Jangan bermimpi kerajaan akan beli syarikat lebuh raya. Perkara itu tak
akan berlaku kerana jika kerajaan sudah jadi tuan punya syarikat lebuh
raya, kroni kroni yang selama ini makan duit pampasan lebuhraya tu nak
pergi mana lagi?

Kerajaan lebih selesa mengeluarkan belanja yang sangat banyak hingga
berbilion bilion RM untuk buat pampasan pada syarikat lebuh raya
daripada mengeluarkan duit yang sedikit untuk membeli saham syarikat
syarikat lebuhrya ni dan seterusnya mendapat hak untuk membuat keputusan
yang penting mengenai syarikat. 

Mungkin kerana ada kroni yang nak dijaga di dalam syarikat lebuhraya
tol tu....  
  

>>> Kadet Pencen 25/11/2007 23:28 >>>
Shahrir cadang kerajaan beli saham Plus elak tol naik /       Tol:
Dilema rakyat dan rasional kerajaan              
           

Detikdaily
Shahrir cadang kerajaan beli saham Plus elak tol naik
 Posted on Sunday, November 25 @ 21:37:38 EST by reformis
 JOHOR BAHARU, 25 Nov (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira
Wang Awam (PAC) Datuk Shahrir Abdul Samad menyarankan kerajaan membeli
keseluruhan pegangan saham Plus Expressway Berhad (Plus) sebagai langkah
mengelakkan kadar kenaikan tol lebuh raya.

Katanya pembelian saham itu sekaligus menjadikan aset Plus sebagai aset
awam yang merupakan langkah terbaik bagi mengelak bebanan kerajaan
kemungkinan terus terpaksa membayar pampasan kepada pemegang konsesi tol
jika caj tidak dinaikkan serta beban rakyat untuk membayar caj sekiranya
tol dinaikkan.

"Pada saya kalau kita tengok umumnya, adalah lebih baik sekiranya
kerajaan membeli saham Plus. Jadi tol tidak naik kerana konsesi terbatal
dan tol yang dikutip itu hanya ditumpu bagi tujuan penyelenggaraan lebuh
raya sahaja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen derma
darah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk
Seri S. Samy Vellu di Dewan Rakyat, Khamis lepas bahawa kerajaan perlu
membayar pampasan RM380 juta kepada pemegang konsesi tol jika mereka
tidak dibenarkan menaikkan caj tol pada tahun depan.

Shahrir yang juga anggota parlimen Johor Baharu berkata pembelian aset
Plus itu juga perlu dilakukan kerajaan bagi menjayakan rancangan
penstrukturan semula subsidi dan sebagai permulaan pembelian aset Plus
itu harus dibuat secara berperingkat.

"Buat permulaan, kerajaan mungkin boleh membeli Lebuhraya Utara-Selatan
sebelum seterusnya Lebuhraya Lembah Klang Baru, Lebuhraya Seremban-Port
Dickson dan sebagainya.

"Apabila Plus menjadi aset awam maka tempoh pulangan pinjaman kepada
bank dapat dilanjutkan dalam tempoh yang panjang berbanding sektor
swasta yang singkat. Maka sektor swasta tidak menanggung beban bayaran
pinjaman dan rakyat seterusnya juga tidak perlu lagi menanggung beban
kenaikan tol," katanya.

Samy Vellu pada persidangan Dewan Rakyat memberitahu bahawa lapan
syarikat konsesi lebuh raya dijadual menaikkan kadar tol masing-masing
pada 1 Januari tahun depan sementara sebuah lagi syarikat pada 1 Okt
2008.

Pampasan sebanyak RM75 juta telah diberikan kepada pengendali lebuh
raya, LITRAK di Kuala Lumpur berikutan keputusan mengurangkan kadar tol
lebuh raya berkenaan daripada RM2.20 kepada RM1.60 sebagaimana yang
diluluskan pada tahun ini.

Projek konsesi yang terlibat dalam isu kenaikan tol ialah lebuh raya
bertingkat Ampang (RM28 juta), Lebuhraya Elite (RM18 juta), Lebuhraya
Utara-Selatan termasuk rangkaian Seremban-Port Dickson (RM178 juta),
Kulim-Butterworth Expressway (RM10 juta), Linkedua ke Singapura (RM6
juta) Lebuhraya Barat Kuala Lumpur (RM34 juta), New Klang Valley
Expressway (RM9 juta) dan Jambatan Pulau Pinang (RM22 juta).
 
*****.*.*****

      Tol: Dilema rakyat dan rasional kerajaan                         
                       Mat Zain Mat Isa      
         Sun | Nov 25, 07 |  2:12:37 pm MYT                        
Balik-balik alasan sama yang diberikan kerajaan bagi merasionalkan
kenaikan   kadar bayaran tol di beberapa lebuh raya negara. Bukan kali
pertama kerajaan   menyandarkan hujah bahawa tindakan itu adalah hak
syarikat-syarikat konsesi   terbabit sebagaimana dimaktubkan di dalam
perjanjian.  -->

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section
atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net
menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.


-->
 Bukan asing juga bagi rakyat untuk mendengar alasan bahawa kerajaan
sudah   tidak bersedia membayar pampasan ratusan juta kepada
syarikat-syarikat   tersebut sekiranya tidak membenarkan mereka
menaikkan kadar tol.

 
 Rakyat juga pernah dijinakkan dengan hujah kononnya sebarang kenaikan
tol   telah mengambil kira pandangan semua pihak. Bahkan, sering
dihujahkan juga   kononnya kenaikan itu dijamin tidak membebankan
rakyat, khususnya pengguna   lebuh raya-lebuh raya terbabit. Kononnya
kadar baru tol itu masih rendah   berbanding perjanjian asal. Pernah
juga dikatakan kadar tol negara kita jauh   lebih murah berbanding
beberapa negara lain.

 
 Kini sebahagian alasan dan rasional (yang sebenarnya sangat tidak
rasional!)   itu kembali berkumandang. Rakyat yang sudah sedia terbeban
kehidupan mereka   dengan kenaikan harga minyak, kos pengangkutan dan
harga berbagai barangan   keperluan, kini sekali lagi dipaksa menerima
hakikat kenaikan tol di beberapa   laluan utama di seluruh negara.

 
 Akhbar-akhbar harian bermula Jumaat (23 November) menyiarkan kenyataan
dan   ulasan beberapa pihak berkaitan isu kenaikan tol. Ia bermula
dengan kenyataan   Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S. Samy Vellu bahawa
kerajaan terpaksa   membayar RM380 juta kepada syarikat-syarikat konsesi
lebuh raya jika kadar   tol tidak dinaikkan pada tahun depan.

 
 Ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2008
peringkat   jawatankuasa di Dewan Rakyat, Khamis lalu, Samy Vellu
mengumumkan sebanyak   lapan syarikat terbabit dijadualkan menaikkan
kadar tol masing-masing pada 1   Januari dan 1 Oktober 2008.

  
 "Kementerian Kerja Raya menganggarkan pampasan sebanyak RM380 juta
perlu   disediakan bagi tahun 2008 sekiranya kenaikan kadar tol tidak
dilaksanakan,"   katanya, sebagaimana dipetik Utusan Malaysia, Jumaat.

 
 Beliau merujuk kepada anggaran kementeriannya terhadap nilai pampasan
kepada   lapan lebuh raya, iaitu Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Hulu Klang
(RM28 juta),   Lebuh Raya Utara-Selatan-Hubungan Tengah (RM18 juta),
Lebuh Raya   Seremban-Port Dickson (RM178 juta) dan Lebuh Raya
Kulim-Butterworth (RM10   juta).

 
 Empat lagi ialah Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (RM6
juta), Lebuh   Raya Utara-Selatan, Klang Utara Baru (RM9 juta), Skim
Penyuraian Trafik Kuala   Lumpur Barat (RM34 juta) dan Jambatan Pulau
Pinang (RM22 juta). Jumlah   keseluruhan ialah RM205 juta.

 
 Samy Vellu berkata, pampasan RM75 juta lagi diperuntukkan kepada
pengendali   Lebuh Raya LITRAK di Kuala Lumpur ekoran pengurangan kadar
tol daripada   RM2.20 kepada RM1.60 yang telah diluluskan tahun ini.

 
 Sebagaimana dimaklumi, isu kenaikan kadar bayaran tol bukan isu baru.
Ia   telah berbangkit sejak pembukaan lebuh raya bertol yang pertama di
negara   ini, iaitu Lebuh Raya Utara-Selatan, pada Mei 1988 lalu. Ia
diikuti Lebuh   Raya Kuala Lumpur-Karak pada Julai 1994 dan Lebuh Raya
Bertingkat   Ampang-Kuala Lumpur pada Mei 1996.

 
 Suatu yang nyata, rakyat sebagai pengguna lebuh raya terbabit semacam
tidak   pernah merestui bayaran yang terpaksa mereka keluarkan setiap
kali melintasi   plaza tol. Bantahan terhadap sebarang kenaikan kadar
tol senantiasa   kedengaran. Bahkan, suara-suara agar kutipan tol
dihapuskan terus, juga tidak   pernah padam.

 
 Berbagai pihak telah tampil mengemukakan segala macam cadangan dan
pandangan   agar rakyat tidak terus-menerus dibebankan dengan kenaikan
tol. Pernah   disuarakan beberapa persatuan pengguna agar kerajaan
menubuhkan satu   suruhanjaya bebas bagi mengkaji terma-terma perjanjian
konsesi lebuh raya   antara kerajaan dan syarikat-syarikat terbabit.

 
 Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Dato' Dr Maamor
Osman   menganggap syarikat konsesi lebuh raya selama ini memperolehi
keuntungan   bukan sahaja menerusi kutipan tol, tetapi juga melalui
bayaran papan iklan   dan tempat perniagaan di sepanjang lebuh raya.

 
 Pandangan sama oleh tokoh sama sebenarnya bukan sahaja disebutnya
Jumaat   lalu, tetapi telah pun disuarakannya ketika isu kenaikan tol
hangat   dibahaskan pada Ogos 2005 lalu.

 
 Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S.M. Mohamed Idris
pula   pernah mencadangkan agar syarikat konsesi mengurangkan kos
pentadbirannya.   Bagi beliau, pemegang konsesi tidak mencatat
keuntungan kerana mereka   memperuntukkan perbelanjaan yang tinggi bagi
tujuan pentadbiran.

 
 Penasihat Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA),
Prof. Dato'   Hamdan Adnan pula pernah mencadangkan agar kerajaan
mengambil alih syarikat   konsesi terbabit dan menjualnya kepada
syarikat lain yang mampu mengenakan   kadar tol yang lebih rendah.

 
 Terbaru ialah cadangan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang supaya Petronas
mengambil   alih semua lebuh raya di negara ini. Malangnya, setakat ini
kerajaan tidak   menampakkan sebarang minat untuk menimbang, apatah lagi
melaksanakan cadangan   dan pandangan itu.

  
 Pernah juga ada cadangan agar kerajaan melanjutkan tempoh konsesi
seperti   yang termaktub dalam perjanjian sedia ada kepada tempoh lebih
panjang.   Kononnya, dengan tempoh lebih panjang itu syarikat terbabit
tidak perlu   menaikkan kadar tol bagi memperolehi kembali jumlah
kutipan yang disasarkan.   Hasilnya, rakyat tidak akan dibebankan dengan
kenaikan tol lagi.

 
 Menurut rekod, kerajaan pernah melaksanakan cadangan ini. PLUS Berhad,
  pemegang konsesi untuk Lebuh Raya Utara-Selatan telah mendapat
keistimewaan   dari pelaksanaannya. Dalam perjanjian asal, ia
memperolehi kontrak mengutip   tol untuk tempoh 30 tahun iaitu dari Mei
1988 hingga Mei 2018.

  
 Pada tahun 1999, kontrak itu disambung 12 tahun lagi, sehingga 2030.
Pada   2005, ia disambung lapan tahun lagi untuk tempoh 2030 hingga
2038. Ertinya   syarikat berkenaan telah mendapat sambungan tempoh
konsesi selama 20 tahun.

  
 Malangnya, hasrat rakyat untuk melihat tiada lagi kenaikan kadar tol
di lebuh   raya yang dikendalikannya tidak juga kesampaian. Kerajaan
membenarkan PLUS   menaikkan kadar tol pada 1998, 2002, 2005 dan akan
naik lagi pada 2008 nanti.

 
 Alasan lain pula diberikan bagi merasionalkan kenaikan itu. Syarikat
terbabit   dikatakan terpaksa mengeluarkan belanja tambahan untuk
berbagai kemudahan dan   keselesaan pengguna. Antaranya bagi melebarkan
jalan daripada empat kepada   enam lorong, membesarkan beberapa plaza
tol yang dikenal pasti mengalami   kesesakan dan sebagainya.

 
 Berdasarkan apa yang pernah berlaku, kerajaan senantiasa mengemukakan
hujah   dan alasan tersendiri bagi merasional setiap kenaikan kadar tol.
Tidak nampak   sebarang kemungkinan kerajaan akan mengurangkan kadar
bayaran yang telah   dikenakan itu.

 
 Kini, rakyat tinggal hanya satu harapan untuk membebaskan mereka dari
bebanan   bayaran tol. Ingat lagi apa kata Ketua Umum Parti Keadilan
Rakyat (KeADILan),   Dato' Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan lalu
mengenai perkara ini?

 
 "Insya Allah, kalau ditakdirkan hari ini kita (Barisan Alternatif)
perintah   Malaysia, esok kita turunkan harga minyak... kita boleh kaji
semula kadar   tol," demikian kata beliau. Anwar yakin, menurut
pengalamannya mentadbir   kewangan negara sebagai Menteri Kewangan,
perkara itu tidak mustahil dapat   dilaksanakan.

 
 Kenyatan senada turut diucap beberapa pemimpin BA lain, terutama dari 
 kalangan pemimpin PAS. Dalam keadaan tidak ada langsung kemungkinan ke
arah   itu yang boleh diharapkan daripada pemimpin BN, tidak ada
salahnya rakyat   memberi kepercayaan kepada BA pula untuk membuktikan
janjinya itu.

 --> 

    Klik untuk Sumbangan Dana Pembaca HarakahDaily.Net.




Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/ 

Lawati laman Bersih di http://bersih.org/ 
       
---------------------------------
Be a better sports nut! Let your teams follow you with Yahoo Mobile.
Try it now.

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.

Kirim email ke