Mana dia Pemimpin HADHARI utk mempertahankan Surau................Melayu 
makan Melayu....sejarah melayu memang begitu
yang menghancurkan bangsa dahulu adalah bangsawan kerana dia 
berkuasa...sekarang ini org yg dipilih oleh melayu yang
menghancurkan agama dan bangsa....akan datang anak cucu kita akan 
menyesali akan perbuatan pemimpin skrg.


Sekarang ini simbol agama kita  di biar sepi.....bila agaknya bencana nak 
melanda tanah jawi ini...........kerana kerakusan bangsa melayu,cina dan 
india yang memijaknya....bagaikan yakjuj and makjuj iaitu makhluk perosak.







Kadet Pencen 
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
31/10/2007 08:37 AM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
hidayahnet@yahoogroups.com
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] Rumah di Rimba Jaya menyembah bumi, Samy Vellu 
diserang 'water cannon'






Rumah di Rimba Jaya menyembah bumi, Samy Vellu diserang 'water cannon' 
Nyza Ayob | Foto Wan Zahari Salleh 
Tue | Oct 30, 07 | 5:41:27 pm MYT 
SHAH ALAM, 30 Okt (Hrkh) - Tanpa belas, tanpa simpati, apa lagi untuk 
mengendahkan rayuan penduduk kampung, akhirnya penduduk Kampung Rimba 
Jaya, dekat sini menerima nasib yang sama seperti penduduk Kampung 
Berembang. 

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan 
telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Menurut laporan seorang penduduk yang menghubungi Harakahdaily sebentar 
tadi, kira-kira jam 6.20 pagi, anggota polis, Polis Simpanan Persekutuan 
(FRU), pasukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya 
Petaling Jaya (MBPJ) dengan lima buah jentolak memasuki kawasan 
perkampungan.

Sementara itu, sekatan jalan raya diadakan di beberapa tempat masuk. 
Manakala kira-kira jam 7.30 pagi operasi perobohan dilakukan. Sehingga jam 
8.55 pagi, semua rumah yang dihuni oleh 274 keluarga telah dirobohkan.

Pada 3 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan rayuan penduduk 
agar tidak dilakukan perobohan ke atas rumah mereka ditolak.

Justeru pada 9 Oktober, Badan Bertindak Penduduk telah menghantar surat 
rayuan kepada Menteri Besar Selangor agar memberi kelonggaran terhadap 
hukuman perobohan rumah-rumah mereka.

Bagaimanapun pada 19 Oktober, penduduk menerima surat yang dialamatkan 
kepada peguam mereka, Teng Chang Khim & Co dan mereka diarahkan berpindah 
pada atau sebelum 26 Oktober.

Selain meminta ditangguhkan sehingga 30 Disember kerana anak-anak akan 
menghadapi peperiksaan, mereka juga merayu sebagai penyokong Barisan 
Nasional (BN), agar jasa mereka dikenang di atas sokongan tersebut dengan 
memberi kelonggaran perobohan.

Sementara itu, wartawan Harakahdaily ketika sampai di lokasi kejadian 
melaporkan pada jam 1 tengahari Ketua Penerangan PAS Shah Alam, Isma Mohd 
Ali, dan Jawatankuasa Badan Bertindak Penduduk Kampung Rimba Jaya bersama 
Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli bermesyuarat dan mencapai kata sepakat agar 
Surau Al-Ijtimaiah di kampung berkenaan dirobohkan secara baik dengan 
segala kayu serta peralatannya akan digunakan untuk pembinaan surau baru 
Maahad Tahfiz A-Mukri, Puchong.

Dan sebaik sahaja masuk waktu zohor, mereka bersembahyang berjemaah yang 
merupakan solat jemaah terakhir di surau tersebut. Turut kelihatan 
menunaikan solat tiga orang penguatkuasa MBSA manakala kira-kira 300 orang 
penguatkuasa yang lain hanya berehat di sudut surau serta berlegar di 
sekitar kawasan kampung tersebut.

Sementara itu, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua turut bertanya khabar 
nasib yang menimpa penduduk.

Manakala pada jam 1.50 petang tadi, setelah perbincangan dengan pegawai 
penguatkuasa, mereka telah bersetuju surau dirobohkan secara 'manual'.

Dan dalam perkembangan lain,kaum India di kawasan perkampungan tersebut 
tetap berkeras mempertahankan agar kuil Sri Maha Mariammah tidak 
dirobohkan walaupun dirahkan oleh pihak polis.

Keadaan pula mula menjadi gawat dan kecoh apabila kaum India dari kawasan 
lain mula berkumpul di perkampungan tersebut untuk mempertahankan kuil 
mereka.

Ketika laporan ini disampaikan, mereka dikatakan sedang membuat benteng 
sampah dan manusia untuk mengelak daripada diserang daripada pihak FRU.

Namun, pihak polis tetap menerima arahan agar menyerbu dan merobohkan kuil 
berkenaan.

Dalam pada itu, kanak-kanak dan golongan ibu turut sama berkumpul dan 
berdoa di kuil tersebut.

Dan pada jam 3.30 petang tadi, pihak FRU cuba mara dan pergerakan mereka 
telah dihalang apabila kaum India di kampung tersebut meletakkan sebuah 
lori di hadapan pintu masuk kuil mereka.

Pada jam 4 petang tadi, keadaan agak genting apabila FRU tetap menceroboh 
masuk, dan ditentang oleh penduduk yang cuba mempertahankan kuil mereka.

Dalam pada itu, Presiden MIC, Dato' Seri Samy Vellu yang diiringi pimpinan 
MIC yang lain, tiba di tempat tersebut.

Bagaimanapun, sewaktu sedang berunding dengan penduduk India dalam kuil 
tersebut, beliau turut dihambur dengan 'water cannon' sebelum sempat 
dilarikan oleh pengikut-pengikutnya.

Keadaan menjadi tegang apabila penduduk dan pihak MBPJ saling membaling 
batu. Dalam kejadian tersebut, beberapa orang penduduk mengalami 
kecederaan.

Sungguhpun berkeras agar kuil mereka tidak dirobohkan, kelihatan beberapa 
orang di kalangan mereka cuba 'menyelamatkan' barang-barang di dalam kuil 
tersebut.

Akhirnya, setelah keadaaan reda pihak berkuasa telah menunda operasi 
merobohkan kuil setelah Samy Vellu campurtangan dalam konflik perobohan 
kuil Hindu. - mks

Ringankan tanngan dan hulurkan bantuan anda. Menderma dan bantulah mereka 
yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah di Akaun (Maybank) 
564070130442. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40213343.
 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 
 

Kirim email ke