ini semua agenda pemimpin yang menjadi agen makhluk perosak and
dajal.............dulu hilang tulisan jawi
akan dtg akan hilang tuisan rumi...........pemimipin semua
haprak...............kiblat pada diri sendiri.
Bangsa melayu hendak dihapus dari tanah ini oleh makhluk perosak pun
mereka tak sedar.....bertopeng atas nama pembangunan konon

cehhhhh.......Ya Allah AKU MENANTI JANJI MU DI AKHIR ZAMAN








Kadet Pencen
Sent by: hidayahnet@yahoogroups.com
31/10/2007 08:51 AM
Please respond to
hidayahnet@yahoogroups.com


To
hidayahnet@yahoogroups.com
cc

Subject
Help Palestine [hidayahnet] Sains, Matematik terus dalam Mandarin / Hentam
Kromo?






Sains, Matematik terus dalam Mandarin /  Hentam Kromo?

Husammusa.com
Sains, Matematik terus dalam Mandarin: Syabas pejuang Cina!
Ketika tertengok Berita TV3 pagi Ahad (28 Oktober) lalu, saya tertarik
dengan satu segmen menunjukkan PM Abdullah Ahmad Badawi menghadiri satu
majlis anjuran MCA. Ada tarian naga pada majlis itu.

Selain Presiden MCA, Ong Ka Ting, turut hadir Pemangku Presiden Gerakan,
Koh Tsu Koon. Dalam ucapannya, PM Dollah antara lain berkata: รข??Tadi YB
Ong Ka Ting bertanya saya, macam mana masa depan pelajar Cina dalam UPSR,
sama ada mereka akan duduki peperiksan dalam bahasa Cina atau Inggeris. Ka
Ting kata ini perkara ini serius. Dia mahu jawapan.

"Jawapan saya, apa susah YB. Kita teruskan saja apa yang ada. Kita
teruskan penggunaan dwi-bahasa. Bahasa Inggeris dan Mandarin."

Dengan kata-kata PM Dollah itu terlerailah sudah kebimbangan masyarakat
Cina selama ini. Bahasa Mandarin akan terus digunakan untuk pembelajaran
Sains dan Matematik. Dengan ini bermakna pejuangan mereka berjaya. Bahasa
Mandarin tetap utuh dalam pembelajaran dua subjek penting ini.

Bagi pejuang bahasa Melayu, ingatlah tahun ini adalah yang terakhir
pelajar UPSR menduduki Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Tahun
depan daripada sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti, semuanya
dalam bahasa Inggeris.

Sungguh sedih, bahasa Melayu (Malaysia) tidak boleh membicarakan ilmu
sains dan matematik di negara ini. Inilah nasib bahasa Melayu di negara
yang bahasa rasminya bahasa Melayu. Apakah erti bertempik HIDUP Melayu,
jika bahasanya pun sudah terpinggir? Mana Hishammuddin Hussein yang asyik
hunus keris tu? Takkan nak bangga dengan jawatan di Unesco itu saja? -
lanh


Hentam Keromo?
by Ketua Perusuh
Bahasa Melayu memang mempunyai banyak kosa kata dan peribahasa yang sesuai
dengan pelbagai keadaan dalam kehidupan kita sehari-harian. Pada dasarnya
Bahasa Melayu adalah satu ?lingua franca? yang digunakan hampir diseluruh
nusantara dan Asia Pasifik. Malah perkataan ?IKAN? yang merujuk kepada
ikan itu sendiri juga digunakan oleh banyak bangsa di sekitar nusantara
dan Asia Pasifik.

Kali ini saya ingin menggunakan satu perkataan iaitu ?Hentam Keromo?.
Hentam Keromo adalah satu tindakan (perbuatan) yang biasanya dilakukan
oleh mana-mana pihak tanpa membuat kajian menyeluruh ataupun tanpa
kajiselidik. Biasanya ?Hentam Keromo? berlaku apabila sesuatu tindakan
tersebut boleh mendatangkan keuntungan segera (tanpa memikirkan kesan
sampingan) kepada pihak yang melakukannya.

Kementerian Pelajaran (diubah dari nama lama iaitu Kementerian Pendidikan)
yang diketuai oleh Hishamuddin Tun Hussein adalah satu daripada beberapa
Kementerian didalam Kerajaan Malaysia yang terkenal dengan sikap
(perlakuan) ?Hentam Keromo?. Ini kerana beberapa tindakan yang dijanakan
(dilakukan) oleh mereka biasanya tidak didahului dengan kajian menyeluruh
melainkan mengikut idea (nafsu) para pegawai atasan termasuklah Menteri
Pelajaran (dahulunya Menteri Pendidikan).

Kita boleh ambil satu contoh yang paling ketara (yang pincang) berlaku
dalam Kementerian Pelajaran iaitu keperluan untuk menjadikan Bahasa
Inggeris (English) sebagai bahasa perantaraan (bahasa pengajaran) dalam
subjek Sains dan Matematik. Tujuan kononnya Bahasa Inggeris dijadikan
bahasa pengantar dalam subjek Sains dan Matematik adalah untuk memudahkan
serta memahirkan para pelajar dalam penguasaan subjek tersebut. Kononnya
juga ini membolehkan para pelajar mudah menguasai Bahasa Inggeris dan
membolehkan mereka berkomunikasi dengan bangsa lain.

Pada dasarnya ramai tenaga pengajar (guru dan pendidik) tidak bersetuju
sama sekali kedua-dua subjek tersebut diajar dalam Bahasa Inggeris. Ini
kerana tindakan tersebut secara ?otomatis?nya akan menyebabkan para
pelajar yang berada diluar bandar keciciran kerana kurangnya penguasaan
mereka dalam Bahasa Inggeris. Sedangkan kadar nisbah pelajar luar bandar
berbanding pelajar di bandar adalah pada sekitar 8:2.

Rakan kepada isteri saya kini sedang mengajar Matematik disebuah sekolah
luar bandar di Pantai Timur Malaysia. Selalunya rakan isteri saya ini
merungut bilamana para pelajar (yang rata-rata anak nelayan) tidak mampu
menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana kurangnya pengetahuan mereka
dalam Bahasa Inggeris. Malah para pelajar ini juga mendapat markah yang
amat rendah dalam Subjek Bahasa Inggeris. Bagaimana pula mereka ini akan
dapat menguasai subjek Sains dan Matematik yang diajar sepenuhnya dalam
Bahasa Inggeris sedangkan pada masa yang sama mereka masih lagi
merangkak-rangkak dalam Bahasa Inggeris.

Rata-rata pelajar sekolah rendah di luar bandar (terutamanya Melayu) amat
kurang penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris. Bukan sahaja Bahasa
Inggeris, namun mereka juga amat kurang penguasaan dalam Bahasa Melayu
(terutamanya pelajar di Kelantan dan Terengganu yang kuat menggunakan
bahasa loghat dalam pertuturan seharian). Ini secara tidak langsung akan
mengganggu gugat pembelajaran para pelajar ini yang secara umumnya akan
membantutkan usaha percambahan ilmu kepada mereka.

Tindakan ?Hentam Keromo? yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran
biasanya dilakukan secara tergesa-gesa tanpa perancangan dan kajian yang
menyeluruh. Terlalu banyak kes (contoh) yang boleh dikaji pada tindakan
?Hentam Keromo? yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran.

Kini Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa penggunaan sepenuhnya bahasa
Inggeris bagi subjek Matematik dan Sains dalam peperiksaan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sepatutnya dilaksanakan tahun depan,
ditangguhkan (yang kononnya atas arahan Perdana Menteri Abdullah Ahmad
Badawi).

Saya lihat tindakan penangguhan ini lebih bersifat politik kerana Abdullah
Ahmad Badawi amat gusar sekiranya isu ini dimainkan (dicanangkan) oleh
semua parti pembangkang. Ini bermakna tindakan penggunaan Bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar subjek Sains dan Matematik pada awalnya tidak
tepat (lebih bersifat ?hentam keromo?).

Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa sikap Kementerian Pelajaran yang
sewenang-wenangnya berbuat ?hentam keromo? atas dasar pendidikan negara
sememangnya secara langsung akan membantutkan usaha pendidikan diperingkat
rendah dan menengah yang melibatkan majoriti penduduk luar bandar. Oleh
itu jangan jadikan ?akal pendek? para Menteri, Timbalan Menteri dan
pegawai atasan Kementerian Pelajaran menjadi pemangkin yang akhirnya akan
meranapkan institusi pendidikan negara.

Tolong?. sekali lagi saya ulangi Tolong jangan jadikan sikap bodoh anda
penyebab para pelajar di Malaysia ini menjadi sebodoh anda. Jika anda
bodoh atau bangang, jangan sabitkan (libatkan) para pelajar di seluruh
Malaysia. Biarlah anda bodoh atau bangang sendirian.








 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

Kirim email ke