 
> kegarangannya dan
> lebih2 lagi guru disiplin yg tak pernah lekang rotan dari 
> tangannya. Ya, itu
> semua dah jadi sejarah.
> 
> Byk kawan2 ana yg bergelar 'guru' bgtau banyak mak bapak yg selalu 
> report kt
> pihak yg berkuasa pasal guru suka "mendera" anak depa disebabkan 
> depa tak
> dapat menerima "perangai" sebenar anak mereka disekolah. Depa akan 
> salahkanguru. Apa yg Cikgu Nazri tulis kt bawah tu mmg reality. 
> Mak bapak akan
> serang sekolah kalo cikgu jentik telinga anak2 mereka tapi depa 
> tak kisah
> kalo anak depa tak reti sembahyang, tak reti baca quran, tak buat 
> kerjarumah, main video game kt rumah berjam-jam, main internet dan 
> mcm2 lagi
> (harap anda semua tolong sambung kan...) dan mereka percaya 100% 
> kata2 anak
> mereka yg
 berkelakuan "baik" di depan mak bapak. 
> 
> Kat sekolah hanya Allah saja yg tahu. Pelajar bermasalah datangnya 
> darikeluarga yg bermasalah kan! Ana teringin nak mintak pihak 
> sekolah pasang
> kamera litar tertutup (CCTV) dalam sesatu kelas, rakamkan dan 
> panggil mak
> bapak depa mai tonton rakaman kelakuan anak mereka yg disayangi. 
> Tak perlu
> kt semua kelas, tapi utk kelas2 yg selalu kasi masalah je. ana 
> paham KOS nya
> agak tinggi & tak tau praktikal ke tidak. Yela, lg sekali ana ni 
> alien,pandai bagi cadagan je... tapi ana ni alien yg "terbakar" 
> bila kt media
> massa report pasal guru dera pelajar, dan ana tahu, guru mana yg 
> nak mendera
> pelajar... pelajar tu yg buat pasal or kata org utara "KETEGAQ"...
> 
> Utk Nazri & guru2 semua, teruskanlah jadi lilin yg membakar diri utk
> menerangi org lain. Kesabaran anda meninggikan
 makam anda disisi 
> Allah.
> W'salam.
> 
> -----Original Message-----
> From: [EMAIL PROTECTED] ups.com 
> [mailto:[EMAIL PROTECTED] ups.com] On
> Behalf Of wakafan
> Sent: Tuesday, August 21, 2007 3:03 PM
> To: Ikhwanul Muslimun
> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Disiplin oh disiplin
> 
> Sebagai seorang guru disiplin merangkap guru agama,
> sudah banyak kali saya bersabar dan terus bersabar
> untuk tidak memberi komen apa-apa terhadap pelbagai
> keratan berita yang dikerat-dikerat dari suratkhabar
> (kalau ditampal di papan kenyataan bilik disiplin
> sekolah memang tak muat dah) dan juga yang didengar
> dan dilihat dari televisyen. Sebenarnya, saya tak ada
> masa pun nak beri komen. Orang yang suka komen sikit
> atau banyak di luar sana
 tu sebenarnya dia hanya
> pandai komen sahaja lah. Kiranya, memberikan komen
> tentang masalah disiplin lebih banyak dari membuat
> kerja untuk mengatasi masalah disiplin. Tidak macam
> saya dan guru-guru yang sewaktu dengan saya yang
> memang setiap hari memerah otak dan keringat
> berhadapan dengan pelbagai kerenah dan ragam anak
> orang. 
> 
> Memang sudah setiap hari keluar berita pasal disiplin
> guru dan murid. Saya dah kata dah dulu sempena Hari
> Guru dulu, media massa akan terus mensensasikan berita
> disiplin guru khasnya selepas berakhirnya sambutan
> Hari Guru dulu. Seminggu sebelum dan seminggu selepas
> sambutan Hari Guru, semua orang kata yang baik-baik
> sahaja untuk guru. Tetapi, selepas itu, segala ucapan
> yang baik-baik itu 'berkubur' dan akan 'bangkit hidup'
> semula tahun depan pada sambutan Hari Guru yang
> seterusnya.
> 
> Pelbagai
 perasaan yang muncul dalam diri saya ketika
> membaca pelbagai berita, SMS, surat pembaca, artikel
> dan komen tentang masalah disiplin sama ada guru atau
> murid. Apabila masalah disiplin itu berpunca daripada
> seorang guru, tetiba muncul macam-macam orang yang
> memang betul cerdik pandai dan orang yang entah dari
> planet mana entah pun nak cuba-cuba nak bagi tahu
> kepada seluruh penduduk bumi ini bahawa memang dia
> seorang yang bijak pandai dalam dunia perguruan, dunia
> persekolahan dan dunia pendidikan ini. Jika masalah
> disiplin itu berpunca daripada seorang murid, hal yang
> sama juga berlaku.
> 
> Dalam kemeriahan permasalahan disiplin guru dan murid
> muncul di dada-dada akhbar, saya berjaya juga
> mengadakan mesyuarat Badan Disiplin dan Pengawas untuk
> penggal kedua ini. Sukar hendak mencari tarikh yang
> sesuai untuk mengadakan mesyuarat kerana
 terlalu
> banyak mesyuarat, program dan aktiviti sekolah yang
> berebutkan tarikh yang sama. Betapa sibuknya cikgu
> membuat amal jariah demi masa depan anak orang. Sampai
> tak cukup kaki dan tangan. Kalau tidak diuruskan dan
> ditangani dengan bijaksana, memang boleh jadi pening
> kepala cikgu dibuatnya. Itu sebab setengah cikgu tak
> sampai hati dan tak sengaja 'terdera' anak orang.
> 
> Percayalah wahai penduduk bumi ini, bahawa tiada guru
> yang ingin mendera anak orang. Mereka hanya mendenda
> sahaja anak orang, bukan mendera. Jangan samakan
> mendera dan mendenda. Kalau ada anak orang memang
> disahkan dan diluluskan oleh pihak berkuasa sebagai
> suatu bentuk deraan, maka ianya dilakukan dengan tidak
> sengaja, tidak sampai hati dan tidak sedar diri. Tiada
> guru yang mampu menggunakan tangan dan kakinya untuk
> mendera dalam keadaan mentalnya waras. Jadi,
 wahai
> penduduk bumi ini, maafkanlah guru jenis ini. Dia
> tidak 'bersalah'. Dalam hal ini, saya memang kena jadi
> 'peguambela' rakan-rakan guru.
> 
> Memang betul tajuk tulisan saya sempena Hari Guru
> dulu, HANYA GURU YANG KENAL GURU.
> 
> Saya hanya membela ketidaksengajaan dan
> ketidaksampaian hati mereka 'mendera' anak orang.
> Hukuman tetap perlu dijatuhkan kepada mereka yang
> bersalah walaupun dengan tidak sengaja. Tetapi, saya
> membangkang sepenuhnya hukuman, tuduhan, cacian,
> makian yang dijatuhkan dan dilemparkan terhadap
> rakan-rakan guru yang hanya mendenda sahaja anak
> orang. Kena rotan sikit dihukum. Kena cubit sikit
> diambil tindakan. Kena tengking sikit disaman. Kena
> suruh cuci tandas masuk suratkhabar. Apa nak jadi
> dengan penduduk bumi ini tak tahu lah saya.
> 
> Saya hanya mampu mengeluh dan menggelengkan kepala
>
 tanda 'selemah-lemah iman' ketika dapat tahu semasa
> Kursus Pengurusan Disiplin dulu tentang pelbagai
> pantang larang yang tidak boleh dilakukan oleh seorang
> guru terhadap muridnya. Bayangkanlah, jelingan tajam
> pun boleh kena tindakan tatatertib. Bukan sahaja guru,
> bahkan guru disiplin zaman sekarang macam saya ni pun
> tak boleh nak buat macam-macam yang boleh dilakukan
> oleh tok-tok guru saya yang mendisiplinkan diri saya
> ketika sekolah dulu sampai saya berjaya menjadi
> seorang guru yang sangat berdisiplin (ehem..ehem) .
> 
> Hanya Guru Besar sahaja yang boleh merotan murid. Guru
> disiplin tidak boleh merotan selagi guru besar tidak
> menurunkan kuasa merotan kepadanya. Percaya atau
> tidak, semenjak saya dilantik sebagai guru disiplin,
> saya tidak pernah pegang rotan. Apa tidaknya, rotan
> pun dah tak wujud di sekolah! Kalau anda nak ketawa,
>
 silakanlah, saya pun sedang ketawa sambil menaip ni.
> 
> Lagi satu hal, saya pun tak faham kenapa ramai sangat
> nak sibuk perdebatkan sama ada merotan ni patut ke tak
> wujud di sekolah. Alahai orang kita, bukankah kita
> semua dah setuju bahawa merotan ini adalah sebagai
> jalan terakhir seorang guru hendak mendenda seorang
> murid yang degil lagi tak dengar kata. Bahkan, kita
> semua dah sepakat secara ijmak bahawa merotan yang
> berbentuk denda ini tidak sampai mencederakan murid.
> Kalau dah sampai mencederakan murid, itu bukan denda
> lagi, itu dah jadi kes dera! Kalau dah kena rotan
> mestilah rasa sakit. Yang paling kelakar tu ada
> pendapat dari makhluk asing planet mana ntah
> mensyaratkan merotan jangan sampai sakit. Itu makhluk
> asing yang ada gelaran Dato' yang ada PhD lagi tu
> (watak ini hanya rekaan semata-mata) . Mari kita ketawa
> sama-sama
 lagi.
> 
> Saya ingatkan sekali lagi, bahawa guru TERPAKSA,
> YA..TERPAKSA merotan kerana budak tu dah DEGIL SANGAT,
> MELAWAN CAKAP, KURANG AJAR, BIADAP (sila baca pelbagai
> ucapan luahan perasaan SMS guru-guru di akhbar-akhbar
> tentang maksud ini, banyak lagi contoh kebiadapan
> murid yang luar biasa dan melampau yang malu untuk
> saya tulis di sini) terhadap nasihat guru yang tidak
> pernah kenal penat dan jemu mengajar dan mendidiknya
> seharian. Tidak ada guru yang akan merotan anak orang
> yang dengar cakap, yang rajin belajar, yang hormat
> kepada guru. Yang ini pun kita semua memang dah faham,
> tak perlu nak diperdebatkan.
> 
> Jadi, saya rasa saya sudah menjawab dan memberi komen
> terhadap 3 isu utama yang banyak diperdebatkan iaitu
> kuasa guru, dendaan bukan deraan dan hukuman rotan.
> Memang agak melegakan apabila pihak tertentu mula
> hendak
 menyemak semula beberapa perkara yang berkaitan
> dengan disiplin dan bidangkuasa guru dalam menghukum.
> Tunggu dan lihat sahaja lah apa hasilnya terhadap guru
> dan murid kita nanti.
> 
> Kepada para ibu bapa yang memang bertanggungjawab
> terhadap pendidikan anak-anak mereka di rumah, kami
> guru-guru yang menerima amanah di sekolah mengucapkan
> jutaan terima kasih kerana memahami kami. Kalau anda
> berasa pening kepala untuk menguruskan tingkah laku
> dua orang anak anda di rumah, maka tidak perlu hairan
> bahawa setiap orang dari kami terasa hendak migrain
> untuk menguruskan ratusan dan ribuan jenis tingkah
> laku anak-anak anda di sekolah.
> 
> Percayalah, kalau anda berikan kami sebatang rotan
> untuk mengajar dan mendidik anak anda, kami akan
> campakkan dan buangkan semula rotan itu ke dalam tong
> sampah. Kami tidak akan fikir dulu sebelum buang.
>
 Bukankah ianya lebih baik dari terpaksa campak dan
> buang murid dari sekolah?
> 
> Nazri,
> www.mendidik. blogspot. com
> 
> 
> 
> 
____________ _________ _________ _________ _________ _________ _
____
> ________
> Fussy? Opinionated? Impossible to please? Perfect. Join Yahoo!'s 
> user panel
> and lay it on us.
> http://surveylink. yahoo.com/ gmrs/yahoo_ panel_invite. asp?a=7 
> 
> 
> 
> Free download [Internet Explorer/Firefox] :
> Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
> http://hidayahnet. ourtoolbar. com
> 
> ------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
> -------
> **Boycott Israel**Support
 Palestine** 
> 
> All views expressed herein belong to the individuals concerned and 
> do not in
> any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
> approved otherwise. 
> 
> If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish 
> to get a
> daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogro ups.com 
> to change
> your mail delivery settings or email the moderators at
> hidayahnet-owner@ yahoogroups. com with the title "change to daily 
> digest". 
> 
> ------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
> -------
> 
> Affiliates:
> Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices
> http://groups. yahoo.com/ group/islamic_ board/
> 
> iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim 
> http://groups. yahoo.com/ group/iperintis/
> 
> Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] 
> http://hidayahnet. ourtoolbar. com
> 
> Recommended sites:
> Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim. org.my
> Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim. org.my
> Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah .com
> Palestinkini Info : http://www.palestin kini.info
> Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera .org
> Fiqh Siber : http://al-ahkam. net/
> The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb. com
> Hidayahnet website : http://hidayahnet. multiply. com/ 
> Yahoo! Groups Links
> 
> 
> 
> 
> 



 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger .yahoo.com 

    
  

    
    




<!--

#ygrp-mkp{
border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:14px 0px;padding:0px 14px;}
#ygrp-mkp hr{
border:1px solid #d8d8d8;}
#ygrp-mkp #hd{
color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:bold;line-height:122%;margin:10px 0px;}
#ygrp-mkp #ads{
margin-bottom:10px;}
#ygrp-mkp .ad{
padding:0 0;}
#ygrp-mkp .ad a{
color:#0000ff;text-decoration:none;}
-->



<!--

#ygrp-sponsor #ygrp-lc{
font-family:Arial;}
#ygrp-sponsor #ygrp-lc #hd{
margin:10px 0px;font-weight:bold;font-size:78%;line-height:122%;}
#ygrp-sponsor #ygrp-lc .ad{
margin-bottom:10px;padding:0 0;}
-->



<!--

#ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:arial, helvetica, clean, sans-serif;}
#ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}
#ygrp-mlmsg select, input, textarea {font:99% arial, helvetica, clean, 
sans-serif;}
#ygrp-mlmsg pre, code {font:115% monospace;}
#ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}
#ygrp-text{
font-family:Georgia;
}
#ygrp-text p{
margin:0 0 1em 0;}
#ygrp-tpmsgs{
font-family:Arial;
clear:both;}
#ygrp-vitnav{
padding-top:10px;font-family:Verdana;font-size:77%;margin:0;}
#ygrp-vitnav a{
padding:0 1px;}
#ygrp-actbar{
clear:both;margin:25px 0;white-space:nowrap;color:#666;text-align:right;}
#ygrp-actbar .left{
float:left;white-space:nowrap;}
.bld{font-weight:bold;}
#ygrp-grft{
font-family:Verdana;font-size:77%;padding:15px 0;}
#ygrp-ft{
font-family:verdana;font-size:77%;border-top:1px solid #666;
padding:5px 0;
}
#ygrp-mlmsg #logo{
padding-bottom:10px;}

#ygrp-vital{
background-color:#e0ecee;margin-bottom:20px;padding:2px 0 8px 8px;}
#ygrp-vital #vithd{
font-size:77%;font-family:Verdana;font-weight:bold;color:#333;text-transform:uppercase;}
#ygrp-vital ul{
padding:0;margin:2px 0;}
#ygrp-vital ul li{
list-style-type:none;clear:both;border:1px solid #e0ecee;
}
#ygrp-vital ul li .ct{
font-weight:bold;color:#ff7900;float:right;width:2em;text-align:right;padding-right:.5em;}
#ygrp-vital ul li .cat{
font-weight:bold;}
#ygrp-vital a{
text-decoration:none;}

#ygrp-vital a:hover{
text-decoration:underline;}

#ygrp-sponsor #hd{
color:#999;font-size:77%;}
#ygrp-sponsor #ov{
padding:6px 13px;background-color:#e0ecee;margin-bottom:20px;}
#ygrp-sponsor #ov ul{
padding:0 0 0 8px;margin:0;}
#ygrp-sponsor #ov li{
list-style-type:square;padding:6px 0;font-size:77%;}
#ygrp-sponsor #ov li a{
text-decoration:none;font-size:130%;}
#ygrp-sponsor #nc{
background-color:#eee;margin-bottom:20px;padding:0 8px;}
#ygrp-sponsor .ad{
padding:8px 0;}
#ygrp-sponsor .ad #hd1{
font-family:Arial;font-weight:bold;color:#628c2a;font-size:100%;line-height:122%;}
#ygrp-sponsor .ad a{
text-decoration:none;}
#ygrp-sponsor .ad a:hover{
text-decoration:underline;}
#ygrp-sponsor .ad p{
margin:0;}
o{font-size:0;}
.MsoNormal{
margin:0 0 0 0;}
#ygrp-text tt{
font-size:120%;}
blockquote{margin:0 0 0 4px;}
.replbq{margin:4;}
-->








      
________________________________________________________ 
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik 
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke