Assalamualaikumwrt;

Kaedah Asy-Syaathir adalah satu cara pengajaran dan pembelajaran membaca 
Al-Quran. Melalui kaedah ini insya Allah dalam masa 48jam masa pengajian 
pelajar akan memperolehi keterampilan membaca Al-Quran. Pagi tadi (10/12/2007) 
di Dewan Syarahan Masjid Negara berlangsung satu Seminar berkenaan 
Asy-Syaathir. Dua orang murid, seorang berumur enam tahun dan seorang lagi 
berumur 8 tahun telah berjaya memperdengarkan bacaan al-quran setelah 3 bulan 
mengikuti pengajian membaca al-quran mengikut Kaedah Asy-Syaathir.

Seminar Celik Al-Quran adalah anjuran bersama JAKIM (Masjid Negara) dengan MVSB 
(MUSLEH Ventures Sdn Bhd. Seminar telah menarik lebih dari 200 peserta cukup 
memerangsangkan. Perkongsian pendekatan ini mendapat reaksi positif dari 
kalangan aktivis masyarakat dan guru al-quran. Tak kurang ibubapa yang mahu 
anak mereka diajar membaca mengikut kaedah ini.

Asy-Syaathir diterbitkan dalam 6 naskah. Panduan am satu naskah, 3 naskah 
kandungan pendekatan Asy-Syaathir dan dua lagi asas tajweed. Satu CD panduan 
mengajar juga sudah siap dirakam dan disunting untuk edaran umum.
Kelas asy-Syaathir boleh dikendalikan dengan naskah Panduan Am, Jilid 1, Jilid 
2 dan Jilid 3. 

Perlaksanaan Asy-Syathir memerlukan pengajar yang terlatih dan ditauliahkan. 
MVSB mengalu-alukan individu atau organisasi yang berminat untuk mengguna pakai 
Kaedah Asy-Syaathir. Kos Latihan boleh dirunding. Saudara Saudari Tuan dan Puan 
yang berminat boleh berhubung dengan MVSB melalui e-mail: [EMAIL PROTECTED] Tel 
Pej: 03-55483140 Fax: 03-55427864

Salam,

Fadzil bin Hj Abdullah
H/P: 0123893752


                
---------------------------------
  Yahoo! Cars NEW - sell your car and browse thousands of new and used cars 
online search now  
---------------------------------
  

Kirim email ke