“Akak dah tak tahu nak buat macam mana ustaz. Memang rasanya kami ni
dah di ambang penceraian”, keluh seorang isteri, yang bersuamikan
sahabat saya.



“Apa lagi yang dibuatnya kebelakangan ini?”, saya mahu dapatkan lebih banyak 
maklumat.



“Entah kenapa siang malam pagi petang asyik bersyarah pasal agama
sahaja. Rasa macam semua yang akak buat ni tak betul. Segala-gala
diungkitnya. Dari cara akak berwudhu’ dan solat, sampailah kepada
hal-hal yang akak sendiri tak faham. Pulak tu, bukan boleh ditegur,
mesti dia melenting”, cerita akak itu semasa mengunjungi kami
sekeluarga.



Saya terdiam. Sahabat yang saya kenali ini semacam sedang melalui
suatu episod yang tersusun mengikut buku teks. Melengkapi segala
simptom masalah Bipolar Disorder.



Saya cuba sabarkan  isteri yang malang itu.





“Akak, izinkan saya memberi pandangan. Saya bukan doktor. Cuma
menumpang sikit-sikit ilmu dari isteri dan pembacaan. Apa yang suami
akak buat tu, saya dah jumpa beberapa kali sebelum ini. Saya rasa,
suami akak sedang menempuh episod Bipolar Mania”, saya cuba berkongsi
cerita.



“Kenapa Rizal cakap begitu?”, tanyanya kehairanan.



“Minggu lepas suami akak berbual dengan saya. Jiwanya sungguh tidak
tenteram. Putus asa belaka dengan semua benda yang dirancangnya dalam
hidup ini. Rasa berdosa, rasa bersalah, asyik menangis, malah katanya
jin tak habis-habis datang memukul tangannya”, saya memberitahu.



“Akak tahu cerita itu. Tapi minggu ni dia jadi pelik pulak. Sungguh berlawanan. 
Over confident,
pandai semacam. Tapi kadang-kadang cakap kotor sampai malu akak
mendengarnya. Sampai akak dengan anak-anak dah tak tahan. Kadang-kadang
naik juga tangan dia kepada kami”, sambungnya lagi.



Saya yakin, sahabat saya yang juga suami akak ini, mengalami masalah
kemurungan yang teruk. Segala simptom ada padanya. Saya sudah berdepan
dengan kes yang sama sebelum ini, dan mereka ini semuanya memiliki
corak yang sama.








PENGALAMAN SILAM



Lama sebelum itu, seorang pelajar datang ke rumah saya. Beliau mahu
mencadangkan kepada saya plan latihan ketenteraan yang beliau rangka.
Saya hanya mampu mengangguk. Selama 6 jam beliau bersyarah di hadapan
saya. Dari isu plan ketenteraan tersebut, sampailah kepada perancangan
Yahudi di sebalik animasi Pokemon dan kesukaannya terhadap Doraemon.
Bercakap tidak berhenti-henti, penuh semangat, tetapi tiba-tiba
menangis seketika sebelum menyambung kembali syarahannya kepada saya.



Secara jujurnya, tepat jam 4 pagi, saya sudah menjadi demam akibat ‘torture’ 
syarahan pelajar ini.

Semasa itu, saya hanya terfikir satu perkara. Mungkin pelajar ini dirasuk jin!



Tetapi apabila plan ketenteraannya saya berikan kepada isteri,
beliau dengan segera memberikan komen, “abang, rasanya budak ni ada
masalah bipolar disorder. Lengkap belaka”



Saya terdiam.



Hasil pembacaan buku dengan panduan isteri, serta bacaan di
internet, saya dapat memahami serba sedikit tentang masalah Bipolar
Disorder ini.


PERINGKAT HIPERMANIA


Semasa seseorang itu berada di tahap mania, dia itu sering menunjukkan 
simptom-simptom berikut:

Bertenaga secara berlebihan, aktif dan menolak rehatMempunyai perasaan yang 
begitu tinggi bahawa dirinya itu ‘bagus’Komunikasinya sungguh merimaskan dan 
menggangguBerfikir dengan laju dan ekstrim, bercakap dengan begitu pantas dan
melompat dari satu idea ke satu idea. Ideanya boleh difahami tetapi
tidak berkait di antara satu sama lainMudah terganggu dan sukar menumpukan 
perhatianTidak tidur kecuali sedikit atau tiada langsungMempunyai kepercayaan 
berlebihan secara tidak realistik terhadap kuasa dan keupayaan seseorangLemah 
dalam membuat keputusanBerbelanja secara yang sangat borosKelakuan melampau 
yang berpanjangan lebih dari kadar yang biasaKeinginan seks yang meningkatBoleh 
terjebak ke dalam penggunaan dadah terutamanya kokain, juga minuman beralkohol 
serta pil tidurProvokatif, intrusif dan sikap yang amat agresifSangat menafikan 
yang dirinya itu di pihak yang salah
Sudah beberapa orang yang jangkakan dirinya mengalami Bipolar
Disorder ini menunjukkan hampir kesemua simptom itu. Tentu sahaja jika
orang yang mengalami masalah ini merupakan suami, atau majikan kita,
mereka akan sungguh menyeksa kehidupan kita.



MENCETUS KEHANCURAN SOSIAL



Inilah yang membimbangkan saya. Tanpa pengetahuan tentang masalah
psikiatri ini, saya tidak tahu berapa banyak rumah tangga yang hancur,
berapa banyak pekerja yang diberhentikan majikan, dan berapa banyak
syarikat yang musnah, apabila suami di dalam rumah tangga, atau majikan
di dalam sebuah syarikat, mempamerkan sikap yang sangat agresif.



Dirinya sahaja yang betul, tidak habis-habis berleter dan mengungkit
seribu satu perkara, malah bercakap lucah atau melakukan perbuatan
lucah hingga ke tahap hospital di Ireland akan membekalkan pil pencegah
kehamilan kepada pesakit Bipolar Disorder ini kerana beliau dengan
mudah sahaja boleh melakukan seks dengan sesiapa sahaja yang ditemuinya.



Siapa yang tahan dengan manusia sebegini?



Sanggupkah isteri berdepan dengan perubahan mendadak seorang suami?



Tidakkah menderita seorang pekerja apabila majikannya mempraktikkan kesemua 
simptom di atas?



Andai segalanya difikirkan sebagai perubahan sikap, ia tentu
menimbulkan 1001 kesulitan. Tetapi jika kesemua simptom itu ada,
berkemungkinan suami anda, atau majikan anda mengalami gangguan emosi
yang teruk, dan mereka wajar mendapatkan rawatan.



PERINGKAT DEPRESI (KEMURUNGAN)



Oleh kerana namanya Bipolar Disorder, pesakit juga akan terjun dari
keaktifan yang amat tinggi itu kepada kemurungan yang menjatuhkan
segala-galanya. Maka apabila beliau berada di situasi depresi, pesakit
tersebut akan menunjukkan simptom-simptom berikut:

Kesedihan yang berpanjangan, gelisah dan perasaan yang kosongRasa putus harapan 
dan pesimis terhadap segala-galanyaMerasa bersalah, tidak berguna, dan tidak 
mungkin dapat dibantuHilang minat kepada aktiviti-aktiviti yang disukainya 
sebelum ini, termasuk terhadap seksKehilangan tenaga, lesu yang teruk dan 
beransur lemahSukar memberi tumpuan, sukar mengingati sesuatu dan sulit membuat 
keputusanTidak mahu berehat atau sentiasa rasa terganggu apabila cuba 
berehatTidur yang terlalu banyak, atau langsung tidak boleh tidurHilang selera 
makan, kehilangan berat badanSakit yang berpanjangan (kronik) terhadap tubuh 
badan yang bukan disebabkan oleh sakit fizikal atau kecederaanBanyak berfikir 
tentang kematian, malah terfikir untuk membunuh diri, dan cuba melakukannya

 You need to a flashplayer enabled browser to view this YouTube video



KEPERLUAN PENDAKWAH DAN KAUNSELOR



Saya merasakan, bagi seorang pendakwah apatah lagi mereka yang
sering didatangi oleh mereka yang cuba mendapatkan nasihat tentang
krisis rumah tangga dan kerja, amat perlu untuk menambah pengetahuan
tentang hal ini. Dengan itu kita akan terhindar daripada memberikan
nasihat-nasihat yang memburukkan lagi keadaan.



Bayangkan jika seorang pekerja mengadu kepada anda tentang kelakuan
majikannya yang sungguh menyakitkan, tanpa ada peduli kepada persoalan
gangguan emosi dan masalah psikiatri ini, dengan mudah anda akan
memberikan nasihat supaya pekerja itu mengambil tindakan undang-undang,
berhenti kerja atau terus melawan atas alasan mempertahankan hak dan
maruah diri.



Segala perbuatan pekerja itu yang membalas kelakuan agresif
majikannya itu akan hanya menyebabkan masalah Bipolar Disorder beliau
menjadi semakin teruk. Dan kita patut menjangkakan kesudahan yang
terburuk, jika segala-galanya dibiarkan.



Begitu juga dengan isteri atau suami yang berdepan dengan hal ini.
Sedikit sebanyak pengetahuan seperti ini akan membolehkan kita
bertenang, tidak ‘ambil hati’ dan boleh menghulurkan bantuan malah terus 
bersangka baik, biar pun dengan cara yang sungguh pelik!



“Bantulah saudaramu, sama ada dia itu zalim, atau dizalimi” (Al-Hadith)



Si zalim itu mungkin pesakit Bipolar Disorder.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

56000 Kuala Lumpur

www.al-ahkam.net  www.saifulislam.com

www.qualitysunnah.blogspot.com   www.abulfadhl.blogspot.com

"al-'ilm: qaala Allah wa qaala ar-Rasul"




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com 

Reply via email to