ALHAMDULILLAH

Artikal yang bagus.
Kalau dari segi Islam pun kita kena bantu membantu.

Kalau tak silap 44 ke kiri, kanan, depan dan belakang adalah jiran
kita (betulkan saya kalau saya silap).
Tanggungjawab kita untuk ambil tahu tapi jangan sampai dalam bilik pulak...
Agak-agaklaaa... Ada batasnya... cthnya kesihatan, makan ker, anak
sekolah... dll
yang mengikut Islam...

Kalau tak ambil tahu langsung... jadi macam sekarang nieee....
Dulu kalau budak nak hisap rokok lari masuk hutan.... sekarang niee....
nak beli kee.... nak hisap keee.... ada orang kerr... bebudak tuu buat
bodohh jerrr...
Tak takut dahh...

Good one..... ulasan yang baik...

Jadi fikir-fikirkanlah.....


On 11/17/07, RozmalbinMalakan <RozmalbinMalakan> wrote:
>
>
>
>
>
>
> Saya amat tertarik dengan rancangan TV3 Bersama Mu
> yang disiarkan pada 14 November 2007 yang lalu. Segmen
> pada malam tersebut membawa pendekatan yang lain
> daripada yang lain. Pendekatan yang amat-amat saya
> harapkan dan sentiasa ditekankan selama ini.
>
> Selalunya saya tidak mengikuti secara penuh dan
> bersungguh rancangan TV3 Bersama Mu kerana tidak dapat
> menahan sebak. Sebak kerana tahu betapa susahnya
> mereka yang memerlukan tetapi tidak dapat membantu
> mereka. Tahu betapa susahnya kehidupan mereka tetapi
> tahu sebenarnya mereka itu adalah sebilangan kecil
> sahaja yang disiarkan kisah kesusahan kehidupan
> mereka, sedangkan di sekeliling kita ramai lagi yang
> mengalami nasib serupa atau mungkin lebih teruk lagi.
>
> Kisah pada segmen malam tersebut ialah seorang ibu
> tunggal di Kelantan yang terpaksa bekerja keras hingga
> lewat malam menanggung 5-6 orang anaknya. Anaknya yang
> baru mendudukki peperiksaan PMR tahun 2007 dengan rela
> hati mencari pekerjaan sebagai pembantu di kedai makan
> selepas tamat PMR kerana niatnya ialah untuk
> menjelaskan yuran persekolahan yang tertunggak
> sebanyak RM 600.
>
> Setelah disiarkan kisah kehidupan tersebut,
> kebiasaannya krew Bersama Mu TV3 akan menghulurkan
> bantuan, membantu membelikan peralatan rumah, dapur,
> pakaian dan sebagainya.
>
> Tetapi kali ini tidak. Pengacaranya membawa krew
> melihat kawasan sekeliling kampung. Mereka dapati
> rata-rata penduduk sekitarnya tidaklah susah sangat,
> malah terdapat ramai juga antara mereka yang mempunyai
> rumah banglo. Lalu mereka singgah di salah sebuah
> rumah banglo milik seorang ahli perniagaan. Setelah
> menceritakan kisah penderitaan keluarga ibu tunggal
> tersebut di hujung kampung mereka, ahli perniagaan
> tadi dan isterinya mengalirkan air mata. Dan mereka
> dengan rela hati menghulurkan bantuan untuk membaiki
> rumah ibu tunggal tadi.
>
> Lalu dipanggillah ketua kampung dan beberapa penduduk
> kampung untuk membantu membaiki rumah ibu tunggal
> tadi, serta menghulurkan beberapa bantuan lain.
>
> Ini adalah satu contoh mudah bagaimana rakyat Malaysia
> boleh membantu mereka yang memerlukan. Mereka yang
> memerlukan ini berada di sekeliling kita, dan mereka
> yang berkemampuan untuk membantu pun ada di sekeliling
> kita. Kalau tidak mampu membantu dari segi kewangan,
> kita bantu dari segi tenaga, kalau tidak mampu
> membantu dari segi tenaga, kita cari atau salurkan ke
> mana-mana individu atau agensi yang boleh membantu.
> Masakan seorang ibu tunggal, seorang warga tua,
> seorang yang lumpuh mampu turun naik Pejabat Kebajikan
> Masyarakat, Majlis Agama Islam Negeri, Baitul Mal
> Negeri, pejabat Wakil Rakyat untuk mengharapkan
> bantuan.
>
> Masyarakat sekelilinglah yang bertanggungjawab. Takkan
> kita hendak mengharapkan Pegawai Kebajikan Masyarakat
> untuk mengetahui setiap satu keluarga yang susah di
> lokaliti mereka, sedangkan mungkin mereka terpaksa
> meneliti beribu-ribu permohonan. Takkan kita hendak
> mengharapkan wakil rakyat turun setiap hari untuk
> mencari keluarga yang susah, sedangkan mungkin
> rata-ratanya seorang wakil rakyat biasanya mempunyai
> 5,000 keluarga di kawasannya yang memerlukan perhatian
> bermakna jika dia pergi rumah ke rumah setiap tahun,
> sehari dia perlu melawat 13 rumah sekurang-kurangnya ,
> sedangkan mereka mempunyai tugas lain yang lebih
> penting.
>
> Masa untuk berubah. Sikap kita harus berubah. Kita
> harus ambil peduli apa yang berlaku di sekitar kita.
> Masalah gejala sosial, masalah dadah, masalah pecah
> rumah, masalah ragut, masalah keciciran
> pelajar,pengangguran dan sebagainya bermula apabila
> kita semua mengambil sikap tunggu dan lihat, mengambil
> sikap berpeluk tubuh dan menuding jari. Ini bukan
> kerja aku, ini kerja dia, ini kerja AJK Masjid, ini
> kerja JKKK, ini kerja wakil rakyat, ini kerja guru.
>
> Tahun 2008 adalah tahun yang lebih mencabar. Harga
> petrol dan gas dijangka akan naik dengan banyaknya.
> Bawang pun susah nak cari sekarang ini. Roti dah naik
> harga. Baru-baru ini ada seorang pelajar tahun akhir
> di IPT tempatan dari Negeri Sembilan mengadu, yuran
> pengajiannya tertunggak sebanyak hampir RM 10,000
> walaupun dia ada dapat bantuan atau mungkin pinjaman,
> namun ianya tidak mencukupi, sedangkan ayahnya bekerja
> kampung.
>
> Dan sekarang ini Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan
> pula menjalankan operasi memotong bekalan air bagi
> mereka yang mempunyai tunggakan bil air. Dan ramai
> antara kenalan saya bekalan air mereka telah dipotong.
> JBA hanya menjalankan tanggungjawab mereka, kerana
> mereka pula ada perbelanjaan lain yang perlu
> dijelaskan. Ini semua adalah satu rantaian. Pandanglah
> mata anak-anak kita, fikirkan apa akan jadi pada nasib
> mereka, nasib generasi selepas mereka. Generasi kita
> dulu, walaupun Malaysia belum lagi mencapai pelbagai
> kejayaan , tetapi rata-rata kita semua mendapat
> biasiswa. Akan tetapi sekarang ini, terlalu sukar
> untuk mendapat biasiswa. Yang ada hanyalah pinjaman
> PTPTN dan kerja pula belum dijamin selepas tamat
> pengajian
>
> Berubahlah kita semua, kalau kita sayangkan diri kita,
> sayangkan anak-anak kita, sayangkan keluarga kita,
> sayangkan negara kita. Kalau di Indonesia Mottonya
> ialah Peduli Umat, menunjukkan kita perlu prihatin dan
> ambil peduli nasib jiran-jiran kita. Jangan jadi
> Peduli Engkau atau Lantak Engkau maka kita lihatlah
> apa yang berlaku di negara kita sekarang ini dengan
> masalah ponteng sekolah, Mat Rempit, Pendatang Asing,
> Dadah dan sebagainya yang tidak nampak lagi jalan
> penyelesaiannya.
>
> Rozmal bin Malakan
> waghih.blogspot.com
>
> Blog Rozmal http://waghih.blogspot.com
>
> Yayasan Amal Malaysia http://www.amalmalaysia.net
> Yayasan Aman Palestin http://www.amanpalestin.com
> Pusat Pendidikan Al-Irshad http://alirshadns.blogspot.com
> Kelab Motor NS http://nsarc.blogspot.com
>
> __________________________________________________________
> Never miss a thing. Make Yahoo your home page.
> http://www.yahoo.com/r/hs
> 

Kirim email ke