Harian Metro 30 Okt 07. SEREMBAN: Seorang bapa merayu
bantuan untuk mengurangkan penderitaan bayi lelakinya
berusia empat bulan yang mengalami masalah saluran air
kencing dan buah pinggang sejak dilahirkan.

Jefri Hamad, 32, berkata bayinya, Ahmad Daniel Ikwan,
empat bulan, menjalani pembedahan di Hospital Tuanku
Jaafar (HTJ) Seremban bagi mengeluarkan air kencing
kerana saluran kencingnya menghadapi masalah, 16 Ogos
lalu. 

Katanya, selepas pembedahan itu Ahmad Daniel
memerlukan pemerhatian di segi perubatan bagi jangka
masa panjang dan perlu ditempatkan di wad dari semasa
ke semasa. 

"Kos rawatan Ahmad Daniel juga dikatakan tinggi kerana
dia memerlukan ubat tertentu untuk jangka masa
panjang," katanya yang berkunjung ke Pejabat Harian
Metro, semalam.

Jefri berkata, pendapatannya hanya RM1,200 sebulan
sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta
dan dia terpaksa mengambil cuti tanpa bergaji selama
dua bulan kerana bayinya itu memerlukan rawatan rapi. 

"Hasil pendapatan itu saja saya perlu menyara keluarga
termasuk anak sulung, Nurul Ain Fadila, 3, kerana
isteri, Siti Soleha Rozi, 32, tidak bekerja," katanya.


Menurutnya, dijangka kos rawatan Ahmad Daniel
berjumlah lebih RM1,000 sebulan dan kekurangan
perbelanjaan itu dibimbangi menjejaskan kesihatannya. 

"Saya dimaklumkan oleh HTJS lubang bawah pusat Ahmad
Daniel yang ditebuk perlu ditutup dengan menebuk pula
kedua-dua belah bahagian pinggangnya bagi mengeluarkan
air kencing," katanya. 

Jefri berkata, pembedahan yang berlaku itu dijangka
memberi kesan jangka masa panjang kepada bayi
lelakinya itu. 

"Saya yakin pembedahan itu dapat dielakkan dengan
menggunakan teknologi perubatan yang moden serta
doktor pakar," katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/66047/Article/index_html



    Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com  Laman Web Pemuda PAS NS 
www.sriminang.com & Pemuda PAS Seremban www.pemudapasseremban.net 
  Reformis Muda http://amkns.blogspot.com  & Blog Cikgu Badrul 
http://chegubard.blogspot.com 




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke