chegubard chegubard <[EMAIL PROTECTED]> wrote:


10 November pemulaan lakaran baru....                                           
    Anwar Ibrahim, TG Nik Aziz, TG A.Hadi Awang, L.Kit Siang, Syed Shahir 
(MTUC), Ezam (GERAK) dan beratus lagi pemimpin politik, NGO dan Kesatuan 
sekerja telah menyatakan kesediaan untuk hadir bersama dalam perhimpunan BERSIH 
10 November 2007 3 petang Dataran Merdeka. Jelas seperti tiada apa lagi yang 
mampu menidakkan hujah bahawa perhimpunan tersebut akan menjadi perhimpunan 
rakyat terbesar dan paling merah serta aman.

 
Kesungguhan Jawatankuasa Induk Bersih serta disokong oleh Jawatankuasa - 
Jawatankuasa kecil khususnya Jawatankuasa teknikal mobilisasi dan pelaksanaan 
perhimpunan yang telah memergiatkan perjumpaan untuk menyusun atur program akan 
meletakkan perhimpunan terbesar dan aman serta meriah ini paling tersusun yang 
pernah diadakan. Pembentukan 'marshal, unit sukarelawan keselamatan' yang 
menjangkau ratusan juga menyakinkan bahawa perhimpunan ini akan berjalan aman 
malah antara mereka telah terlatih untuk memantau kewujudan unsur provokasi.



Perhimpunan terbesar rakyat yang datang dari seluruh negara ini akan berhimpun 
di Dataran Merdeka dan kemudian berarak ke Istana Negara bakal mengimbau 
sejarah hubungan rakyat dan Raja Melayu...mengimbau sejarah kebangkitan rakyat 
menentang Malayan Union. Ketika itu rakyat bangkit mendaulatkan Raja yang 
tercalar maruah hampir hilang kuasa diperlakukan agen penjajah Sir Harold 
MacMichael. Rakyat sanggup berdepan halangan, ugutan dan ancaman bangkit 
sehingga rancangan Malayan Union terpaksa dibatalkan.



Kali ini senario hampir sama 10 November bakal menjadi permulaan lakaran 
sejarah baru. Hubungan Raja dan rakyat ; isunya Rakyat tertekan dengan amalan 
korupsi pemimpin politik pemerintah, kelemahan pimpinan, harga barang naik, kos 
hidup naik, tol naik, cukai naik.... semua ini berlaku kerana rakyat gagal 
memilih peminpin mereka sendiri kerana amalan demokrasi hampir mati. 
Pilihanraya tidak bersih dan adil...pemerintah politik tidak takutkan rakyat 
kerana mereka pasti akan menang kerana Pilihanraya umpama papan catur yang 
boleh di atur mereka.



Rakyat hidup derita bekerja membanting tulang...bangun pagi pulang lewat.. 
tetapi sesetengahnya hidup selesa bukan kerana berusaha tetapi kerana hubungan 
baik dengan pemimpin politik terus mewah dan kaya kaut keuntungan negara...kita 
putih mata...



Regim pemerintah mengusai media terus memperdaya kita.... kononya negara ini 
mewah dan berjaya tetapi hakikat fikirkanlah sendiri.... pembaziran projek 
mega..rasuah.. apa makna menghantar angkasawan ke angkasa dengan membayar 
berjuta juta wang pembayar cukai tetapi masih ada pelajar terhimpit kerana 
kewangan yang sempit...apakah itu perkiraan bijak membangunkan modal insan... 
Bangkit anak muda semua!



Rakyat baik di bandar dan desa yang selama ini terhimpit dengan perbagai 
masalah ...keluh kesah kita tidak pernah mereka dengar... Ayuh... atas nama 
rakyat.... atas nama SELAMATKAN MALAYSIA ! kita berhimpun pada 10 November 2007 
3 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Peranan para aktivis khususnya anak muda jangan rehat kita hanya ada beberapa 
hari menjelang permulaan baru lakaran sejarah negara.... kita diambang 
kemerdekaan kedua negara...kemerdekaan RAKYAT!....

 

Apa yang boleh anda lakukan sebelum perhimpunan : 

   cetak risalah, poster, artikel berkaitan perhimpunan dari sumber internet 
sebarkan di surau, masjid pasar malam...(kalau segan malam sebelum tidur 
masukkan secara senyap dalam pos box jiran tetangga)

   spray masej perhimpunan dengan warna kuning di dinding atau jalan tempat 
laluan orang ramai

   forward email sebanyak mungkin ke teman dan kenalan...fwd sms... dan gunakan 
mesin fax fax risalah atau apa sahaja berkaitan ke nombor fax dalam simpanan....

   pakai baju kuning ke tempat kerja atau ke mana sahaja... ikat riben kuning 
di antena kereta... 

Berapa ramai akan datang ? Soalan yang tidak mampu terjawab... mood semaki 
nmemuncak mungkin 10,000 ..mungkin 100,000 atau mungkin sejuta... panduan 
kepada semua...

   batalkan semua pertemuan..jika ada yang buat temujanji ajak mereka ke 
dataran merdeka hari tersebut. Ceramah atau rapat politik pada 10 Nov. perlu 
dibatalkan.... !!!

   dinasihatkan datang dengan kenderaan awam atau berkongsi kenderaan....jika 
datang dengan kenderaan persendirian sila parking kenderaan di stesen LRT atau 
monorail di luar pusat bandar..seperti di KL Central dan seumpamanya... guna 
LRT berhenti di Stesen Masjit Jamek, guna Komuter (KTM) berhenti di Stesen KL 
atau Bank Negara....

untuk arahan lanjut rujuk blog http://chegubard.blogspot.com ini atau 
http://bersih.org



                          Siasatan pegawai JPM ke atas Ali Rustam ; satu lagi 
salahguna kuasa UMNO                                              Rabu lalu, 
akhbar the Sun melaporkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi 
telah mengarah para pegawainya supaya menyiasat ucapan Mohd Ali itu sewaktu 
merasmikan konvensyen PPP Melaka pada 15 Oktober lalu.

 


Berita berkaitan kemudianya turut disiarkan oleh beberapa media yang menyebut 
mengenai Pegawai Jabatan Perdana Menteri (JPM) dibawah arahan Perdana Menteri 
yang juga Presiden UMNO telah bertemu dengan beberapa individu tertentu untuk 
menyiasat perkara tersebut.

 



Ini jelas salahguna kuasa, bagaimana mungkin pegawai kerajaan yang dibayar gaji 
menggunakan wang cukai dan hasil negara (baca;Rakyat) dipergunakan untuk 
menyiasat krisis dalaman parti politik. UMNO, PPP mahupun BN ialah parti 
politik yang seharusnya terpisah dari Kerajaan. Kita bukan negara komunis satu 
parti yang tidak memisahkan kerajaan dan parti 'komunis' memerintah. 



Sama ada Abdullah secara sedar menyalah gunakan kuasanya atau dia sendiri tidak 
memahami sistem bagaimana negara ini harus dikendalikan. Tindakan salahguna 
kuasa ini seharusnya dikecam dalam keadaan pentadbiran Abdullah yang lemah dan 
rakyat semakin terhimpin seharusnya Abdullah menggunakan seluruh guna tenaga 
pegawai dibawahnya untuk memperbaiki pentadbiranya dan mencari jalan 
menyelesaikan masalah yang terkait terus dengan rakyat terbanyak, bukan 
membuang masa menyelesaikan masalah dalaman parti politik.





Selain membazirkan guna tenaga pegawai tersebut, siasatan tersebut juga 
melibatkan elaun tambahan.



Lebih jauh lagi hasil siasatan pasukan pegawai JPM yang secara salahguna kuasa 
diarahkan oleh Abdullah itu tidak mampu mengubah berbuat apa - apa. Ini semua 
terjadi kerana kelemahan Abdullah dan pemimpin di bawah beliau bertindak 
sendirian kerana mula hilang rasa hormat terhadapnya yang dilihat sebagai 
presiden Umno paling lemah dalam sejarah.

 



Jika benar Abdullah mempunyai kredibeliti selaku Presiden Umno atau Pengerusi 
BN panggil sahaja Ali Rustam untuk memberikan penjelasan,tidak perlu salahguna 
kuasa dan bazirkan wang rakyat bentuk pasukan penyiasat gunakan pegawai JPM. 
Abdullah juga menyedari hakikat ini tetapi beliau terpaksa menyalahguna kuasa 
mengarahkan pegawai JPM untuk konon menyiasat untuk meredakan PPP, khususnya 
Presiden PPP Datuk Dr. M.Kayveas yang juga Timbalan Menteri di JPM.





Badan Pencegah Rasuah seharusnya bertindak terhadap perkara ini, yang merupakan 
salahguna kuasa dan jika ini dibiarkan ia akan menjadi contoh negatif kepada 
rakyat.






 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 
 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Reply via email to