Cek dah lama tak dapat online. La ni habis tugas, alhamdulillah. Mengenai 
perkara bawah ni Encik Abd Mutalib, hang takdak baca akhbar media perdana kah? 
Mungkin akhbar melayu tak keluar cerita ni, tapi cek ingat membacanya dalam The 
Star, tarikh bila, cek tak ingat. Hang carilah kat sana no.

Isk isk isk, Enck Abd Mutalib, nanti jari tuan sendiri akan dimahkamahkan 
kerana menanyakan soalan tanpa usul periksa dan dengan nada mempertahankan 
perbuatan keji tu. isk isk isk....lain kali kaji dulu no :)

"Abd Mutalib Ibrahim"@yahoo.com wrote:                               Betul ke 
ni?
 Macam mana Harakah boleh tau ni?
 Dah buat audit ke wang "rasuah" RM5.25 juta tu?
 ishkk...ishkk.. ishkk...
 Jangan macam ni. 
 Nanti tuan punya jari jari yang menaip email fitnah akan dibicarakan di
 mahkamah Allah nanti,. 
 Susah nanti nak menjawap.
  
 
 >>> Kadet Pencen 11/05 11:51 pm >>>
       Perhimpunan Agung Umno 2007: Umno terpaksa 'rasuah' RM5.25 juta,
 tarik ahli daftar SPR?                                                
 Azamin Amin      
          Mon | Nov 05, 07 |  1:23:07 pm MYT                          
 KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Betapa gersang,untuk menarik sokongan  
 ahlinya Umno dilihat terpaksa mengumpan hadiah berjumlah RM5.25 juta  
 supaya ahlinya mendaftar sebagai pemilih dan pengundi dengan Suruhanjaya
   Pilihan Raya (SPR).    
 -->
 Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section
 atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net
 menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.
 
 --> 
  Ini terpaksa dilakukan berikutan rekod sejumlah hampir 4 juta rakyat  
 Malaysia termasuk ahli Umno yang masih gagal mendaftar sebagai pemilih  
 dan pengundi bagi pilihan raya akan datang malah kempen-kempen yang  
 dilakukan oleh SPR sebelum ini ternyata gagal.
 
 Kempen 'umpan dan rasuah' ini dilihat sebagai satu kaedah pembaziran  
 wang ahli Umno memandangkan usaha mendaftar diri ini merupakan satu  
 tanggungjawab warga negara Malaysia bukannya peraduan mahu permaianan  
 yang boleh ditawarkan hadiah yang melimpah ruah.
 
 Biarpun persoalan daripada mana sumber jutaan wang ringgit itu  
 diperolehi boleh dijawab namun sebaiknya wang tersebut adalah lebih  
 mulia disalurkan kepada yang memerlukan seperti membantu golongan susah,
   miskin dan tertindas, mangsa banjir, anak yatim berbanding memberi  
 hadiah kepada ahli yang 'tidak bertanggungjawab' kerana sebelum ini  
 gagal mendaftar sebagai pemilih.
 
 "Presiden Umno dan Timbalannya sendiri pernah menasihati rakyat supaya
   berbelanja secara berhemah dan berjimat cermat, tiba-tiba Umno sendiri
   secara boros membelanjakan jutaan wang ringgit untuk menarik ahlinya  
 yang 'liat' mendaftar.
 
 "Secara tak langsung tonjolkan ahli-ahlinya yang tidak ada kesedaran
 dan   tanggunjawab sehingga kini gagal mendaftar sebagai pemilih." kata 
  seorang pemerhati politik.
 
 "Tawaran ini benar-benar mencemar Perhimpunan Agung Umno kali ini
 kerana   disifatkan sebagai simbol 'keangkuhan' untuk menunjuk kepada
 rakyat   bahawa Umno miliki jutaan wang ringgit dan kaya raya berbanding
 ramai   lagi rakyat yang papa," katanya yang tidak puas hati dengan
 berita yang   dilaporkan hari ini.
 
 Sebelum ini pernah dilaporkan 'umpan' yang seumpama itu dan tidak  
 berfaedah pernah dibatalkan serta ditarik balik iaitu isu hadiah lumayan
   kereta Perodua MyVi kepada rakyat Malaysia yang mahu menukar kad  
 pengenalan baru.
 
 Ianya kemudian menjadi topik panas apabila Menteri Hal Ehwal Dalam  
 Negeri, Dato' Seri Radzi Sheikh Ahmad membuat pengumuman menarik balik  
 peraduan cabutan bertuah 'Jom Tukar dan Menang' itu.
 
 Beliau menyifatkan langkah memberi ganjaran kepada rakyat untuk
 menukar   dokumen penting MyKad sebagai "sesuatu yang bodoh dan
 mengarut" dan mahu   semua hadiah termasuk kereta berkenaan didermakan
 kepada rumah anak   yatim.
 
 Ramai pihak yang menyokong tindakan Radzi membatalkan ganjaran ini  
 kerana memperbaharui MyKad adalah tanggungjawab dan wajib atas semua  
 rakyat maka tidak perlulah memikat orang ramai dengan menawarkan hadiah 
  lumayan.
 
 Menteri akhirnya sepakat menyumbangkan baki hadiah termasuk Perodua
 MyVi   bernilai RM50,000 kepada rumah anak yatim.
 
 Tindakan ini sewajarnya dijadikan tauladan oleh Umno supaya tidak  
 melakukan pemborosan secara buta tuli, bermegah-megah dengan harta yang 
  dimliki dan menarik ahli dengan cara membazirkan wang parti.
 
 Agensi berita hari ini melaporkan bahawa ahli Umno yang mendaftar  
 sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mendapat kad 
  keahlian secara percuma pada Perhimpunan Agung Umno 2007 dan berpeluang
   merebut hadiah bernilai RM5.25 juta, kata Setiausaha Kerja Umno, Dato'
   Husainay Hashim.
 
 "Ahli-ahli yang mempunyai kad ini membolehkan mereka mendapat rebat  
 tunai contohnya jika mereka adalah pelanggan Astro dan pelanggan talian 
  Maxis," katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)  
 semalam. - mr
 
 -->
  Ringankan tangan dan hulurkan bantuan anda. Menderma dan bantulah
 mereka yang memerlukan melalui Tabung Kemiskinan Harakah di Akaun
 (Maybank) 564070130442. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40213343.
  Sebagai persiapan menjelang pilihanraya ke-12, kami mengalu-alukan
 sumbangan daripada anda melalui akaun Maybank atas nama Harakahdaily Dot
 Com, nombor 564070000336. Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-40212009..
 
 Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/ 
 
 Lawati laman Bersih di http://bersih.org/ 
  __________________________________________________
 Do You Yahoo!?
 Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
 http://mail.yahoo.com 
 
 DISCLAIMER:
 
 This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.
 
     
                               

       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/
       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke