Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

To : All News Editors
  From : Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir
  Date : 9th. December, 2007
 

 
KERAJAAN MENUJU KE ARAH "NEGARA POLIS"


 
PAS melihat beberapa insiden yang berlaku pada hari ini dengan penuh 
kebimbangan dan menegaskan bantahan sekeras-kerasnya terhadap apa yang berlaku 
itu.

 
  Pertama: Tindakan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu yang enggan memberikan 
ikat jamin kepada dua orang ahli PAS, iaitu Suwandi Ab Ghani, 38, dan Muhammad 
Azman Aziz, 21 yang dituduh dengan pelbagai tuduhan berikutan Perisitwa Hitam 
Batu Burok, Kuala Terengganu, 8 Sepetember, 2007 lalu. Keenganan memberikan 
ikat jamin kepada kedua-dua ahli PAS ini sangat luar biasa sedangkan kesemua 
kes yang dituduh terhadap mereka dibenarkan ikat jamin. Menurut rekod kedua-dua 
mereka adalah mangsa yang ditembak dengan peluru hidup oleh pihak polis dalam 
kejadian tersebut.

 
  Dalam kes ini juga PAS berdukacita atas keputusan Peguam Negara yang 
bertindak sendiri sebagai pendakwa dalam kes yang disebut di di peringkat 
Mahkamah Sesyen ini.

 
  Kedua: Penangkapan terhadap lima orang peguam dan tiga aktivis yang sedang 
meraikan hari Hak Asasi Sedunia di Kuala Lumpur anjuran Majlis Peguam Malaysia 
pagi tadi. Turut ditahan adalah seorang ahli Majlis Peguam kerana menghalang 
pihak DBKL dari menurunkan sepanduk perayaan tersebut.

 
   
Tindakan pihak polis melakukan penangkapan dalam majlis aman dan memperingati 
"Hari Hak Asasi Sedunia" seumpama ini sudah pasti mencacatkan lagi rekod hak 
asasi negara yang telah sedia tempang dan tercemar.

 
  Ketiga: Waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Naib Presiden PAS Hj Muhammad 
Sabu di Ipoh, ketika beliau sedang membawa rombongan perkahwinan anak perempuan 
beliau di sana. Beliau ditahan kononnya kerana menyertai perhimpunan haram.


 
  Berikutan tindakan-tindakan ini PAS menganggap kerajaan pimpinan Dato Seri 
Abdullah Ahmad Badawi sudah mula bergerak ke arah sebuah "Negara Polis" (Police 
State) dan tidak lagi menjunjung sistem demokrasi yang merupakan asas 
Perlembagaan Persekutuan kita.

 
  Saya menyeru semua ahli-ahli PAS diseluruh negara khasnya diperingkat 
kawasan-kawasan agar menunaikan solat hajat dipimpin oleh para ulamak peringkat 
masing-masing, dengan memohon kehadrat Allah swt agar menghapuskan segala 
bentuk kezaliman ini dan menyelamatkan kita semua dan negara tercinta ini dari 
angkara buruk kerajaan Barisan Nasional yang jelas membelakangkan demokrasi dan 
hak asasi itu. 

9 Disember 2007
 

 DATO' SERI TUAN GURU HJ. ADB. HADI AWANG
 PRESIDEN PAS
 


  
 
...............................................................................................................................................
 

 SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI/ ANY INQUIRIES PLEASE CONTACT
 Sdr Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir (019 260 1033)
 Setiausaha Akhbar kepada Presiden / Press Secretary to the President
 

HARI SABTU PAKAI KUNING! / WEAR YELLOW ON SATURDAYS!
Lawati laman 10November di http://10nov.himpunan.info/
Lawati laman Bersih di http://bersih.org/
       
---------------------------------
Be a better friend, newshound, and know-it-all with Yahoo! Mobile.  Try it now.

Attachment: press_release_cvr_new_policestate_PRES.doc
Description: 2760042720-press_release_cvr_new_policestate_PRES.doc

Kirim email ke