Pengerusi SPR wajar letak jawatan, kerana jelas menghina Yang Dipertuan Agong  
/        Antara PM dan Pengerusi SPR - Siapa berbohong?

MP PAS

Pengerusi SPR wajar letak jawatan, kerana jelas menghina  Yang Dipertuan Agong  
         
          KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi 
Awang berkata kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), Tan Sri Rashid 
bahawa beliau tahu bila tarikh Pilihan Raya Umum ke-12 itu jelas menghina Seri 
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

"Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kuasa memperkenankan pembubaran 
Parlimen merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong setelah menerima permohonan dari 
Perdana Menteri.

"Apabila Tan Sri Rashid sewenang-wenangnya mengisytiharkan yang beliau telah 
tahu akan tarikh pilihan raya bermakna beliau telah bertindak membelakangkan 
sama-sekali kuasa Yang di-Pertuan Agong itu, sekaligus membelakangkan 
undang-undang tertinggi negara dan ini merupakan satu tindakan yang menghina 
Yang di-Pertuan Agong dan Perlembagaan Persekutuan,"jelasnya dalam satu 
kenyataan kepada Harakahdaily.

Oleh itu, katanya, PAS mendesak agar pihak istana, sebaik-baiknya melalui Datuk 
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, segera mengeluarkan kenyataan meminta 
agar Tan Sri Rashid menarik balik kenyataan beliau itu dan memohon maaf secara 
terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Malah PAS menjadi bertambah ragu dan keliru berikutan kenyataan Perdana 
Menteri di Kuala Terengganu semalam bahawa beliau sendiri hairan bagaimana Tan 
Sri Rashid boleh mendakwa yang ia tahu akan tarikh tersebut sedangkan Perdana 
Menteri sendiri kononnya belum menentukannya.

"Ini membuktikan yang Tan Sri Rashid sebagai Pengerusi SPR yang dilantik oleh 
Yang di-Pertuan Agong telah berbohong secara terbuka kepada seluruh rakyat 
Malaysia,"tambahnya.

Ujarnya, bagi PAS ketidaktentuan terhadap tarikh pilihan raya umum di Malaysia 
adalah bukti betapa tidak demokratiknya negara ini berbanding negara-negara 
maju yang lain yang mengamalkan sistem demokrasi.

Sementara di PUTRAJAYA, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Rashid 
Abdul Rahman berkata beliau sedia untuk melepaskan jawatan jika terbukti SPR 
melakukan penipuan dalam pilihan raya sebelum ini.

"Buktikan di dalam mahkamah, bukannya di luar. Jika hakim kata ada penipuan, 
SPR bertanggungjawab, (dan) saya akan berundur," katanya kepada pemberita 
selepas menerima laporan akhir berhubung pemerhatian terhadap tiga pilihan raya 
kecil iaitu di Batu Talam, Machap dan Ijok, yang diadakan sebelum ini daripada 
Abdul Malek Hussin, pengerusi sebuah badan pemantau pilihan raya dikenali 
sebagai Malaysians For Free and Fair Elections (Mafrel).

Katanya beliau telah mengendalikan enam pilihan raya umum dan setakat ini, 
belum ada seorang pun yang datang kepadanya membawa bukti bahawa penipuan telah 
berlaku sama ada dalam pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

"Anda sedang bercakap dengan seorang yang banyak pengalaman (mengendalikan 
pilihan raya). Jika ada penipuan, dan penipuan itu disebabkan oleh SPR, (atau) 
SPR yang merancang penipuan ini, saya akan melepaskan jawatan dan panel (SPR) 
juga akan melepaskan jawatan.

"Tetapi kena tunjuk buktilah, tak boleh pergi ke merata tempat melaungkan 
slogan, atau masuk kampung keluar kampung beritahu orang, SPR menipu," katanya.

Abdul Rashid berkata beliau kecewa kerana orang masih membuat dakwaan tersebut 
yang berdasarkan rasa syak dan curiga tanpa sebarang bukti dan ia memberi imej 
yang tidak baik kepada negara.

"Kita berjaya (mengendalikan pilihan raya) selama ini. Sahabat-sahabat saya di 
luar negara selalu puji, kata bagus, pilihan raya diadakan secara aman, dan 
keputusan masuk dengan cepat," katanya.

Abdul Rashid, yang akan bersara wajib pada 31 Dis ini, berkata setakat ini, 
beliau tidak menerima sebarang notis sama ada perkhidmatannya akan disambung 
atau tidak.

Mengulas mengenai undi pos, beliau berkata ejen setiap calon bertanding akan 
dibenarkan untuk diletakkan di kem tentera dan balai polis bagi memantau proses 
pengundian.

*****.*.*****

      Antara PM dan Pengerusi SPR - Siapa berbohong?                            
                     Saidah Hairan       
         Mon | Nov 19, 07 |  5:57:31 pm MYT                            KUALA 
LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Seri Abd Rashid Ab. Rahman perlu 
bersumpah menyatakan siapakah yang sebenarnya mengetahui tarikh pilihan 
raya.--> 

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau 
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon 
bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


--> 
 Ini berikutan kenyataan Abd Rashid pada 15 November lalu di Melaka bahawa 
beliau sudah mengetahui tarikh Pilihan Raya Umum ke-12 yang dijangka diadakan 
dalam masa terdekat.

 
 Bagaimanapun, Abdullah dalam beberapa kenyataannya mengakui belum dapat 
menentukan bila tarikh pilihan raya umum ke-12 bakal diadakan.

 
Merujuk kecelaruan kenyataan tersebut, Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar 
menegaskan kedua-dua individu terbabit perlu berterus terang dengan bersumpah 
bagi membolehkan rakyat mengetahui siapa sebenar yang berbohong.

 
 Katanya, jika Abdul Rashid mengakui sudah tahu tarikh pilihan raya sudah tentu 
yang memaklumkannya ialah Abdullah.

 
 "Sebab yang menentukan tarikh pilihan raya ialah Abdullah setelah mendapat 
perkenan daripada Yang Di-Pertuan Agung," tegasnya.

 
 Tetapi tambah beliau, Abdullah beberapa kali menyatakan 'belum mendapat ilham' 
untuk menentukan tarikh pilihan raya.

 
Mahfuz yakin bahawa jika kenyataan Abdul Rashid itu benar, maklumat berhubung 
tarikh pilihan raya itu pasti disampaikan oleh Perdana Menteri.

 
Sehubungan itu, beliau menyifatkan Abdullah dan Abdul Rashid sebagai tidak 
menghormati Yang di-Pertuan Agong memandangkan pembubaran kabinet dan tarikh 
pilihan raya umum sepatutnya terlebih dahulu mendapat perkenan baginda.

 
 "Kenapa PM memaklumkan kepada Rashid terlebih dahulu sebelum mempersembahkan 
kepada Yang di-Pertuan Agung," soalnya.

  
 Episod ini juga, tegas beliau membuktikan SPR sanggup bersekongkol dengan BN 
bagi memastikan kemenangan parti tersebut dalam siri-siri pilihan raya mutakhir 
ini./tajdid --> 

    Klik untuk Sumbangan Dana Pembaca HarakahDaily.Net.





Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/

Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Get easy, one-click access to your favorites.  Make Yahoo! your homepage.

Reply via email to