Detikdaily
Khairy timbulkan provokasi awal: Tangkap penganjur 10 Nov
 Posted on Wednesday, November 07 @ 01:22:42 EST by reformis
 KOMEN DETIK: Bagi pihak tertentu, inilah yang ditunggu, apabila Khairy 
bertempik minta polis tangkap penganjur himpunan aman 10 Nov. Bukan bermakna 
kita mahu bertempur dengan Pemuda Umno (lagipun masakan mereka akan berani 
turun padang), yang penting perarakan gelombang kuning bersejarah itu sudah 
jadi tumpuan umum, dan cabarannya, ia mesti dijayakan sebaik mungkin.

Perhimpunan raksasa ini cukup penting untuk memulihkan martabat demokrasi yang 
sedia rosak dan parah ini. Buat apa kita ghairah bercakap soal tarikh pilihan 
raya, sedangkan proses pemilihan itu berjalan penuh ketempangan dan penipuan? 
Di zaman Dollah Badawi demokrasi kian hancur, manakala SPR menjadi perkakas 
jelik Umno-BN. Ruang berbeda pandangan ditutup, media diserkup, tempoh kempen 
pula dijalankan sependek mungkin, selain jentera kerajaan bertukar menjadi alat 
propaganda BN.

Rakyat mesti disedarkan tentang kepalsuan terancang ini. Dan himpunan 10 Nov 
adalah pentas dan gelanggangnya. Polis bertindak menurut arahan, namun kita 
perlu teruskan misi mulia ini. Awasi tukang-tukang provokatif yang akan bikin 
onar. Khairy tentu mahu tunjuk hero, tunjuk hebat dan mahu dikenali sebagai 
benteng terakhir Umno berdada pembangkang. Dia mahu pesongkan tujuan sebenar 
himpunan itu. Dia ada agendanya tapi misi kita lebih kudus, dan insya-Allah 
pasti berjaya.


BERITA ASAL
 Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Kamaruddin hari ini menggesa pihak keselamatan 
supaya bertindak tegas menangkap mereka yang menganjurkan perhimpunan rakyat 
pada 10 November ini di Dataran Merdeka kerana ianya akan diadakan secara haram.



Perhimpunan itu akan diadakan sehari selepas tamatnya perhimpunan agung Umno 
Jumaat ini.

"Ini bukan soal saya anti demokrasi, tak nak dengar suara rakyat, ini soal 
undang-undang, ini soal haram, mereka perlu ditangkap...," katanya ketika 
berucap menggulung perbahasan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC petang ini. 

"Saya cabar pembangkang, jangan jadi beruk-beruk di jalanraya tetapi bertanding 
dalam gelanggang pilihanraya umum. 


"Kita yakin kita akan menang menentang mereka," Khairy. 

Perhimpunan 10 November itu adalah anjuran Bersih, iaitu gabungan badan bukan 
kerajaan dan parti pembangkang, untuk menuntut supaya Suruhanjaya Pilihanraya 
(SPR) mengadakan pilihanraya yang bersih dan adil. 


'Kita berani turun' 

"Selama ini mereka bertanding, tapi kali ini mereka minta pilihanraya bersih, 
tidak cukup apa yang berlaku di Batu Buruk dan rusuhan pada 1998," katanya. 

Sehubungan itu, Khairy berkata, Pemuda Umno sanggup turun berdepan dengan para 
penyokong pembangkang pada hari berkenaan. 

"Tapi itu bukan cara yang berhemah dan bijaksana. Kita berani turun berdepan 
dengan mereka... tapi kita akan cetus keadaan yang akan menyusahkan orang 
ramai...ia boleh menjadi satu konfrontasi dan mencetuskan huru-hara," katanya. 

*****.*.*****

Ya, mengapa takut, BERSIH bukannya kotor!
 Posted on Tuesday, November 06 @ 22:48:59 EST by reformis
 

Oleh Amdang81

BERSIH tidak kotor. Sekalipun BERSIH meminta jari tangan ditanda dakwat hitam. 
Hitam itu bukan bermakna kotor. Tapi memberi makna ketelusan. Ketelusan itulah 
tandanya bersih. Bersih bilamana tiada penipuan, tiada penyelewengan dan tiada 
lagi yang mengundi dua kali. BERSIH tidak kotor!

BERSIH tidak kotor. Sekalipun meminta menghapuskan undi pos. Menghapuskan bukan 
bermakna membunuh atau berlaku jahat, tetapi menghapuskan sistem yang kotor dan 
jahat. Sistem yang berat sebelah. Bukan sedikit yang berat sebelahnya, tetapi 
semuanya. Memang berat sebelah. Makanya, BERSIH menghapuskan undi pos bagi 
membersihkan undi yang berat sebelah. BERSIH tidak kotor!

BERSIH tidak kotor. Sebab itu BERSIH minta dibersihkan daftar pemilih. Buang 
sahaja nama-nama mereka yang sudah membusuk menjadi mayat. Buang juga nama-nama 
pendatang asing yang diberikan kad pengenalan palsu. Bersihkan juga pengundi 
hantu yang munculnya entah dari mana. Pembersihan inilah yang BERSIH mahukan. 
Sebab itu BERSIH itu tidak kotor.

BERSIH tidak kotor. Meminta akses kepada media yang sama rata dan adil bukan 
bermakna BERSIH pengotor. Media patut tidak dikotorkan peranan mereka dalam 
menjelaskan isu sebenar kepada masyarakat. Kotornya media bilamana mengikut 
jari telunjuk yang kotor. Kotornya media apabila menjadi pihak yang berat 
sebelah. Di sinilah bersihnya tuntutan BERSIH.

BERSIH mahu berhimpun dengan keadaan AMAN dan bersih. Melihat kepada empat 
tuntutan BERSIH itu, tiada niat BERSIH untuk mengotorkan negara dengan 
kekacauan. Berhimpun secara AMAN dan tenteram.

Pergerakan jika dikawal dan mendapat kebenaran akan menjadi lebih TENANG dan 
menyenangkan. Arahan akan dipatuhi, kerjasama akan membuahkan toleransi. Bukan 
mahu kecoh-kecoh, apatah lagi mahu gaduh. Usah mulakan provokasi, kerana dalam 
ramai-ramai itu terselit juga yang berani. BERSIH akan membuktikan yang BERSIH 
adalah bersih. BERSIH tidak kotor.

Ayuh! Mari bersama BERSIH. Berhimpun bagi membersihkan Pilihanraya supaya 
bersih dan adil. Menuntut keadilan dan hak bagi setiap warganegara. Tidak guna 
jika terus berpilihanraya, tetapi keputusan sudah di tangan mereka. Ini bukan 
membangkang namanya. Tetapi berjuang menuntut hak yang sepatutnya ada. Memang 
hak kita. Bukan untuk orang lain, tetapi untuk kita, generasi kita dan akan 
datang. Masih untuk negara. Yakinlah kita tetap patriotik. Dan yakinlah BERSIH 
tidak kotor!

Jadi, kenapa perlu takut untuk bersama BERSIH? 


Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/

Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
 __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 

Kirim email ke