Ustaz Mohd, saya nasihatkan saudara jangan berkasar dalam persoalan seperti 
ini. Janganlah saudara membuang masa saudara yang berharga untuk bertelagah 
dalam perkara seperti ini.
   
  Sememangnya ada sudah berbeza dengan Zamihan dalam perkara usul. Bagaimana 
anda boleh bersama dengan  beliau dalam perkara furu`?
   
  Hargailah masa anda
  Hadapkan senjata anda kepada musuh yang sebenar
  Jangan saudara bazirkan peluru saudara untuk disasrkan sesama pendokong 
penjuangan .
   
   
   
  [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
          Membaca Al-Quran di atas kubur 
Oleh Abu Syu'aib

Merujuk kepada tulisan yang ditulis oleh Zamihan Mat
Zain al-Ghari (penolong pengarah Institut Latihan
Islam Malaysia ILIM) di dalam berita harian bertarikh
Sabtu 17 November 2007, ruangan agama yang masih lagi
menyentuh berkenaan persoalan Membaca al-Quran di
kubur, saya ingin mengulas sedikit apa yang ditulis
oleh beliau. Zamihan berkata di dalam akhbar tersebut
“Ada banyak ayat al-Quran yang bersifat umum, tetapi
boleh dijadikan panduan bagi menjawab persoalan
apabila mafhum ayat itu dibincangkan serta diberi
tafsiran yang lebih mendalam”. Kemudian beliau
membawakan firman Allah surah al-Thur ayat 21, lalu
merumuskan amalan mereka yang masih hidup boleh
memberikan manfaat kepada si mati. (gambar perkuburan
Baqi' di madinah)

Dalam persoalan ini perlu diberi penjelasan bahawa isu
membaca al-Quran di atas kubur dan isu menyedekahkan
pahala kepada si mati merupakan dua isu yang berbeza.
Perkara yang hendak dibincangkan di sini ialah adakah
disyariatkan membaca al-Quran di kubur atau ianya
amalan yang tidak dicontohkan oleh rasulullah s.a.w.
dan para sahabat. Perbincangan adakah pahala yang
dikirimkan kepada si mati sampai atau pun tidak, maka
saya rasa perbincangannya bukan disini. Oleh yang
demikian kedua-dua perkara ini hendaklah dibezakan. 

Kesimpulan dari tulisan zamihan tersebut tiada satu
dalil pun yang dibawa dapat menyokong hujah beliau
bahawa amalan membaca al-Quran dikubur disyariatkan.
Kecuali hanya satu hadis yang dibawa, iaitu dari
Mubassyir dari Abdir Rahman bin al-Ala’ bin al-Lajlaj
dari bapanya bahawasanya dia berwasiat apabila dia
meninggal dan setelah dia ditanam dibacakan di sisi
kepalanya permulaan surah al-baqarah dan akhirnya.

Di dalam hadis ini terdapat rawi yang bernama Abdul
Rahman bin al-Ala’ bin al-Lajlaj dimana rawi ini
merupakan seorang yang tergolong di kalangan rawi-rawi
yang majhul (yang tidak dikenali) seperti yang
disebutkan oleh al-Imam al-Zahabi sewaktu menceritakan
biodata rawi ini di dalam kitabnya Mizanul I’tidal
(2/574, no 4925) dengan katanya: “tiada seorang pun
yang meriwayatkan daripadanya kecuali Mubasyar bin
Ismail al-Halabi”. Maka hadis yang terdapat di
dalamnya rawi yang tidak dikenali menyebabkan taraf
hadis dihukumkan oleh ulamak hadis seperti al-Albani
sebagai dhoif (lemah) tidak boleh dijadikan hujah di
dalam hukum hakam syarak. (Ahkamul Janaiz: 244)

Zamihan berkata: “Membaca al-Quran di atas kubur
ternyata bukan bid’ah yang sesat kerana ada nas yang
membuktikan bahawa Ibn Umar dan Abu Khalid al-Lajlaj
mendengar galakkan daripada Nabi s.a.w supaya di baca
ayat suci al-Quran di tanah perkuburan” Dakwaan
Zamihan ini batil kerana sesungguhnya sanad hadis yang
di bawa tidak sahih daripada Ibn Umar. Mendakwa
sahabat melakukan sesuatu yang tidak diajarkan oleh
nabi s.a.w. dengan riwayat-riwayat yang dhoif adalah
suatu tuduhan jenayah. Dan Tidak terdapat riwayat yang
menyatakan sahabat-sahabat yang lain melakukannya.
Adapun hadis-hadis yang menyatakan bacaan yasin,
bacaan Qulhu wallahu ahad dan sebagainya di atas kubur
kesemuanya maudu’ (palsu) dan La Asla lahu (tidak ada
asalnya).

Tujuan daripada menziarahi kubur bukan untuk membaca
al-Quran tetapi untuk mengambil I’tibar dan pengajaran
mengingati kematian. Abu Said al-Khudri berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya aku dahulu
melarang kamu menziarahi kubur, sekarang ziarahilah,
kerana padanya terdapat pengajaran. Hadis sahih
diriwayatkan oleh Ahmad (3/38/63/66) dan al-Hakim
(1/374-375). Dari Anas bin Malik bahawa nabi s.a.w.
bersabda: Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur,
sekarang ziarahilah, kerana padanya dapat melembutkan
hati, mengalirkan air mata dan memperingatkan akan
akhirat, dan jangan kamu berkata perkara yang tidak
baik. Diriwayatkan oleh al-Hakim (1/376) dengan sanad
yang hasan.

Mengapa tujuan ini tidak diutamakan apabila menziarahi
kubur untuk diterangkan kepada masyarakat selain hanya
menyuruh membaca al-Quran di atas kubur? Nabi bersabda
kepada Aisyah r.ha: sesungguhnya Tuhanmu memerintahkan
kepadamu pergi ke perkuburan baqi’ lalu pohonlah
keampunan dari Allah untuk mereka. Maka Aisyah
bertanya kepada Nabi s.a.w. apakah yang aku perlu
katakan? Nabi s.a.w. menjawab: ucapkanlah: Salam
sejahtera ke atas penghuni rumah ini (kubur) dari
kalangan Mukminin dan muslimin, semoga Allah merahmati
mereka yang telah mendahului kami dan yang terkemudian
dan sesungguhnya kami insya Allah akan menyusul
sesudah kamu semua. Hadis riwayat Imam Muslim (3/14). 

Sekiranya disyariatkan membaca al-Quran di kubur
mengapa nabi s.a.w. tidak menyuruh Aisyah supaya
melakukan yang demikian itu. Ini bercanggah dengan
kaedah yang masyhur berbunyi “Tidak boleh menangguhkan
penerangan di saat ianya diperlukan”. Kaedah ini
membawa pengertian bahawasanya nabi s.a.w. tidak boleh
menangguh untuk memberitahu dan menerangkan kepada
umatnya suatu perkara yang penting dan diperlukan pada
saat itu. Bahkan pula yang bertanya kepada nabi s.a.w.
itu ialah isterinya, orang yang paling rapat dengan
baginda. Dan sekiranya nabi s.a.w. tidak menerangkan
pada saat itu menyebabkan kemungkinan nabi s.a.w.
tidak dapat menerangkan pada waktu yang lainnya.
Inilah yang dimaksudkan kaedah ini. Sekiranya membaca
al-Quran itu amalan yang disyariatkan maka sudah pasti
nabi akan mengajarkannya kepada Aisyah r.ha. disamping
ucapan salam yang diajarkannya di dalam hadis
berkenaan. Kerana membaca al-Quran adalah lebih afdal
dari sekadar memohon keampunan untuk penghuni kubur. 

Persoalan yang perlu difikirkan juga ialah di zaman
nabi s.a.w. adakah terdapat di sana halangan untuk
membaca al-Quran di kubur? jawapannya sudah tentu
tiada halangan untuk melakukan demikian. Dan sekiranya
tiada halangan dan ianya baik serta afdal mengapa nabi
s.a.w. tidak mengajar dan menyuruh para sahabat
melakukan perkara tersebut? Kaedah penting yang
disebutkan oleh para ulamak “Sekiranya sesuatu amalan
tertentu yang tidak dilakukan pada masa nabi s.a.w.
hidup disebabkan adanya halangan yang menghalang dari
ianya dilakukan, maka apabila halangan tersebut hilang
selepas dari kewafatan nabi s.a.w. maka hukumnya harus
diamalkan”. Contohnya solat tarawikh secara berjemaah,
nabi s.a.w. tidak melakukannya berterusan kerana
bimbang ianya diwajibkan, setelah kewafatan nabi
s.a.w. kebimbangan tersebut telah pun hilang
disebabkan terputusnya wahyu dengan kewafatan nabi.
Maka setelah itu hukum mengamalkannya dibolehkan. “Dan
sekiranya tiada halangan yang menghalang sesuatu
amalan dilakukan, dan dalam masa yang sama nabi s.a.w.
tidak melakukan dan menganjurkannya kepada para
sahabat maka setelah kewafatan baginda s.a.w. amalan
tersebut tidak disyariatkan”. Contohnya amalan membaca
al-Quran di kubur. Sebab itulah pentingnya memahami
al-Quran dan hadis-hadis baginda s.a.w. sebagaimana
yang difahami oleh salaf iaitu para sahabat. 

Menggunakan dalil yang umum untuk dijadikan hujah
kepada amalan yang khusus merupakan kejahilan di dalam
berinteraksi dengan nas-nas syarak. Sebagai contoh
hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, bab kelebihan
solat berjemaah yang bermaksud Solat berjemaah lebih
afdhal daripada solat bersendirian dengan ganjaran 27
darjat. Hadis ini menunjukkan kelebihan untuk bersolat
jemaah dan ianya bersifat umum. Adakah ianya boleh
digunakan sebagai dalil untuk membolehkan solat
qabliyyah dan ba’diyyah dilakukan secara berjemaah
sebelum atau selepas melakukan solat fardhu di masjid?
Jawapannya tidak boleh kerana ianya tidak pernah
dilakukan oleh para sahabat radiallahu anhum. Maka
begitulah kaedah di dalam memahami keseluruhan nas-nas
syarak. 

Tiada dalil yang sahih dan sorih (jelas) yang
menunjukkan amalan membaca al-Quran di atas kubur
disyariatkan. Daripada Abu Hurairah r.h. nabi s.a.w.
bersabda: Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai
kuburan, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah
yang dibaca di dalamnya surah al-baqarah. Hadis
riwayat Imam Muslim. Hadis ini menunjukkan bahawa
rumah yang dibaca di dalamnya surah al-baqarah akan
menyebabkan syaitan lari. Perumpamaan nabi s.a.w.
rumah dengan kubur di dalam hadis ini secara mafhum
mukhalafahnya (salah satu kaedah istinbat hukum,
dibawah ketegori Mafhum al-Ghayah) kubur ialah tempat
yang tidak dibaca padanya al-quran. Sekiranya kubur
merupakan tempat disyariatkan membaca al-Quran maka
perumpamaan nabi s.a.w. ini tidak membawa apa-apa
erti, dan dalam erti kata yang lain perumpamaan rumah
dan kubur itu adalah sia-sia. Dan ini mustahil kerana
keseluruhan perkataan atau ucapan nabi s.a.w. melalui
hadis-hadisnya itu membawa makna yang sangat mendalam
tetapi ibarahnya sangat ringkas yang disebut sebagai
jawamiul kalim. Seperti hadis yang diriwayatkan oleh
al-Bukhari dan Muslim. 

Al-Imam al-Bukhari meriwayatkan dari sahabat Ibn Umar
bahawa nabi s.a.w. bersabda: Jadikanlah sebahagian
dari solat-solat kamu (solat sunat) itu di rumah dan
jangan jadikannya seperti kubur. Riwayat al-Bukhari
(1/420) hadis ini menunjukkan kubur bukan tempat
mendirikan solat kerana nabi menyamakan rumah yang
tidak dilakukan solat di dalamnya seperti kubur.
Lakukankanlah sebahagian solat (solat sunat) kamu di
rumah. Oleh sebab itu Imam Ibn Hajar menyatakan
pernyataan nabi s.a.w. “jangan jadikannya seperti
kubur” bermaksud kubur bukan tempat melakukan ibadah
ketika mensyarahkan hadis ini di dalam fathul bari
(1/766). Maka kesimpulan yang dapat di ambil dari
hadis ini ialah oleh kerana membaca al-Quran merupakan
ibadah yang sangat disuruh oleh agama, maka tempatnya
bukanlah di kuburan, Ikutilah apa yang telah
dianjurkan oleh baginda s.a.w. dengan membacanya di
rumah dan secara tidak langsung dapat menghindarkan
rumah dari gangguan syaitan.

Dari sudut yang lain kita perhatikan masyarakat kita
yang pergi untuk menziarahi kubur terutamanya pada
hari raya mereka telah melakukan satu kesalahan yang
jelas di larang oleh agama untuk membaca al-Quran.
Iaitulah dengan duduk di atas kuburan untuk membaca
yasin dan sebagainya. Mengapakah perkara ini tidak
diambil berat oleh masyarakat kita? Jawapannya
disebabkan kerana kejahilan. Tidakkan kita mendengar
hadis nabi s.a.w. “Adalah lebih baik bagi seseorang di
kalangan kamu duduk di atas bara api sehinga terbakar
pakaiannya dan melecur kulitnya daripada dia duduk di
atas kubur”. hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim
di dalam bab “Larangan duduk di atas kubur dan
bersolat di atasnya” Maka sekiranya masih berdegil
juga untuk melakukannya maka silalah membaca al-Quran
di atas kubur secara berdiri, kerana diharamkan untuk
duduk di atas kubur.

Zamihan berkata: “perlu diingat bahawa amalan yang
tidak dilakukan Rasulullah s.aw. dan generasi salaf
tidak boleh dijadikan alasan untuk mengharamkan
sesuatu amalan selagi tidak ada tegahan putus daripada
nas syarak”. Perkataan seperti ini perlu diperhatikan
semula dan diperincikan. Kerana sekiranya sesuatu
amalan yang bersangkutan dengan permasalahan ibadah
maka ianya tidak boleh dilakukan kecuali dengan nas
syarak. Ini disepakati seluruh ulamak. Kerana
sekiranya alasan tiada dalil putus yang melarang
sesuatu perkara yang bersangkutan dengan ibadah
diterima tidak ada amalan yang direka-reka oleh umat
sekarang ini yang boleh dibantah. Tindakan Aminah
Wadud yang mengimamkan solat jumaat tidak boleh
dibantah kerana sudah pasti dia boleh berhujah
bahawasanya tiada dalil yang melarang dan mengharamkan
tindakan yang dilakukan. Kaedah yang disepakati oleh
ulamak “asal sesuatu perkara di dalam permasalahan
ibadah ialah tegahan atau larangan kecuali ada dalil
yang mengharuskannya”. 

Maka ibadah di dalam Islam boleh menjadi bid’ah
sekiranya:

1. Setiap yang bercanggah dengan sunnah yang sahih
sama ada perkataan, perbuatan atau aqidah walau pun
hasil daripada ijtihad.
2. Setiap perkara yang tidak mungkin disyariatkan
kecuali dengan nas (tauqifi). Namun, apabila tidak ada
nas yang membenarkannya, ia juga termasuk perkara
bidaah. Kecuali ia pernah dilakukan oleh para sahabat.
3. Setiap ibadat yang tidak ada keterangan cara
perlaksanaannya dan hanya sekadar berdalilkan
hadis-hadis daif atau palsu.
4. Setiap ibadat yang hanya dijelaskan secara mutlak
(umum) kemudian dikhususkan oleh orang ramai seperti
menetapkan tempat, masa, kaifiyat (cara) atau
bilangannya.

Wallahu a’lam
Abu Syu'aib

__________________________________________________________
Be a better sports nut! Let your teams follow you 
with Yahoo Mobile. Try it now. 
http://mobile.yahoo.com/sports;_ylt=At9_qDKvtAbMuh1G1SQtBI7ntAcJ


                         

       
---------------------------------
Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

Kirim email ke