hm, camne nak jawab ye? akal saya agak terbatas mungkin ade sesiapa kat luar 
sana boleh tolong jawabkan.

Suhaila Abdullah <[EMAIL PROTECTED]> wrote:    thanks en belang atas ingatan 
itu..boleh saya tya satu perkara..semalam anak saya berumur 5 tahun bertanya 
pada saya..kenapa rumah Allah di atas , saya pun tak tahu dari mana dia dpt 
konsep tu..tapi apakah jawapan terbaik yyg patut saya berikan?
   
  

JUNHAIRI BIN ABD JALIL <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
            dari kawan kepada kawan-kawan yang lain
   
  Hidup di kalangan masyarakat majmuk kebanyakan kita akan berjiran dengan 
keluarga yang bukan Islam.
   
  Bagi kaum Tionghua dan Hindu mereka selalu mempunyai tempat penyembahan 
masing-masing, kaum Cina mungkin di luar rumah manakala Hindu di dalam rumah. 
   
  Bila kaum Cina yang beragama Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara 
penyembahan mereka di luar, anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan 
mungkin pernah bertanya kepada kita....
   
  "Uncle sebelah buat apa tu Abah?" 
   
  Dan secara amnya, kita akan menjawab... "dia org tgh sembahyang atau tengah 
sembah Tuhan dia" jawaban itu tuan-tuan, nauzubillah sebenarnya syirik.... 
Kerana ia bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita.. "tiada Tuhan 
yang disembah melainkan ALLAH"
  tetapi apabila kita memberikan jawapan ... "Dia tengah sembah Tuhan dia" kita 
menggambarkan pada anak kita bahawa ada Tuhan yang lain dari ALLAH, kita 
memberi gambaran kepada anak kita, bahawa, kaum Cina punya satu Tuhan, India 
satu Tuhan, Kristian satu Tuhan...dan cara mereka menyembah Tuhan mereka lain 
dari kita. 
   
  Sedangkan kita mengucap kalimah kita "tiada Tuhan yang disembah melainkan 
ALLAH"
  Jadi mana datangnya konsep atau pengertian "dia sedang sembah Tuhan dia"?
   
  Sekiranya jawapan ini diteruskan.. ...maka anak kita akan terus keliru dengan 
konsep dan prinsip syahadah kita " Tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH" 
   
  Jawaban yang sebenarnya, " Anak, pertamanya perlu faham, Tuhan kita dengan 
Tuhan Uncle sebelah sama, kerana ada hanya satu tuhan sahaja iaitu ALLAH, tapi 
cara dia menyembah Tuhan itu salah"
   
  Jangan ambil mudah jawaban yang diberikan kepada anak, kerana jawaban yang 
salah akan hanya merosakkan atau setidak-tidaknya akan kelirukan mereka. 
   
  Sekadar mengamalkan "sampai dan menyampaikan".
   
  Sekiranya apa yang disampaikan di sini atas kelemahan diri sendiri dan yang 
baik datang dari ALLAH.
   
  Apa yang disampaikan di sini ialah pemahaman sendiri dari kuliah maghrib, 
sekiranya ada pihak yang mempunyai idea dan jawaban yang lebih baik..... 
 
SILA KONGSI BERSAMA. 


        Biar susah, jangan menyusahkan..
   
   
  JUNHAIRI BIN ABD JALIL 
  EKSEKUTIF PEMASARAN KAD KREDIT BANK ISLAM &
  PERUNDING TAKAFUL IKHLAS
019-3635331



    
---------------------------------
  Get easy, one-click access to your favorites. Make Yahoo! your homepage.   

                         


    
---------------------------------
  Bosan dengan spam? Mel Yahoo! memiliki perlindungan spam yang terbaik
http://my.mail.yahoo.com/

       
---------------------------------
Be a better pen pal. Text or chat with friends inside Yahoo! Mail. See how.

Reply via email to