http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp
   
  tlg semak, dimana anda. semalam saya jumpa yg datanya tiada..
  jgn sampai masa dikaunter pilihanraya anda berkata "duluuuu saya ngundi 
disini..tapi sekarang tak ada...macam mana niii"
   
  kalau tiada, then re register di pejabat pos.
   
  ---- --- 

          Semakan daftar pemilih tambahan dipamer esok
22-10-2007 06:45:14 PM

  KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempamerkan Rang Daftar 
Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Ketiga 2007 mulai esok hingga 29 Oktober di 
866 lokasi di seluruh negara.
  

  SPR dalam kenyataannya hari ini berkata warganegara Malaysia yang baru 
memohon menjadi pemilih atau memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi 
dinasihat menyemak daftar pemilih itu.
  

  Mereka yang nama tidak tersenarai dalam daftar pemilih boleh membuat tuntutan 
dengan menggunakan Borang B manakala bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana 
orang di dalam daftar pemilih itu boleh dibuat dengan mengisi Borang C.
  

  Kedua-dua borang itu perlu diserahkan kepada Pendaftar iaitu pengarah 
pilihanraya negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh Rang 
itu dipamerkan.
  

  SPR juga akan mempamerkan nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar 
pemilih kerana meninggal dunia, lucut hak warganegara, bersara dari angkatan 
tentera atau polis yang bermakna mereka telah hilang kelayakan sebagai pemilih 
pos dan sebagainya.
  

  SPR turut memohon kerjasama waris untuk menghantar salinan sijil kematian 
atau permit mengubur wariswaris mereka yang telah meninggal dunia bagi 
memudahkannya membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama pemilih 
berdaftar yang telah meninggal dunia.
  

  Waris boleh menghantar salinan itu melalui pos ke alamat Aras 5, Blok C7, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62690 Putrajaya atau fax ke 0388889113 
atau 0388889117.
  

  Jika ada kesilapan, pemilih boleh menghantar pembetulan ke alamat emel [EMAIL 
PROTECTED] atau menulis surat ke mana-mana pejabat pilihan raya negeri atau Ibu 
Pejabat SPR, Putrajaya.
  

  Pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin juga 
digalakkan membuat pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka 
mengundi di pusat mengundi yang lebih dekat dengan tempat kediaman 
masing-masing.
  

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat SPR di 
talian 0388856500 atau layari laman web SPR di www.spr.gov.my. BERNAMA

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com   

                         


 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Reply via email to