Abbas peluk Islam secara sembunyi   
  PADA suatu musim kemarau, ketika penduduk dan negeri ditimpa kekeringan yang 
sangat, keluarlah Amirul Mukminin Umar bersama kaum Muslimin ke kawasan 
terbuka, melakukan solat istisqa' (minta hujan) dan berdoa merendahkan diri 
kepada Allah yang Penyayang agar mengirimkan awan dan menurunkan hujan kepada 
mereka. 
  

  Umar berdiri sambil memegang tangan kanan Abbas dengan tangan kanannya, 
diangkatnya ke arah langit sambil berkata: "Ya Allah, sesungguhnya kami pernah 
memohon hujan perantaraan Nabi-Mu, pada masa beliau masih berada di antara 
kami. Ya Allah, sekarang kami meminta hujan pula perantaraan saudara Nabi-Mu, 
maka mohonlah kami diberi hujan." 
  

  Belum sempat kaum Muslimin meninggalkan tempat itu, datang awan tebal dan 
hujan lebat mendatangkan sukacita, menyiram bumi dan menyuburkan tanah.
  

  Sahabat menemui Abbas, memeluk dan menciumnya serta mengambil berkat 
dengannya sambil berkata: "Selamat kami ucapkan untuk anda, wahai penyedia air 
minum Haramain (Makkah-Madinah) ." 
  

  Yang dimaksudkan penyedia air minum Haramain ialah Abbas bin Abdul Mutthalib, 
bapa saudara Rasulullah SAW seperti sering disebut Baginda, "Inilah orang tuaku 
yang masih ada."
  

  Abbas tua tiga tahun daripada Rasulullah SAW dan umur yang hampir sebaya itu 
menjadikan bapa serta anak saudara teman yang rapat disokong hubungan 
kekeluargaan antara mereka. 
  

  Hal lain menyebabkan Nabi menempatkan Abbas di tempat pertama, ialah kerana 
akhlak dan budi pekertinya yang pemurah, seolah-olah dialah saudara atau bapa 
yang pemurah dan untuk itu tidak segan mengeluarkan tenaga ataupun harta. 
  

  Beliau juga seorang yang cerdas, bahkan sampai ke tingkat genius dan disokong 
kedudukan tinggi di kalangan Quraisy, beliau sanggup membela Rasulullah SAW 
dari bencana dan kejahatan ketika melahirkan dakwahnya secara terang-terangan. 
  

  Abbas tidak mengumumkan keislamannya kecuali pada tahun pembebasan kota 
Makkah menyebabkan sebahagian ahli sejarah memandangnya tergolong yang akhir 
memeluk Islam.
  

  Ada riwayat lain dalam sejarah memberitakan beliau adalah antara angkatan 
yang pertama memeluk Islam tetapi menyembunyikan keislamannya itu. 
  

  Berkatalah Abu Rafi Khadam Rasulullah SAW.: "Aku adalah anak suruhan 
(pelayan) bagi Abbas bin Abdul Mutthalib, dan waktu itu Islam telah masuk 
kepada kami, ahli bait (keluarga Nabi) maka Abbas pun masuk Islam begitu pula 
Ummul Fadlal, dan aku pun juga masuk. Hanya Abbas menyembunyikan keislamannya. 
" 
  

  Inilah riwayat Abu Rafi yang menceritakan keadaan Abbas yang masuk Islam 
sebelum perang Badar.
  

  Orang Quraisy pun tidak menyembunyikan keraguan mereka mengenai hati kecil 
Abbas, tetapi mereka tidak punya alasan untuk memusuhinya, apalagi padanya 
lahir tingkah laku dan agamanya tidaklah bertentangan dengan kemahuan mereka. 
  

  Ketika berlaku perang Badar, terbuka kesempatan bagi orang Quraisy untuk 
menguji pendirian Abbas dengan memaksa beliau turut bersama memerangi 
Rasulullah dan pengikutnya.
  

  Walaupun berjaya menceritakan gerak geri dan muslihat orang Quraisy, Abbas 
dengan hati yang berat menyertai Quraisy dalam peperangan itu. 
  

  Namun, Rasulullah SAW berseru kepada sahabat dan pengikutnya supaya sesiapa 
yang bertemu dengan Abul Bakhari bin Hisyam bin Harith bin Asad dan Abbas bin 
Abdul Mutthalib, jangan membunuhnya kerana orang-orang itu dipaksa untuk ikut 
berperang. 
  

  Perintah itu bukan bermaksud Rasulullah SAW hendak memberikan keistimewaan 
kepada bapa saudaranya Abbas, tetapi Baginda mengetahui pendirian serta status 
saudaranya itu.
  

  Sehinggalah akhirnya apabila Abbas tidak dapat menyembunyikan keislamannya 
daripada pengetahuan orang Quraisy, beliau mengambil keputusan menyusul 
Rasulullah ke Khaibar, mengikut rombongan angkatan Islam dan kafilah orang 
beriman. 
  

  Abbas sangat dicintai dan dimuliakan oleh kaum muslimin, terutama kerana 
melihat Rasulullah SAW sendiri memuliakan serta mencintainya dengan ucapan, 
"Abbas adalah saudara kandung ayahku. Maka siapa yang menyakiti Abbas tak 
ubahnya menyakitiku! " 
  

  Abbas meninggalkan keturunannya yang diberkati Abdullah bin Abbas mutiara 
umat dengan pengertian alim, abid dan salih, adalah salah seorang anak yang 
diberkati Nabi.
  

  Pada Jumaat 14 Rejab 32 Hijrah, penduduk kampung dataran tinggi Madinah 
mendengar pengumuman: "Rahmat Allah bagi orang yang menyaksikan Abbas bin Abdul 
Mutthalib!" 
  

  Mereka mendapati Abbas sudah meninggal. Ramai yang mengiring jenazahnya, 
belum pernah terjadi selama ini sebanyak itu.
  

  Jenazahnya disolatkan khalifah Muslimin pada waktu itu, yakni Uthman bin 
Affan. Di bawah tanah Baqi' beristirahatlah dengan tenang tubuh Abul Fadlal. 
Beliau tidur nyenyak dengan hati puas, di lingkungan orang baik-baik yang 
bersama memenuhi janji mereka kepada Allah. 
  

  http://utusanrasul.tblog.com/post/1969915507


      SELAMAT HARI RAYA
  MAAF ZAHIR DAN BATIN
   
  JUNHAIRI BIN ABD JALIL 
  EKSEKUTIF PEMASARAN TAKAFUL & BANK ISLAM
019-3635331




 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke